Saturday, August 20, 2011

Confession

Ok, aku nak confess ni...

Sebebenarnya aku tengah bimbangkan umi.

Dah seminggu lebih demam. tapi bukan 24 hours demam, dalam sehari ada waktu-waktu tertentu badan umi akan panas.

Dan seminggu jugak umi tak pergi kerja sebab nak berjalan dalam rumah pun tak larat.

Mula-mula demam, perut jadi keras dan buncit. Muka pun macam sembap. Tapi kalau tekan xde tinggal kesan lekuk.

Lepas tu bila dah balut dengan Barut Herba HPA, and makan ubat untuk keluarkan angin, perut dah jadi lembik balik.

Tapi mata pulak start jadi kuning, and umi kata urin pun kuning. Aku ingat kurang air, tapi bila minum air lebih (aku suruh umi buka puasa), still lagi urin kuning.

Dan 2, 3 hari ni gusi pulak berdarah. Hari ni the worst.. Berdarah sampai ada darah beku tepi gusi. Dan darah keluar banyak jugak la...

Sebenarnya aku dah pujuk umi gi hospital, tapi umi tak nak. Tapi klinik dah pergi masa mula-mula demam. Doktor kata takde pape. Sebenarnya umi bimbang doktor akan kaitkan dengan her breast cancer. Sebab sejak berubat secara alternatif, the swollen breast dah mengecil dengan jayanya. Dah hampir kepada saiz normal, cuma masih lagi keras.

Tapi tadi nasib baik my future sister in law sms. Memula dia sms sebab dia kata dia mimpi aku dapat posting kt Selangor. Pastu, kebetulan she is a nurse, so aku tanya la tentang condition umi ni. Punya la dia terkejut sebab aku tak bawa umi ke hospital for blood test even dah seminggu demam. Padahal hari tu pun my auntie and my cuzzy yang jugak nurse dah suruh aku bawa umi ke hospital for blood test.

So, tadi dah bincang dengan my future sis in law nak bawa umi ke hospital pagi esok. Harap-harap the symptoms not related to cancer. Dan semoga umi cepat sembuh. Sihat sejahtera. I love my umi so much...

Kawan-kawan, tolong doakan kesihatan umi aku. Please... Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa korang...

No comments: