.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 18, 2011

Tetamu....

Semalam, badan tak sihat again. Tekak gatal-gatal tak selesa. Macam nak batuk. Sakit-sakit badan.... Tengahari tu, memang sah aku batuk. Pastu lepas sapu losyen halia kat badan, baru sendawa-sendawa, ringan sikit badan. Tu la, gedik sangat tak nak makan. Pastu angin.... Tapi, dah takde selera. Nak buat cane....


Pukul 2 tengahari, rehat-rehat kejap, tapi percubaan untuk tidur adalah gagal setelah mendapat panggilan telefon dari ketua darjah yang sangat concern itu bahawa ada kemungkinan dia akan singgah berziarah petang nanti. Terus aku bingkas bangun baking moist choc cake sebab biskut raya semua dah habis. Serdak pun dah licin dah. Lepas tu bancuhkan tepung untuk buat cucur bawang.


Pukul 4 lebih kot beliau sampai. Sorry la ye, tak masak beria... Lambat sangat dapat call. Tu pun nasib baik beliau call dulu. Kalau tak memang hidang air teh dengan biskut kering je.



Ni bukan aku hidang kat beliau, tapi just nak cakap, aku suka sangat biskut ni. Terutamanya snow almond yang kat bawah tu.... Siap simpan satu balang dalam bilik sebab sayang nak makan.... Hehehe...





Moist choc cake, resepi favvy aku...


Nieja, hari tu kite tanya2 bila nieja nak lalu depan umah kite, sebab kite nak bagi ni la.. Tapi mengenangkan Nieja tokey choc cake, terus rasa rendah diri... So, cancellll!!! Hehehe.



Keratan rentas



Tukang rasa kata, "Emmm, cedapp che ngah.."



Kali ni aku alter sikit resipi dari yang lama tu. Kali ni aku buat camni...


Moist Choc Cake


  1. 2 cawan tepung naik sendiri
  2. 1 cawan serbuk koko
  3. 1 cawan gula (kalau nak kurangkan 3/4 atau 1/2 pun ok. Kalau resipi asal lagi manis... 1 1/2 cawan.)
  4. 1 cawan susu pekat
  5. 1 cawan air ais (resipi asal - air panas)
  6. 1 cawan minyak masak
  7. 2 biji telur
  8. esen vanilla

  • Campurkan tepung naik sendiri, sebuk koko, gula, susu pekat, air, minyak, esen vanila dan telur. Kacau sebati.
  • Pukul telur hingga kembang. Campurkan dalam adunan dan kacau rata dengan senduk kayu.
  • Bakar secara 'bain marie' atau steam bath iaitu meletakkan baking pan di dalam dulang berisi air dalam suhu 170 C selama 45 minit atau pun mengikut oven masing-masing.
  • Curahkan choc topping dan hias ikut suka hati. Hehe..






Aku realize, bila tukar air panas dengan air ais, kek lagi moist and lembuts la... Hehehe.



Eh, lupa cerita pasal tetamu. Hehe.. Ok, bila jumpa ketua darjah banyak la dapat update pengetahuan am tentang rakan-rakan sedegree dan jugak rakan-rakan secompany masa kat GEMS SRC 02.. Suka la dapat ketua darjah yang caring camni..


Ketua darjah ni masih single ok. Tapi high taste. Tu yang single lagi tu kot. Nak ke tengok gambo nye?








.:End:.

2 comments:

zonann said...

egee macam moist gile kek tu, ape benda yang kat atas topping tu? kak za bake kukus je, tak reti lak nak wat bain marie tu..

Miss Polaris said...

mmg sgt2 moist.. yg eg tbur tu, gajus.. ketuk manja2, pastu tbur.. saje xde kerja.. hehe.. xde badam, gjus pun ok.. hehe.. insyaALLAH, nnt eg wt, eg g anto umh kza.. tp xleh jnj lg bila... insyaALLAH..