Sunday, August 14, 2011

Puding tauhu nenas




Ok, yang ni, aku ambil dari blog blogger masakan terkenal, Kak Ummi Zaihadi. Sedappp!!!!

Tetiba jadi favvy Umi and adik bongsu aku.

Tapi aku tukar sikit ingredients dia. Macam santan, aku guna santan fresh. Lepas tu sukatan air aku kurangkan sebab aku tambah syrup dari canned pineapple yang sama dengan jumlah air yang aku kurangkan tadi. Lepas tu, aku tambahkan cubed pineapple. Sedap.... Makan yang dah disimpan dalam peti ais. Lega rasa tekak yang berpuasa. Tapi manis sikit kot.

Sebelum ni dah pernah makan yang uncle aku masak. Tapi dia letak laici. Pun sedap.

Kak Ummi, aci ye kiter kopipes resipi kat sini...

Bahan-Bahan

10 gm agar-agar serbuk
7 cwn air
1/2 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn santan (200ml santan kotak+50ml air)
1 tin susu cair

Cara-Cara

  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Boleh juga di tuang ke dlm loyang, tapi kalau nak makan kenalah sendukkan kedlm mangkuk kecil.
  7. Hidangkan bersama buah laici ataupun bahan2 kuah susu seperti puding koktel tu...


No comments: