Tuesday, September 6, 2011

Demam rindu padamu wahai kekasih Allah ku...



Semalam demam. Pakej bersama selsema dan sakit badan.


Dah 2 hari tak selera nak makan.


Pastu lepas adik-adik ke sekolah, aku sambung tido.


Mimpikan umi...






Dalam mimpi tu umi tarik tangan aku dan suapkan nasi dengan ikan bakar.


Ya Allah, aku sangat rindukan kekasihMu itu...





....bersama kekasih Allah....  
....wanita tercantik dalam hidupku....



Rasa tak nak makan dengan harapan akan bermimpikan umi lagi untuk datang menyuap nasi kepadaku...


Tapi petang semalam, hari terakhir My Prince berada di kampung sebelum berangkat pulang meneruskan tugas mencari nafkah, dia datang membawa aku ke kedai. Dipaksanya aku makan nasi and sup daging. Tak habis pun. Air pun tak larat nak habiskan.






Kerna telah terbiasa bercerita semua yang ada dalam hati kepada umi, bila umi takde, aku cenderung untuk memendam segalanya sendiri.






Kerna telah terbiasa memeluk dan mencium umi setiap hari, tanpa umi aku rasa separuh dari jiwaku turut pergi bersama umi.






Kerna telah terbiasa tidur disampingnya sepanjang Ramadhan ini, terasa sukar melelapkan mata tanpa umi di sisi.






Ya ALLAH, tempatkanlah umi di syurgaMu kerana itulah tempat selayaknya untuk kekasihMu itu...


Amin.










































No comments: