.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, September 19, 2011

Skincare...

Wahh, muka tak flawless pun ada hati nak up entry pasal skincare... Tapi tak pe, sebab ada jugak yang tanya, aku nak berkongsi la tentang skincare nih.


Sebelum tu, meh kita tengok muka aku dulu dan sekarang.


2009                                   2011


Ye, muka aku sangat awful dulu. Dan sekarang tidak la menjadi nightmare lagi bagi my prince untuk menatap muka aku... Hewhewhew~


Tetiba aku pun rasa sangat menakutkan nak tengok gambar belah kiri tu... Tak sangka aku begitu cekal hati membawa muka sebegitu di Tengku Mahmud, UMT, GEMS SRC02, CCMF, dan juga UPM.. Hehehe...


Nak tau tak camne aku boleh transform muka aku dari gmbar kiri ke kanan??? Suntikan botox??? Namampos??? Nak kena inject bius sebelum cabut gigi pun jantung aku macam nak pecah. Inikan pulak nak hidang muka untuk disuntik botox. Oh no, no, no...


Ok, ianya bermula masa aku praktikal di Muar. Aku sangat bertuah dikurniakan seorang rumet yang sangat menjaga kesihatan kulit wajah. Nasib baik sempat la mengorek rahsia kecantikan dia. Bila dia citer2 tu, rasa sangat tak percaya bila dia kata wajah dia sangat mengerikan dulu. Jerawat banyak, siap bengkak bernanah semua. Jerawat sampai leher katanya... Masa tu siyes aku tak percaya sebab wajah dia cantik sangat. Dah la dia pakai Clinique kauuu!!! Ingatkan sebab dia pakai Clinique dia jadi cantik.


Tapi katanya; "It's a result of hardworks."


Baiklah, yang ni aku percaya.


Katanya lagi, "Kalau pakai skincare mahal like SK11 or Clinique or whatsoever tapi kau malas nak cleanse, tone and moisturize your skin AT LEAST twice on daily basis without failed, xde maknanya!"


Baiklah, ini pun aku percaya... Hehehe..


Dia jugak kata, "Kalau kau pakai produk terbaik di dunia pun, tapi sistem dalam badan kau berkerak, x payah la menanti tibanya saat-saat kau punya wajah to have the best complexion and looks radiant and glowing. Sila buang dulu toksin dalam badan, and buat treatment untuk sistem dalaman dulu."


Yes, yang ni memang aku percaya 100%.


Makanya, aku pun dengan tangan yang menggigil, telah membayar RM310 kepada Dr. Jamuna untuk dadah-dadah yang direkacipta khas untuk merawat masalah kulit aku.Kata rumetku lagi, sekali ni je kau makan ubat dia, lepas tu jaga kulit betul-betul. Tak yah attend the next appointment....


Lepas tu, aku ke Watson store untuk membeli skin care products yang sangat sesuai dengan kulit sensitif aku ni mengikut nasihat sifu kecantikan aku tadi tu. Dah 25 tahun hidup baru aku tahu kulit muka aku jenis kulit sensitif. Kesiaannnn.....


Ok, untuk skincare product aku guna brand Simple - Kind to Skin range. Produk ni memang tak de color and x de bau. Memula beli ni aku beli yang starter kit je. Memang terbaiklah. Cleansing gel dia memang favourite aku. Takde langsung rasa tegang lepas cuci muka. Lepas tu toner dia pun best. And the best is the light moisturizer. Kalau kau pakai malam sebelum tidur, bangun esok pagi tu dah boleh nampak liang roma dah tak berapa kelihatan.


Tapi memandangkan GEDIX is my middle name, sebaik sahaja cleansing gel tu habis, aku beli pulak pencuci muka dan pelembab dari range Oil Balancing. Ni pun produk SIMPLE jugak. Tapi hasilnya adalah muka aku jadi berjerawat dan kasar. Kusam pun ada gak. Terus aku stop the Oil Balancing moisturizer. Dan bertukar kembali kepada Kind to Skin light moisturizer yang memang kind to skin. Hehehe.. Aku ingatkan sebab kulit aku berminyak, patutnya kena guna Oil Balancing range la kan. Tapi ramalanku salah belaka. Nasib baik sempat kembai ke pangkal jalan. Lepas tu, masalah kulit tiada lagi. Jerawat manja-manja sebulan sekali tu kira normal la. Tapi memandangkan aku sangat rajin mencuci, mengeton dan melembabkan wajah dua kali sehari, tiada lagi masalah parut hitam yang lambat giler nak hilang macam kat gambar belah kiri kat atas sinun.


For makeup remover, sebelum ni aku adalah pengguna setia Deep Cleansing Milk Bio Essence with Pine Pollen. Mekap senang tanggal without hard effort. Dan ini adalah pesanan penaja dari sifu kecantikan aku, "Sila bersihkan mekap AT LEAST 3 rounds dan pastikan kapas yang ketiga tu, dah takde kesan mekap. Kalau tak, do the 4th..." Laaaa, ye ke? Before this, aku bersihkan mekap sekali round je. Patut la lepas cuci muka dengan cleansing gel, pastu masa toning dengan toner, ada lagi sisa mekap di kapas.... Oooo, 3 rounds akak ye... Tq for the tip.


Nivea Visages Eye Make-up Remover can do nothing to my make-up. Takde kesan. Eyeliner tak tanggal punnn. Mascara apatah lagi... Mungkin sebab eye liner aku degil gamaknya... So, sekarang benda alah tu tak luak pun. Bazir je...



Tapi, tapi, tapi....


Setelah aku mula menggunakan SK II Facial Treatment Cleansing Gel, terus aku jatuh chentaaa!!! Lagi senang nak guna. Mekap pun sangat mudah tanggal. Tak payah extra effort. Tak payah tahan kulit area mata pedih-pedih sebab ditenyeh dengan kapas muka untuk hilangkan eyeliner. Hoih, tak payahla kau compare produk SKII dengan Bio Essence... Berbeza kasta tuuuu!!! (Tetiba terdengar hati kecilku berbisik, hehe).


Ok, sekarang rejim penjagaan muka aku adalah:
  1. Cuci muka dengan Simple Oil Balancing Exfoliating Gel (Lupa nama. Tapi lebih kurang camni la. Tak kuasa aku nak gi toilet for double check)
  2. Sapu toner Simple Kind To Skin dengan kapas muka.
  3. SK II Facial Treatment Essence
  4. SK II Repair C
  5. Simple Kind To Skin Light Mosturizer


Lepas apply mekap pulak, aku sukaaaaaa semburkan ZA Energy Water Skin Lotion. Fungsinya adalah untuk menyebatikan mekap tadi dengan kulit wajah. Dah jugak akan memberi kesan kulit wajah lambat sikit nak berminyak. Walaupun nama dia skin lotion, tapi dia macam air mineral je...


Untuk sistem dalaman pulak, aku amalkan makan Naturalle Evening Primrose Oil plus Omega 3 Fish oil. Satu lagi perkongsian dari sifu kecantikan, "EPO ni boleh berfungsi untuk menaikkan berat badan. Kalau tak nak berat naik, makan EPO dengan Fish Oil." Oooo, patut la berat aku cepat naik sejak mula amalkan EPO for about 4 years. So, untuk menjimatkan bajet dan jugak menyapot (support) company yang aku pernah menabur jasa seketika dulu, aku pilih Naturalle from CCM. Senang, tak yah makan dua jenis supplement. Telan yang ni je. 2 dalam 1. Murah pun murah dan yang paling penting sesuai dengan aku.


