Tuesday, August 9, 2011

Demam


Anak dara aku demam dah dua hari. Mula-mula cuak jugak. Sebab dia demam malam n pagi. Siang-siang hari dia sihat je. Pastu ada diarrhea.. Sampai 5-6 kali kena tukar pampers. Pastu mula la timbul nappy rashes. Bertambahlah perangai comel dia mintak attention. Nasib baik ada Drapolene.

Memang sangat mencabar iman sebab dia demand attention yang sangat banyak dari aku. Kesian orang takde mak ni... Hehehe... Tapi malam-malam nak tidur dalam pelukan aku. Agaknya lemak-lemak aku yang banyak ni mampu memberi kelesaan yang lebih kot. Hahaha! Dia sangat menolak buaian di malam hari. Tetap pilih aku. Terasa menang di situ... Hehehe... Walaupun my granny cakap Amani suka tidur dalam buai, tapi keselesaan bersama aku lebih lagi kot. Cehh, perasannnn! Padahal pinjam anak orang je pun. Bukan anak sendiri. Hehehe..

Bila dia demam, aku yang bimbang. Macam ni rupanya adanya anak. Tapi tak tau la kalau mak yang paranoid macam aku je kot yang bimbang melebih-lebih bila dia demam. Padahal kak long aku cakap, demam biasa je sebab baby nak beralih bulan ataupun baru nak pandai something new seperti bercakap atau berjalan. Tapi mujur sangat Amani suka dia punya paracetamol syrup. Bila kak long suap guna syringe, she wanted more and more and more. Banyak chantek, ingat raspberry syrup ke sayang oiii!!!

Hmm, sekarang baru lepas tidurkan Amani. Terpaksa la berulang alik dari meja komputer ke tempat tidur Amani bila dia merengek untuk sudahkan entry ni. Hmmm, menjadi ibu menuntut komitmen yang sangat tinggi rupanya. Tambah lagi bila dia demam atau tak selesa. Setiap jam tersedar dan merengek serba tak kena. Bagi susu tak nak, check nappy tak basah pun. Peluk-peluk dan zikir-zikir. Baru diam. Lepas tu sedar balik. Dan sepanjang hari aku rasa mata bagai digam. Huhuhu!

Takpe la, something new to learn. Thank you Allah for the great experience. Alhamdulillah.

No comments: