.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 17, 2011

Tenggiri masak kicap la pulakkkk...



Hari ni, nenek kumpul anak cucu cicit kat rumahnya untuk majlis buka puasa anak beranak. Setiap keluarga diwajibkan memasak satu lauk. Tapi nenek dah decide awal-awal lauk apa nk demand dari anak cucu. (Tak aci tawww!)

So, aku dapat task untuk buat tenggiri masak kicap. Alaaaa, aku baru je berangan nak buat sweet n sour sebab ari tu tak puas makan lagi. Tapi takpe, try je buat dengan resipi campak-campak sesedap anak tekak aku... Sebelum ni buat masak kicap tak tumis buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan errr, lupa apa lagi satu... star anise kot.. lupa la pulak namanya.. Tadi masa masak ingat.. Hehe.. Dan, sedap la pulak hasilnya. Wangi je dengan bau rempah 4 sekawan tu. Pastu aku campak serai sebatang. Tapi macam tak masuk je rasa dia dengan masak kicap tu. Lain kali kena omit serai. Tu la, pepandai sendiri je buat eksperimen. Nasib baik laku je ikan tu.

Tapi gambo maleh nak upload lagi. Malas nak bangun gi ambil kamera dalam bilik. Takut lemak-lemak aku cair. Bolehhhh????

Tadi berbuka ada lauk sup daging, kangkung goreng udang (terer giler kangkung ni pandai masak udang, hehe), tenggiri masak kicap, ayam goreng berempah, budu dan ulam, pastu kuih sikit. Dan aku terpaksa melupakan Iso 3 malam ni sebab dah tahu aku tak cukup kuat iman untuk tunggu sejam lepas minum Iso 3 untuk melantak nasik. Hahaha!

Tinggal lagi 14 hari untuk DAYET.... Berjayakah aku berimej Gabriella Desperate Housewives di pagi raya? Kita tunggu dan lihat.. Huhu!

No comments: