.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, September 22, 2011

Lontong Umi

Gigih aku letak mangkuk lontong tepi jendela untuk mendapatkan cahaya semulajadi.... Malangnya sambal bilis merajuk sembunyikan diri plakkkk...


Hari ni percubaan pertama memasak lontong mengikut resipi umi. Dah lebih 10 tahun diajar memakan lontong dengan rasa yang mana pada tekak aku adalah lontong paling best di muka bumi ni. Dan bila menikmati lontong hasil tangan orang lain, banyak pulak bunyik aku... Aku tak suka lontong yang taruk sayur terung, lobak and ubi apa eh yang rangup2 tu? Haaa, sengkuang kot.  Lupa dah. Tapi memang tak masuk kat tekak aku. Dan aku juga tak suka makan lontong yang taruk serai. Cepat muak. Aku suka lontong air tangan umi je. Dan aku rasa sangat-sangat menyesal lepas umi dah takde sebab sebelum ni, aku tak pernah belajar masak kuah lontong dengan umi. Cuma nasib baik sempat ambil resipi dari umi.


Semalam sms abah, "Belikan bahan nak buat lontong sikit. Nak try buat esok."


Nampak tak aku tulis sikit tu? Ye, aku memang tak berani nak buat pun sebenarnya. Takut terlalu berharap lontong akan terhasil seperti air tangan umi, tapi bila rasa, rasa ntah apa-apa, aku sangat bimbang aku akan kecewa sendiri.


Nasi himpit aku tempah dengan kakak umi je, Che Long. Sebab aku tak pandai nak agak nak buat banyak mana. Sebenarnya aku tak reti pun buat nasi himpit. Huahuahua~ Sebelum ni, kalau bukan umi yang buat, kami rebus ketupat nasi segera Nona tu je. Tapi tekstur dia tak secantik yang dibuat secara manual ni, kan? So, tempah je dengan Che Long. Senang cerita.


So pagi-pagi lagi, bermula la aktiviti melontong aku. Hehehe.


Nak letak resipi kat sini la. Untuk rujukan di masa depan .Dah la lepas umi meninggal hari tu, merata aku cari buku resipi aku, tapi tak jumpa. Dah jumpa tu, lega yang amat sebab dalam buku tu, banyak resipi yang aku salin. Resipi yang umi selalu masak dan juga resipi favourite adik beradik.


Lontong Umi
  1. Bawang besar sebiji *
  2. Bawang merah 2,3 biji *
  3. Bawang putih seulas dua *
  4. Halia sikit * (Blend bahan yang bertanda *)
  5. Belacan
  6. Kunyit
  7. Santan
  8. Asam keping
  9. Udang kering (tapi tadi aku guna udang basah pasal abah cakap udang kering takde)
  10. Ikan bilis sejemput
  11. Fucuk
  12. Suhun
  13. Kacang panjang
  14. Kubis
  15. Cili merah
  16. Tauhu
  17. Tempe

  • Caranya senang aje. Campurkan bahan blend dengan santan.
  • Pastu masukkan belacan, kunyit, asam kepiung, udang kering/basah, ikan bilis, tauhu dan tempe ke dalam santan dan biarkan mendidih.
  • Dah mendidih baru masukkan fucuk dan suhun.
  • Pastu tunggu kejap masukkan kubis dan kacang panjang dan juga cili besar yang dihiris.
  • Rasa garam dan gula, setel. (Aku tak letak ajinomoto sebab tak suka guna, and sebab aku and adik aku allergic dengan ajinomoto)


Lepas tu bila rasa, rasa nak menangis sebab ini lah rasa lontong umi. Cuma aku buat tadi tercair sikit santannya sebab aku tak reti agak nak tambah air banyak mana dengan santan pekat yang abah belikan tu. Takpe, next time cuba lagi. First attempt, xpe la, kan... Makan pulak dengan sambal bilis. Fuhhh, tetiba lupa nak turunkan lagi berat yang dah 59kg tu... Huhu..


Ya, ALLAH, terasa begitu rindu dengan umi. Serasa tak punya lagi teman berbicara yang sangat memahami aku seperti umi. Serasa umi masih ada. Sampai saat ini, masih aku sukar untuk mempercayai bahawa umi sudah tiada lagi.




Tadi lepas Asar, baca surah al-Imran sikit. Ada sikit petikan maksud yang menarik perhatian aku. Ayatnya berbunyi lebih kurang "Orang yang gugur di jalan ALLAH sebenarnya sedang bergembira di sisi ALLAH dengan limpah rahmat dan kurnianNya." Ya, mudah mudahan umi sedang bergembira dan berbahagia di sisi ALLAH.



Sedikit kata-kata Coach Ridz yang juga anak angkat nenek, "Kalian sebenarnya bertuah kerana tidak punyai kesempatan untuk menyakitkan hati ibu lagi samada secara sengaja atau tidak. Sedangkan kami ini, sedikit perbuatan atau kata-kata tehadap ibu pun, mungkin sedar atau tidak, mungkin telah mengguris hati ibu.. "






No comments: