.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, September 23, 2011

Mari berangan...










Cantik tak? cantik tak? Sekarang ni suka google gambar skirt. On FB pun asyik dok tengok gambar skirt labuh ni. Comel kan.. Macam sopan je bila pakai. Wahh!!! Dan dan, sopan.. Huhu..


Yang paling comel mestila gambar yang mula2 tu. Niat macam nak jahit sendiri. Tapi of course la kena berguru dulu.


Tapi xtau la cantik ke tidak dengan aku yang bukannya selim melim macam model skirt tu...



p/s: Syg, sila beli cepat2 yang saya order tuhh. Hehe.


Thursday, September 22, 2011

Lontong Umi

Gigih aku letak mangkuk lontong tepi jendela untuk mendapatkan cahaya semulajadi.... Malangnya sambal bilis merajuk sembunyikan diri plakkkk...


Hari ni percubaan pertama memasak lontong mengikut resipi umi. Dah lebih 10 tahun diajar memakan lontong dengan rasa yang mana pada tekak aku adalah lontong paling best di muka bumi ni. Dan bila menikmati lontong hasil tangan orang lain, banyak pulak bunyik aku... Aku tak suka lontong yang taruk sayur terung, lobak and ubi apa eh yang rangup2 tu? Haaa, sengkuang kot.  Lupa dah. Tapi memang tak masuk kat tekak aku. Dan aku juga tak suka makan lontong yang taruk serai. Cepat muak. Aku suka lontong air tangan umi je. Dan aku rasa sangat-sangat menyesal lepas umi dah takde sebab sebelum ni, aku tak pernah belajar masak kuah lontong dengan umi. Cuma nasib baik sempat ambil resipi dari umi.


Semalam sms abah, "Belikan bahan nak buat lontong sikit. Nak try buat esok."


Nampak tak aku tulis sikit tu? Ye, aku memang tak berani nak buat pun sebenarnya. Takut terlalu berharap lontong akan terhasil seperti air tangan umi, tapi bila rasa, rasa ntah apa-apa, aku sangat bimbang aku akan kecewa sendiri.


Nasi himpit aku tempah dengan kakak umi je, Che Long. Sebab aku tak pandai nak agak nak buat banyak mana. Sebenarnya aku tak reti pun buat nasi himpit. Huahuahua~ Sebelum ni, kalau bukan umi yang buat, kami rebus ketupat nasi segera Nona tu je. Tapi tekstur dia tak secantik yang dibuat secara manual ni, kan? So, tempah je dengan Che Long. Senang cerita.


So pagi-pagi lagi, bermula la aktiviti melontong aku. Hehehe.


Nak letak resipi kat sini la. Untuk rujukan di masa depan .Dah la lepas umi meninggal hari tu, merata aku cari buku resipi aku, tapi tak jumpa. Dah jumpa tu, lega yang amat sebab dalam buku tu, banyak resipi yang aku salin. Resipi yang umi selalu masak dan juga resipi favourite adik beradik.


Lontong Umi
  1. Bawang besar sebiji *
  2. Bawang merah 2,3 biji *
  3. Bawang putih seulas dua *
  4. Halia sikit * (Blend bahan yang bertanda *)
  5. Belacan
  6. Kunyit
  7. Santan
  8. Asam keping
  9. Udang kering (tapi tadi aku guna udang basah pasal abah cakap udang kering takde)
  10. Ikan bilis sejemput
  11. Fucuk
  12. Suhun
  13. Kacang panjang
  14. Kubis
  15. Cili merah
  16. Tauhu
  17. Tempe

  • Caranya senang aje. Campurkan bahan blend dengan santan.
  • Pastu masukkan belacan, kunyit, asam kepiung, udang kering/basah, ikan bilis, tauhu dan tempe ke dalam santan dan biarkan mendidih.
  • Dah mendidih baru masukkan fucuk dan suhun.
  • Pastu tunggu kejap masukkan kubis dan kacang panjang dan juga cili besar yang dihiris.
  • Rasa garam dan gula, setel. (Aku tak letak ajinomoto sebab tak suka guna, and sebab aku and adik aku allergic dengan ajinomoto)


Lepas tu bila rasa, rasa nak menangis sebab ini lah rasa lontong umi. Cuma aku buat tadi tercair sikit santannya sebab aku tak reti agak nak tambah air banyak mana dengan santan pekat yang abah belikan tu. Takpe, next time cuba lagi. First attempt, xpe la, kan... Makan pulak dengan sambal bilis. Fuhhh, tetiba lupa nak turunkan lagi berat yang dah 59kg tu... Huhu..


Ya, ALLAH, terasa begitu rindu dengan umi. Serasa tak punya lagi teman berbicara yang sangat memahami aku seperti umi. Serasa umi masih ada. Sampai saat ini, masih aku sukar untuk mempercayai bahawa umi sudah tiada lagi.




Tadi lepas Asar, baca surah al-Imran sikit. Ada sikit petikan maksud yang menarik perhatian aku. Ayatnya berbunyi lebih kurang "Orang yang gugur di jalan ALLAH sebenarnya sedang bergembira di sisi ALLAH dengan limpah rahmat dan kurnianNya." Ya, mudah mudahan umi sedang bergembira dan berbahagia di sisi ALLAH.



Sedikit kata-kata Coach Ridz yang juga anak angkat nenek, "Kalian sebenarnya bertuah kerana tidak punyai kesempatan untuk menyakitkan hati ibu lagi samada secara sengaja atau tidak. Sedangkan kami ini, sedikit perbuatan atau kata-kata tehadap ibu pun, mungkin sedar atau tidak, mungkin telah mengguris hati ibu.. "






Wednesday, September 21, 2011

Cuaknye aku...

Tadi tengok Nahariah gitau yang KPLI dah boleh check penempatan dorang dari website KPM. Terus aku cuak. Dapat sekolah mana la aku nanti. Padahal aku bukan boleh check sekarang pun. Sebab aku DPLI, bkn KPLI.

Sebelum ni kawan-kan dok kecoh dalam FB pasal lambat posting, aku relax je. Katanya ALLAH dah tetapkan yang terbaik untuk kita.

Alamak, cuak la pulak... Cane kalau dapat sekolah yang jauh dari rumah dan tak dapat dok umah???

Sape nak iron baju abah and adik2?

Sape nak basuh baju abah dan adik2?

Sape nak masak kalau kak long balik umah dia?
 
Sape nak temankan 'Aleya tido????


Adusss, nakpecah dah jantung nih!!!!


InsyaALLAH, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini... Aminnnn..

Tuesday, September 20, 2011

Jatuh cinta










Tetiba jatuh cinta dengan tudung syria macam ni lepas tengok Heliza pakai dalam Nur Edisi Julai 2011. (I layan Nur sekarang uolssss... Hehehe)



Maklum la, aku kan golongan veteran.. Kata manusia sujana itu.... Huhuhu..


Tak main la Remaja ke, Dara ke... Kann????


Dah order dengan Kak NaqiyahNur. Cantik jugak kan kalau pakai masa konvo bulan depan. Tak de la sebok dengan awning keras tu masa pakai topi. Nikah nanti pun nak pakai tudung camni la.. Tapi kena design sendiri la kan. Nak kena letak lace kat atas tu. Baru cantik. Hari tu dah design dengan umi, tapi masa tu nak letak lace di shawl kosong putih... Tengok la dulu cane... Long way to go... Lagipun, masa nikah memang aku tak nak pakai tudung awning keras, nanti terganggu la masa My Prince nak kiss dahi. Ecehhh, lempang kanggg!!! Gatai nihhh... Hewhewhew~

Tak tau la sesuai x dengan muka berhias pau cina dua bijik nih..


Cuak, cuak.. Tapi order jugak. Well, wanita dan shopping jangan sekali kali dipisahkan.


~Huhu~






Monday, September 19, 2011

Skincare...

Wahh, muka tak flawless pun ada hati nak up entry pasal skincare... Tapi tak pe, sebab ada jugak yang tanya, aku nak berkongsi la tentang skincare nih.


Sebelum tu, meh kita tengok muka aku dulu dan sekarang.


2009                                   2011


Ye, muka aku sangat awful dulu. Dan sekarang tidak la menjadi nightmare lagi bagi my prince untuk menatap muka aku... Hewhewhew~


Tetiba aku pun rasa sangat menakutkan nak tengok gambar belah kiri tu... Tak sangka aku begitu cekal hati membawa muka sebegitu di Tengku Mahmud, UMT, GEMS SRC02, CCMF, dan juga UPM.. Hehehe...


Nak tau tak camne aku boleh transform muka aku dari gmbar kiri ke kanan??? Suntikan botox??? Namampos??? Nak kena inject bius sebelum cabut gigi pun jantung aku macam nak pecah. Inikan pulak nak hidang muka untuk disuntik botox. Oh no, no, no...


Ok, ianya bermula masa aku praktikal di Muar. Aku sangat bertuah dikurniakan seorang rumet yang sangat menjaga kesihatan kulit wajah. Nasib baik sempat la mengorek rahsia kecantikan dia. Bila dia citer2 tu, rasa sangat tak percaya bila dia kata wajah dia sangat mengerikan dulu. Jerawat banyak, siap bengkak bernanah semua. Jerawat sampai leher katanya... Masa tu siyes aku tak percaya sebab wajah dia cantik sangat. Dah la dia pakai Clinique kauuu!!! Ingatkan sebab dia pakai Clinique dia jadi cantik.


Tapi katanya; "It's a result of hardworks."


Baiklah, yang ni aku percaya.


Katanya lagi, "Kalau pakai skincare mahal like SK11 or Clinique or whatsoever tapi kau malas nak cleanse, tone and moisturize your skin AT LEAST twice on daily basis without failed, xde maknanya!"


Baiklah, ini pun aku percaya... Hehehe..


Dia jugak kata, "Kalau kau pakai produk terbaik di dunia pun, tapi sistem dalam badan kau berkerak, x payah la menanti tibanya saat-saat kau punya wajah to have the best complexion and looks radiant and glowing. Sila buang dulu toksin dalam badan, and buat treatment untuk sistem dalaman dulu."


Yes, yang ni memang aku percaya 100%.


Makanya, aku pun dengan tangan yang menggigil, telah membayar RM310 kepada Dr. Jamuna untuk dadah-dadah yang direkacipta khas untuk merawat masalah kulit aku.Kata rumetku lagi, sekali ni je kau makan ubat dia, lepas tu jaga kulit betul-betul. Tak yah attend the next appointment....


Lepas tu, aku ke Watson store untuk membeli skin care products yang sangat sesuai dengan kulit sensitif aku ni mengikut nasihat sifu kecantikan aku tadi tu. Dah 25 tahun hidup baru aku tahu kulit muka aku jenis kulit sensitif. Kesiaannnn.....


Ok, untuk skincare product aku guna brand Simple - Kind to Skin range. Produk ni memang tak de color and x de bau. Memula beli ni aku beli yang starter kit je. Memang terbaiklah. Cleansing gel dia memang favourite aku. Takde langsung rasa tegang lepas cuci muka. Lepas tu toner dia pun best. And the best is the light moisturizer. Kalau kau pakai malam sebelum tidur, bangun esok pagi tu dah boleh nampak liang roma dah tak berapa kelihatan.


Tapi memandangkan GEDIX is my middle name, sebaik sahaja cleansing gel tu habis, aku beli pulak pencuci muka dan pelembab dari range Oil Balancing. Ni pun produk SIMPLE jugak. Tapi hasilnya adalah muka aku jadi berjerawat dan kasar. Kusam pun ada gak. Terus aku stop the Oil Balancing moisturizer. Dan bertukar kembali kepada Kind to Skin light moisturizer yang memang kind to skin. Hehehe.. Aku ingatkan sebab kulit aku berminyak, patutnya kena guna Oil Balancing range la kan. Tapi ramalanku salah belaka. Nasib baik sempat kembai ke pangkal jalan. Lepas tu, masalah kulit tiada lagi. Jerawat manja-manja sebulan sekali tu kira normal la. Tapi memandangkan aku sangat rajin mencuci, mengeton dan melembabkan wajah dua kali sehari, tiada lagi masalah parut hitam yang lambat giler nak hilang macam kat gambar belah kiri kat atas sinun.


For makeup remover, sebelum ni aku adalah pengguna setia Deep Cleansing Milk Bio Essence with Pine Pollen. Mekap senang tanggal without hard effort. Dan ini adalah pesanan penaja dari sifu kecantikan aku, "Sila bersihkan mekap AT LEAST 3 rounds dan pastikan kapas yang ketiga tu, dah takde kesan mekap. Kalau tak, do the 4th..." Laaaa, ye ke? Before this, aku bersihkan mekap sekali round je. Patut la lepas cuci muka dengan cleansing gel, pastu masa toning dengan toner, ada lagi sisa mekap di kapas.... Oooo, 3 rounds akak ye... Tq for the tip.


Nivea Visages Eye Make-up Remover can do nothing to my make-up. Takde kesan. Eyeliner tak tanggal punnn. Mascara apatah lagi... Mungkin sebab eye liner aku degil gamaknya... So, sekarang benda alah tu tak luak pun. Bazir je...



Tapi, tapi, tapi....


Setelah aku mula menggunakan SK II Facial Treatment Cleansing Gel, terus aku jatuh chentaaa!!! Lagi senang nak guna. Mekap pun sangat mudah tanggal. Tak payah extra effort. Tak payah tahan kulit area mata pedih-pedih sebab ditenyeh dengan kapas muka untuk hilangkan eyeliner. Hoih, tak payahla kau compare produk SKII dengan Bio Essence... Berbeza kasta tuuuu!!! (Tetiba terdengar hati kecilku berbisik, hehe).


Ok, sekarang rejim penjagaan muka aku adalah:
  1. Cuci muka dengan Simple Oil Balancing Exfoliating Gel (Lupa nama. Tapi lebih kurang camni la. Tak kuasa aku nak gi toilet for double check)
  2. Sapu toner Simple Kind To Skin dengan kapas muka.
  3. SK II Facial Treatment Essence
  4. SK II Repair C
  5. Simple Kind To Skin Light Mosturizer


Lepas apply mekap pulak, aku sukaaaaaa semburkan ZA Energy Water Skin Lotion. Fungsinya adalah untuk menyebatikan mekap tadi dengan kulit wajah. Dah jugak akan memberi kesan kulit wajah lambat sikit nak berminyak. Walaupun nama dia skin lotion, tapi dia macam air mineral je...


Untuk sistem dalaman pulak, aku amalkan makan Naturalle Evening Primrose Oil plus Omega 3 Fish oil. Satu lagi perkongsian dari sifu kecantikan, "EPO ni boleh berfungsi untuk menaikkan berat badan. Kalau tak nak berat naik, makan EPO dengan Fish Oil." Oooo, patut la berat aku cepat naik sejak mula amalkan EPO for about 4 years. So, untuk menjimatkan bajet dan jugak menyapot (support) company yang aku pernah menabur jasa seketika dulu, aku pilih Naturalle from CCM. Senang, tak yah makan dua jenis supplement. Telan yang ni je. 2 dalam 1. Murah pun murah dan yang paling penting sesuai dengan aku.


Rumet aku a.k.a sifu kecantikan aku turut mengambil supplement Vitamin E untuk kesihatan kulit. Yang ni aku belum mampu makan lagi sebab tak cukup bajet. Hehehe..Yang ni, insyaALLAH dah kerja nanti aku amalkan. Supplement ni bagus untuk kulit sebab Dr. Jamuna pun ada bagi supplement ini dulu.



Pastu bulan puasa hari tu, aku mula mengamalkan ISO.3 kolagen keluaran Zhulian sebab it worth every cent dan jugak paling murah. Harga dia RM 111 untuk 20 sachets, tapi harga ahli adalah RM 90. Untuk bulan pertama kau kena makan 2 sachets sehari, so untuk bulan pertama kosnya adalah RM 270. Dan untuk bulan seterusnya makan 1 sachet je.. Mana nak carik kolagen murah macam ni? Sedap pulak tu. Rasa macam orange juice yang sedap tuuu.. Kalau berminat, sila hubungi aku. Ecehh, promote~ Tapi betul... Kita ni kan makin tua, kalau pokok kena letak baja, so do our bodies.. Dari tak makan, baik makan, kannnn???? Pikir camni je, camne appearance pokok yang kita tak bagi baja and pokok yang kita bagi baja. Beza kannn???


Lagi 1 nasihat dari sifu, kalau kulit kau dasar berminyak sampai tahap boleh kaut buat goreng cucur, sila la lari sejauh-jauhnya dari whitening product. Sebab whitening products akan menambahkan minyak di muka kau dan akan menyebabkan jerawat... Tapi, aku yang namanya gedik ini, setelah pakai Simple 2,3 bulan, kulit dah nampak takde kesan parut dah, dengan angkuhnya telah membeli starter kit Bio Essence Tanaka White. Dan hasilnya..... jerawat bermaharajalela setelah dua hari aku guna. Cisss!!! Itu lah padahnya bagi orang yang degil plus gedik melampau... Hehe.. So, lain kali... Peprcayalah kata-kata sifu anda. Aku nak share je ni... Takut korang sesal di kemudian hari tak berguna lagi.. What if, muka kau dah bersih dari jerawat, tetiba seminggu nak nikah kau gedik nak putihkan wajah dan guna whitening product sedangkan kulit kau jenis yang berminyak???? Tak ke menangis kau tengok gambar nikah kau berbintik-bintik jerawat serata alam...


Ok, ni produk-produk yang aku guna tu.






Sebab itu lah, jejaka-jejaka idaman seMalaya sekalian, hantaran untuk anak dara ni TINGGI. High maintenance, dear... Dan jugak sebab gadis-gadis ini sangat rajin and need extra effort to appear good looking with healthy skin. Well, itu mungkin the fact for me sorang je kot. Sebab kulit aku sensitif. Kalau orang yang jenis kulit muka flawless even dia tak pernah guna pencuci muka dan tak kenal toner, pelembab segala, bertuahlah suami dia...






Ehh, bang... Abang ni, kategori bertuah ke malang???? Hehehe...






p/s: Ini adalah catatan peribadi aku semata-mata. Tidak berniat menjatuhkan kredibiliti jenama skincare yang ada di pasaran. So, korang plz jangan saman aku... Kalau tak puas hati dengan products review yang aku buat, do email me.. Ok??? Tapi rasanya takde memburuk-burukkan mana-mana pihak pun. Sbb every product works on different way to different skin. Kannn???






Sunday, September 18, 2011

Tetamu....

Semalam, badan tak sihat again. Tekak gatal-gatal tak selesa. Macam nak batuk. Sakit-sakit badan.... Tengahari tu, memang sah aku batuk. Pastu lepas sapu losyen halia kat badan, baru sendawa-sendawa, ringan sikit badan. Tu la, gedik sangat tak nak makan. Pastu angin.... Tapi, dah takde selera. Nak buat cane....


Pukul 2 tengahari, rehat-rehat kejap, tapi percubaan untuk tidur adalah gagal setelah mendapat panggilan telefon dari ketua darjah yang sangat concern itu bahawa ada kemungkinan dia akan singgah berziarah petang nanti. Terus aku bingkas bangun baking moist choc cake sebab biskut raya semua dah habis. Serdak pun dah licin dah. Lepas tu bancuhkan tepung untuk buat cucur bawang.


Pukul 4 lebih kot beliau sampai. Sorry la ye, tak masak beria... Lambat sangat dapat call. Tu pun nasib baik beliau call dulu. Kalau tak memang hidang air teh dengan biskut kering je.



Ni bukan aku hidang kat beliau, tapi just nak cakap, aku suka sangat biskut ni. Terutamanya snow almond yang kat bawah tu.... Siap simpan satu balang dalam bilik sebab sayang nak makan.... Hehehe...





Moist choc cake, resepi favvy aku...


Nieja, hari tu kite tanya2 bila nieja nak lalu depan umah kite, sebab kite nak bagi ni la.. Tapi mengenangkan Nieja tokey choc cake, terus rasa rendah diri... So, cancellll!!! Hehehe.



Keratan rentas



Tukang rasa kata, "Emmm, cedapp che ngah.."



Kali ni aku alter sikit resipi dari yang lama tu. Kali ni aku buat camni...


Moist Choc Cake


  1. 2 cawan tepung naik sendiri
  2. 1 cawan serbuk koko
  3. 1 cawan gula (kalau nak kurangkan 3/4 atau 1/2 pun ok. Kalau resipi asal lagi manis... 1 1/2 cawan.)
  4. 1 cawan susu pekat
  5. 1 cawan air ais (resipi asal - air panas)
  6. 1 cawan minyak masak
  7. 2 biji telur
  8. esen vanilla

  • Campurkan tepung naik sendiri, sebuk koko, gula, susu pekat, air, minyak, esen vanila dan telur. Kacau sebati.
  • Pukul telur hingga kembang. Campurkan dalam adunan dan kacau rata dengan senduk kayu.
  • Bakar secara 'bain marie' atau steam bath iaitu meletakkan baking pan di dalam dulang berisi air dalam suhu 170 C selama 45 minit atau pun mengikut oven masing-masing.
  • Curahkan choc topping dan hias ikut suka hati. Hehe..






Aku realize, bila tukar air panas dengan air ais, kek lagi moist and lembuts la... Hehehe.



Eh, lupa cerita pasal tetamu. Hehe.. Ok, bila jumpa ketua darjah banyak la dapat update pengetahuan am tentang rakan-rakan sedegree dan jugak rakan-rakan secompany masa kat GEMS SRC 02.. Suka la dapat ketua darjah yang caring camni..


Ketua darjah ni masih single ok. Tapi high taste. Tu yang single lagi tu kot. Nak ke tengok gambo nye?








.:End:.

Friday, September 16, 2011

Barakallah Maizatul Akma & Mohd. Razlan



بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Mohd. Razlan dan Maizatul Akma


Pandai ye korang pilih tarikh anniversary kami yang ke-6 untuk sanding. Jeles i tawww!!!! Tapi Mai and Lan akad nikah malam 15 September. So, hilang sikit-sikit rasa jeles itew... Hehehe..



Akad nikah

With Mai yang sangat cantek



Keibuan je muka Mai.. Lembut je kannn... Patot la jadi cekgu tadika... 

From left: Jue, Incik Tunang Jue, Lan, Mai, Wani and yours truly.. Harap maklum, pengapit2 adalah tunangan orang. Cehhhh!!!! 


Harus la rasmikan pelamin dia kannnn... 


Finally, the perfect and the great bride and groom... 


Tetiba macam malas nak menaip.... Tengok gambo tu je lah ye... Frust tak dapat kawen 16 September 2011... Yang, i nak majok ahhh!


Tapi nak cite sket... Tadi aku bajet nak usik Lan n Mai, tetiba meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.. Ahakz, padan muka haku...


Miss Polaris: Takde kerja la Mai n Lan ni jumpa kat Tengku Mahmud...

Mai: Elehhh, kata orang.. Padahal dia pun sama...



Ehhh, lupa... Kita pun kenal kat Tengku Mahmud, yang..... Tapi Lan n Mai lagi bertuah la kot sebab kenal sejak dari lower 6, somewhere in 2004. Aku and my Prince kenal tu dah ujung-ujung upper 6. Baru je kenal tetiba dah abis STPM... Terus PJJ (percintaan jarak jauh). Pastu belajar-belajar dok dekat masa aku belajar kat UPM tahun 2010... Ehh, motip karang cerita chenta kat entry untuk Mai n Lan????

ENAM


Sempena ulangtahun ke-6 ni, meh aku nak up satu lagi entry... Saje nak imbas zaman paleolitik dolu-dolu, hingga sekarang.

Temanya adalah HARI RAYA....


2005
Please la jangan gelak tengok gambar ni... Aku nak upload pun tak sanggup sebenarnya... Huhu.. 1st time beraya bersama la katakan... Plan kemain la nak sedondong, tapi akhirnya kedondong jadinya.... Tone color tak sama la pulekkk... Tapi takpe... Yang penting posing haruslah macam nak nyanyi lagu Negaraku... Student la katakan....


2006
Ok, time ni dah masuk u dah... Kesedondongan sudah menunjukkan peningkatan. Tapi aku nak bagitau satu rahsia nih... Rasanya my prince pun tak tahu ni.... Sebenarnya baju yang aku pakai tu bukan baju raya aku. Tapi baju umi... Huhu... Anak tukang jahit la katakan.... Baju haruslah tak siap di pagi raya.. I love u la umi.. Muahhh... Terima kasih sebab menyumbangkan baju yang sedondong untuk anakmu ini.... Psstttt, tudung pun tudung umi sebenarnya...Hehe... Nasib la kan mak ngan anak sama slim. Wahhh, slim kerrrr???? Huhu...


2007
Ok, tahun ke 3 beraya bersama... Semakin menampakkan peningkatan kan???? Baju raya aku and my prince umi yang belikan dan jahitkan. Terima kasih umi sebab siapkan baju raya anak dan bakal menantumu ini... Love u la umi... So mucccchhhh muahhhh.. Ni gambar bersama dengan family auntie aku yang turut sama memilih tema hijau. Tu yang macam aku menghimpit my prince tuh... sofa tak muat.. Maklom la, i kan selimmmmm... Hehehe.. Bila tengok gambar ni, geram je aku rasa nak touch up mekap bahagian mata aku tu... Tak berseri langsung.. kan... Padahal raya tahun 2005 tak mekap punnnnn... Dapat pakai bedak baby Johnson pun dah seribu rahmat. Maklum la, student sekolah..



2008

Ok, baju raya my prince adalah di recycle dari tahun 2006. Sebab dia kata membazir buat baj melayu banyak-banyak. Dia bukan pakai pun. Takat gi solat Jumaat, tak kan la nak bertukar-tukar baju macam perempuan... Tapi perempuan ni, aku pun hairan jugak. Beli baju tiap-tiap minggu. Tapi time nak keluar, ada la setengah jam dok hadap wardrobe. Last-last, "Yang, takde baju la nak pakai..... "



Betul tak, betul tak??? Situasi korang sama tak dengan aku????




2009

Ok, again, baju melayu my prince di recycle dari tahun 2005. Orang selim ni lainnnn... 5, 6 tahun pun, saiz badan mentennnn je... Bukan macam aku. Bulan ni jeans saiz 32, 3 bulan depan tukar ke saiz 30. Pastu tiba-tiba kena pakai saiz 32 balik... Hehehe.. Baju aku tu pun bukan baju raya sebab baju raya tak siap. So aku pakai baju konvo. Time ni berat aku mencecah tahap maksima. 65.4kg. Gilooooo kan???? Sebabnya berhibernasi di rumah selepas tamat final sem. Pastu bila join GEMS, timbang berat, pengsannnnn!!!!



2010

Tahun yang sangat kedondong. Warna baju tak sama.. Takpe la yang, kita tak perlukan persamaan untuk serasi kan... Tetiba... Padahal baju melayu my prince and baju raya aku TAK SIAPPPPP... hehe.. takpe umi, tetappp sayang umi so much muahhhh... Tapi agak la bangga menyarung kebaya moden itu sebab ini adalah kebaya moden yag dijahit oleh umi pada tahun 2006. Time tu berat aku 58kg okehhh... Cehhhh, padahal nak announce, 'Berat aku dah turun 7.4kg wehhhhh!!!!' Huahuahua...


2011

Dan ini, raya paling latest. Beraya dengan berat 60kg... Yerr, aku tau mesti korang cakap, elehhh berat 60 kg pun kecoh... Ko masih gemok la wehhhh... Tapi tak kisah la... Yang penting, ini pencapaian yang hebat bagi aku setelah berjaya menurunkan 2.4kg di bulan puasa. Elehhh, 2.4 kg jer... Bukan 24kg... Ahh, lantak la korang nak cakap apa. Turun sekilo pun aku dah seribu syukur sebab lemak aku sebenarnya adalah sangat degil. Nak turunkan sekilo pun jenuh aku skip dinner and makan nasik lunch dalam piring cawan. Sebab tu bila ada kawan aku cakap, "Saya ni akak, 17 kg yang pertama je senang nak turun, pastu dia remain je walaupun dah omit nasik and exercise giler2." Wehhh, bersyukur la derrr... Aku ni, jangan kata 17 kg, 17 gram pun susah nak turun. Kalau aku berjaya turunkan 17kg, sumpah aku pose nazar 7 hari...



Tapi, raya tahun ni paling sedih. Sebab beraya tanpa umi. Umi, anak-anak umi takkan lupa mendoakan kesejahteraan umi di sana... Dan juga mendoakan kesejahteraan abah di sini.... Kami jaga abah dengan baik. Semoga umi berbahagia di sana. Allah sayang umi. Beruntung umi...


Umi, tunggu Kak Eg di syurga ya...

Dah boleh masuk tadika dah....







credit to http://house88kend.blogspot.com/2011/01/happy-6th-anniversary.html


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan berkatNya hari ni, relationship ini mencecah ke tahun ke 6... 2005-onwards....


Syukur alhamdulillah ya ALLAH, kerana begitu menyayangi aku dengan menghadiahkan seorang hambaMu yang terbaik untukku... Semoga rasa cinta kami ini sentiasa di bawah restuMu. Semoga rasa kasih ini bersandarkan kasih dan cinta kami terhadapMu, ya rabbi..


Semoga kami ini akan bersama di dunia dan di akhirat dalam naungan berkatMu..


Amin..






Sayang, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya...

My Polaris







Abang,


Walaupun abang selalu tersipu-sipu bila saya puji abang hensem, sayang tetap sayang abang...


Walaupun abang selalu marah sayang bila sayang kacau abang lepas kerja, sayang tetap sayang abang....


Walaupun abang selalu tak habis makan burger McD dan sayang yang kena habiskan, sayang tetap sayang abang...


Walaupun 16 kali kita gi Mines dan 16 kali itu jugaklah kita lupa kita parking kat floor berapa, pastu sayang akan marah2 abang kenapa tak hafal no floor, padahal salah sayang jugak sebab tak hafal sama-sama, pastu kita akan end up gaduh-gaduh sebab penat turun naik lif cari tempat parking, sayang tetap sayang abang...
Walaupun abang segan-segan bila sayang nak snap gambar abang sorang-sorang, sayang tetap sayang abang...


Walaupun abang suka check inbox and contact handset sayang, sayang tetap sayang abang...


Walaupun dah 6 tahun kita bersama dan kita tetap gaduh-gaduh manja macam kan baru kenal 6 hari, sayang tetap sayang abang...



Walaupun dah 6 tahun kita bersama, abang selalu memberikan sayang sebab untuk mencintai abang setiap hari...


Dan kalau sayang nak tulis semuanya hari ni, memang tak kan habis sampai esok lusa pun sebab sebenarnya sayang tak perlukan sebab untuk mencintai abang..


Semoga di dunia dan di akhirat kelak, you will remain as the other half of me... insyaALLAH..






...Amin...


























p/s: sorry kalau entry in terlebih gula.. Silakan muntahhhh... Baldi sendiri-sendiri yeh... hihi..


























Tuesday, September 13, 2011

Tak cukup glemer...

Tadi gi MTC, tempat kerja umi nak settlekan hal-hal berkaitan dengan umi.

Pastu aku tetiba notice ada a guy dalam office MTC tu yang asyik dok renung aku atas bawah, atas bawah.

'Ko pehallll???'. Dalam hati je ni...

Memula aku ingat perasaan aku jer, tapi memang dia dok peratikan aku. Pastu aku tanya la dia.

'Pesal tengok-tengok ni?'


Pastu dia tanya, 'Tak kenal ke?'

Memang aku tak kenal. Tak pernah ada pun wajah dia dalam minda aku.

Pastu mula la dia dok cerita betapa dia glemernya kat Tengku Mahmud. Katanya orang panggil dia Felix sebab muka ada ala-ala Felix AF. Rupanya dia junior setahun dari aku. Walaupun dia cerita sejak dia form 1 sampai upper 6 kat Tengku Mahmud tu, berebut kakak-kakak senior nak bergambar dengan dia, hantar hadiah-hadiah request yang ada kelab-kelab dan persatuan selalu buat sempena hari-hari yang special...


Tapi maap la dik, akak tak kenal kau! Nama kau pun akak tak pernah dengar walaupun ever since sekilas pandang pun kau dah cam akak, akak tak kenal kau dik....

Aku siap call Lin nak tanya pasal that guy, tapi MALANGNYA, Lin pun tak kenal dia. Aku kira dia dah cukup glemer kalau Lin kenal dia sebab Lin kenal ramai bebudak junior and senior kat Tengku Mahmud tu. Tapi, bila Lin pun tak pernah dengar nama dia, maknanya dia BELUM CUKUP GLEMER.

Aku ni memang tak kenal orang pun. Kerja aku gi sekolah, balik. Gi sekolah, balik. Takdenya nak kenal-kenal adik junior ke abang senior ke... Katanya setia.... Huahuahua~ Geli tekak aku.. Hehehe....






























Monday, September 12, 2011

membawa amanah...

Pagi Jumaat lepas, dengan berat hatinya aku bertolak menuju je Puchong untuk menghadiri majlis persandingan anak kepada tok sedara aku. Sape tak berat hati kalau kena tinggalkan adik yang manja dengan umi, yang tengah demam dan batuk. Tapi aku pergi ni pun kerana membawa amanah umi.



Semasa umi masih ada, umi yang beria nak pergi. Lepas tu umi cakap, 'Kalau umi tak dapat pergi, awak la gantikan umi.'

Pagi sebelum bertolak tu, memang aku buntu. Tak dapat buat keputusan, nak pergi ke tak....


Finally, i decided to go sebab abah bagi greenlite with promises to take care of Iman.


Hmm...


So, let the pictures do the talking..



My prince dok bagi hint 'Cantik sayang pakai baju camni.'....
Hmm, maybe this is the time to change.. 
 
The bride and groom. Ini masa malam majlis berinai.


Gambar pengantin masa majlis sanding esoknya xde sebab sampai saje kat rumah the bride, aku meluru ke meja makan. Lapar dowh! Peduli hapa aku bride and groom nak bersanding ke, tepung tawar ke apa ke.. hehe..


Abang Long, Kak Long n Darwisy


This is my Kak Long with Abang Long and Awisy.. Isy, cam tak berapa nampak pulak si Darwisy ni... 
 
Pagi before ke majlis persandingan. Spend the morning with the visit to Putrajaya....


This is yours truly... 



'Aleya Insyirah with our cuzzy, Kakak...


Tu je la... Masa kat sana, memang sangat rindu umi... Teringat macam-macam kenangan dengan umi... Mungkin kerana aku ke sana dengan membawa amanahnya....



al-Fatihah...










Wednesday, September 7, 2011

Mencari kekuatan dariMu...

Semalam, demam aku sudah kebah. Yang tinggal cuma selsema. Tapi, berganti pula dengan Iman. Adik bongsu lelaki.

Semalam juga percubaan pertama merebus ikan (tapi kami panggil ikan kukus-dikukus dengan garam, asam keping dan juga sedikit nissan) untuk meniru kesedapan ikan kukus umi hampir gagal sebab terlebih garam sedikit. Tapi bayang-bayang ikan kukus umi sudah ada.

Banyak lagi masakan umi yang belum sempat aku korek rahsia resepinya dari umi. Entah apa pula hikmahnya bila kedua-dua buku berisi resipi masakan umi hilang entah ke mana.

Rasa mahu terduduk, tak sempat berpaut bila kehilangan umi secara tiba-tiba. Menu lontong yang dipinta abah belum mampu aku cuba memasaknya sesedap masakan umi. Rasa tak punya kekuatan untuk mencuba bimbang kecewa sendiri kiranya rasanya entah apa-apa.

Banyak lagi perkara yang ingin aku pinta pendapat umi.

Banyak lagi perkara yang ingin aku kongsikan dengan umi.

Ya, aku cuma insan biasa. Punya rasa sedih dengan tragedi sebegini.

Kiranya aku tahu saat-saat bersama umi selama 3 hari di hospital itu detik-detik terakhirnya, serasa ingin aku rakamkan segalanya.

Segalanya masih segar di minda. Saat menyuapkan umi makanan saat umi tidak lagi punya selera untuk makan.

Saat mengocakkan B'Young Advanced Functional Beverage untuk umi 3 kali setiap hari sebagai pengalas perutnya.

Saat memandikan umi. Saat menyabunkan dan menyampu rambut umi. Saat menyikat rambut umi dan juga saat membedakkan pipinya.

Kalau tahu itu saat terakhirnya bersama aku, sudah pasti akan kupeluk erat umi setiap detiknya.






Serasa tidak kuat. Bila lauk yang aku masak tak mencukupi untuk hidangan adik-adik. Bila ada adik yang tidak sihat. Bila ada adik yang merajuk tidak mahu makan, aku tidak kuat untuk menjadi setabah umi. Cekal berhadapan kerenah anak-anak.






Ya ALLAH, aku ini insan lemah. Kurniakan aku kekuatan. Aku ini hambaMu yang kerdil, kurniakan aku iman yang kuat. Aku ini anak yatim tanpa ibu, kurniakan aku sisa ketabahan dari kekasihMu itu....






Amin.






















Someone when we have no one...


“You may have someone in your mind, someone in your heart, someone in your dreams, someone in your life, but I am your someone when you have no one"

Allah[swt] reminds us by saying "O Prophet! Allah is sufficient for you and for the believers who follow you. [Qur'an:8:64]

" So when you slip and fall, remind yourself of Ar-Rahman Ar-Rahim, the One whose always there, just waiting for your Call!"

Tuesday, September 6, 2011

Demam rindu padamu wahai kekasih Allah ku...



Semalam demam. Pakej bersama selsema dan sakit badan.


Dah 2 hari tak selera nak makan.


Pastu lepas adik-adik ke sekolah, aku sambung tido.


Mimpikan umi...






Dalam mimpi tu umi tarik tangan aku dan suapkan nasi dengan ikan bakar.


Ya Allah, aku sangat rindukan kekasihMu itu...





....bersama kekasih Allah....  
....wanita tercantik dalam hidupku....



Rasa tak nak makan dengan harapan akan bermimpikan umi lagi untuk datang menyuap nasi kepadaku...


Tapi petang semalam, hari terakhir My Prince berada di kampung sebelum berangkat pulang meneruskan tugas mencari nafkah, dia datang membawa aku ke kedai. Dipaksanya aku makan nasi and sup daging. Tak habis pun. Air pun tak larat nak habiskan.






Kerna telah terbiasa bercerita semua yang ada dalam hati kepada umi, bila umi takde, aku cenderung untuk memendam segalanya sendiri.






Kerna telah terbiasa memeluk dan mencium umi setiap hari, tanpa umi aku rasa separuh dari jiwaku turut pergi bersama umi.






Kerna telah terbiasa tidur disampingnya sepanjang Ramadhan ini, terasa sukar melelapkan mata tanpa umi di sisi.






Ya ALLAH, tempatkanlah umi di syurgaMu kerana itulah tempat selayaknya untuk kekasihMu itu...


Amin.