.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, August 14, 2011

Pop Corn Chicken klon KFC




Hari tu abah ada request nak berbuka dengan bubur nasi, sup ayam, ayam masak merah. Bilis goreng, bawang goreng homemade (aku suka sebab lagi best and wangi). Pastu mengenangkan umi tak berapa suka ayam masak merah, so aku try la gedik-gedik cipta resipi pop corn chicken and pop corn fish.

Wahh, sebijik rasa macam pop corn chicken kepsi... (Kat tekak aku la...)

Ok, meh sini nak share resipi dari chef picisan (Uwekkk! :p)

Bahan:

Isi ayam di potong dadu
Generous amount of blackpepper kisar
Mayonis
Tepung gorengan serbaguna

Cara:

  1. Gaul isi ayam dengan mayonis dan blackpepper, marinate sekejap.
  2. Lepas tu golek dalam tepung gorengan serbaguna.
  3. Pastu goreng.
  4. Pastu rasa la.... Sedap wehh!!!!

Siap adik bongsu aku yang darjah 1 request nak makan pop corn chicken untuk sahur... Try ye.... Tak tahu la kena ke tak dengan tekak korang.

No comments: