Tuesday, September 13, 2011

Tak cukup glemer...

Tadi gi MTC, tempat kerja umi nak settlekan hal-hal berkaitan dengan umi.

Pastu aku tetiba notice ada a guy dalam office MTC tu yang asyik dok renung aku atas bawah, atas bawah.

'Ko pehallll???'. Dalam hati je ni...

Memula aku ingat perasaan aku jer, tapi memang dia dok peratikan aku. Pastu aku tanya la dia.

'Pesal tengok-tengok ni?'


Pastu dia tanya, 'Tak kenal ke?'

Memang aku tak kenal. Tak pernah ada pun wajah dia dalam minda aku.

Pastu mula la dia dok cerita betapa dia glemernya kat Tengku Mahmud. Katanya orang panggil dia Felix sebab muka ada ala-ala Felix AF. Rupanya dia junior setahun dari aku. Walaupun dia cerita sejak dia form 1 sampai upper 6 kat Tengku Mahmud tu, berebut kakak-kakak senior nak bergambar dengan dia, hantar hadiah-hadiah request yang ada kelab-kelab dan persatuan selalu buat sempena hari-hari yang special...


Tapi maap la dik, akak tak kenal kau! Nama kau pun akak tak pernah dengar walaupun ever since sekilas pandang pun kau dah cam akak, akak tak kenal kau dik....

Aku siap call Lin nak tanya pasal that guy, tapi MALANGNYA, Lin pun tak kenal dia. Aku kira dia dah cukup glemer kalau Lin kenal dia sebab Lin kenal ramai bebudak junior and senior kat Tengku Mahmud tu. Tapi, bila Lin pun tak pernah dengar nama dia, maknanya dia BELUM CUKUP GLEMER.

Aku ni memang tak kenal orang pun. Kerja aku gi sekolah, balik. Gi sekolah, balik. Takdenya nak kenal-kenal adik junior ke abang senior ke... Katanya setia.... Huahuahua~ Geli tekak aku.. Hehehe....






























1 comment:

gadis semasa said...

shaida azlin likes dis.