Rumet aku a.k.a sifu kecantikan aku turut mengambil supplement Vitamin E untuk kesihatan kulit. Yang ni aku belum mampu makan lagi sebab tak cukup bajet. Hehehe..Yang ni, insyaALLAH dah kerja nanti aku amalkan. Supplement ni bagus untuk kulit sebab Dr. Jamuna pun ada bagi supplement ini dulu.



Pastu bulan puasa hari tu, aku mula mengamalkan ISO.3 kolagen keluaran Zhulian sebab it worth every cent dan jugak paling murah. Harga dia RM 111 untuk 20 sachets, tapi harga ahli adalah RM 90. Untuk bulan pertama kau kena makan 2 sachets sehari, so untuk bulan pertama kosnya adalah RM 270. Dan untuk bulan seterusnya makan 1 sachet je.. Mana nak carik kolagen murah macam ni? Sedap pulak tu. Rasa macam orange juice yang sedap tuuu.. Kalau berminat, sila hubungi aku. Ecehh, promote~ Tapi betul... Kita ni kan makin tua, kalau pokok kena letak baja, so do our bodies.. Dari tak makan, baik makan, kannnn???? Pikir camni je, camne appearance pokok yang kita tak bagi baja and pokok yang kita bagi baja. Beza kannn???


Lagi 1 nasihat dari sifu, kalau kulit kau dasar berminyak sampai tahap boleh kaut buat goreng cucur, sila la lari sejauh-jauhnya dari whitening product. Sebab whitening products akan menambahkan minyak di muka kau dan akan menyebabkan jerawat... Tapi, aku yang namanya gedik ini, setelah pakai Simple 2,3 bulan, kulit dah nampak takde kesan parut dah, dengan angkuhnya telah membeli starter kit Bio Essence Tanaka White. Dan hasilnya..... jerawat bermaharajalela setelah dua hari aku guna. Cisss!!! Itu lah padahnya bagi orang yang degil plus gedik melampau... Hehe.. So, lain kali... Peprcayalah kata-kata sifu anda. Aku nak share je ni... Takut korang sesal di kemudian hari tak berguna lagi.. What if, muka kau dah bersih dari jerawat, tetiba seminggu nak nikah kau gedik nak putihkan wajah dan guna whitening product sedangkan kulit kau jenis yang berminyak???? Tak ke menangis kau tengok gambar nikah kau berbintik-bintik jerawat serata alam...


Ok, ni produk-produk yang aku guna tu.






Sebab itu lah, jejaka-jejaka idaman seMalaya sekalian, hantaran untuk anak dara ni TINGGI. High maintenance, dear... Dan jugak sebab gadis-gadis ini sangat rajin and need extra effort to appear good looking with healthy skin. Well, itu mungkin the fact for me sorang je kot. Sebab kulit aku sensitif. Kalau orang yang jenis kulit muka flawless even dia tak pernah guna pencuci muka dan tak kenal toner, pelembab segala, bertuahlah suami dia...






Ehh, bang... Abang ni, kategori bertuah ke malang???? Hehehe...






p/s: Ini adalah catatan peribadi aku semata-mata. Tidak berniat menjatuhkan kredibiliti jenama skincare yang ada di pasaran. So, korang plz jangan saman aku... Kalau tak puas hati dengan products review yang aku buat, do email me.. Ok??? Tapi rasanya takde memburuk-burukkan mana-mana pihak pun. Sbb every product works on different way to different skin. Kannn???






4 comments:

Saleha Sapar said...

Boleh saya tahu klinik Dr. Jamuna tu kat mana ? And pill apa ye yang awak amik ?

Saleha Sapar said...

Boleh saya tahu klinik Dr. Jamuna tu kat mana ? And pill apa yang awak amik ye ?

Izyan Alias said...

Klinik pakar kulit Jamuna di Batu Berendam Melaka. Dia bg few ubat mkn dan 2 ubat sapu...

ssrisa.collection said...

boleh tahu price simple skincare tu ? dan kat mana boleh beli ye ??