Friday, August 12, 2011

Ibu tunggal menjadi anak gadis kembali...



Ye, hari ini ibu tunggal jadian yang sibuk menjaga Amani sampai tak cukup masa nak tidur and makan and bermanja-manjaan dengan Otromen Hati dapat cuti untuk 2,3 hari sebab mommy and papa dia pulang ke kampung halaman.

Maka ibu tunggal jadian yang diberi peluang untuk transform menjadi anak gadis kembali ini pun meluangkan sepenuh masa dengan tidur, tidur dan tidur. Betapa tak cukupnya tidur berkualiti aku sebelum ni sampaikan bila aku tersedar dari tidur yang lena, terus rasa kagum dengan diri sendiri sambil berbisik dalam hati, "Wahh, aku dapat tidur lena." <<<<<<<< Tetiba ibu tunggal jadian menggunakan kata gantinama AKU. See, sangat kesiankan...

Selain itu, ibu tunggal yang kini menjadi anak gadis buat sementara waktu ini bercuti, maka kita mengadap laptop, melayari internet sambil mengGoogle design langsir, dress and resipi yang BAKAL dicuba bila berkesempatan nanti. Tak tahu la bila, tapi nawaitu itu sudah ada sekian lama.... Dah hampir 4 bulan bernawaitu untuk cuba-cuba menjahit, tapi harrrreeeemmmm... Tapi takpe, at least kite dah set goal. Kerana mereka yang tidak bermatlamat dalam hidup itu bagaikan mayat hidup semata-mata di dunia ini. Tak gitu??? Huhu!

Hari ni hujan. Sejak sahur tadi lagi. Lebat pulak tu. Sejuk je. Tapi sebab aku telah mendapat tidur yang berkualiti malam tadi, makanya aktiviti memeram tidur sehingga tengahari dibatalkan pada hari ini. Aktiviti tersebut mungkin akan ditunda ke hari esok. Lalu aku pun mengadap laptop tanpa bermandi-mandian terlebih dahulu. Tapi muka tetapp jaga. Gigih aku tenyeh toner, pelembab and ubat jerawat di muka. Untuk tatapan tunang di hari raya nanti la katakannnn...

Sebenarnya kannn, aku ada dua misi di hari raya ini.

Pertama: Misi menurunkan berat badan.

Berat badan telah ditimbang pada 31 Julai, sehari sebelum puasa. Erkkkkk, terkejut aku tengok angka di penimbang. Aku ingat giler punya obes sebab badan rasa lemau je. Tapi angka adalah mentennn ok.. Tak mencapai nilai obes seperti yang pernah aku alami sebaik sahaja grad dari UMT. Alhamdulillah.

Dan penurunan berat akan diumumkan di malam hari raya nanti. InsyaAllah. Kalau berat aku turunnnnn... Tapi kalau takde sebarang pengumuman, sape2 yang berminat nak tahu, aku akan sms saje nanti..  Macam la ada orang nak tahu,...Huhu!

Untuk itu, aku telah bersedia dengan sepasang baju kurung dan baju kebaya Kota Bharu. Saje je buat dua baju untuk hari raya pertama sebab in case body shape ala-ala ibu tunggal beranak 5, aku pakai je baju kurung. Kalau bodyshape tiba-tiba transform menjadi bodyshape Gabriella Desperate Housewives, aku akan sarung la kebaya KB tuhhhh....

Kedua: Misi berwajah radiant and glow in the dark di pagi raya.

Untuk misi kedua, aku telah mengamalkan minuman kesihatan ISO.3. Walaupun makan tak cukup syarat sebab usaha mengikis harta sepencarian My Prince tidak mencapai objektif, aku tetap berharap ada la side effect- side effect dari Acai Berry, kolagen marin and serbuk mutiara yang terkandung dalam minuman berkenaan... InsyaAllah.. Daripada tak bagi pape khasiat kat tubuh, baik telan aje. Kannnn... Kalau minuman ni berkesan, nanti baru aku nak promote. Chewahhh.. Patutnya makan 2 sachet sehari, tapi aku yang miskin lagi hina ni mengikat perut semata-mata nak beli sekotak ISO.3. Maka, makan la aku sesachet sehari... Kisah sedih di bulan ramadhan.... Uhukz!

Mode: Menghitung hari menanti detik 26 Ogos....

No comments: