.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, October 31, 2011

Caramel cake

Hari ni try buat kek caramel atau Custard Layer Cake. Rujuk kat blog TasteBuds tapi cara buat tu tiru Kak Ita yang pandai masak and pandai amek gambar macam photographer profesional. Kalau tak caya, boleh tengok blog Kak Ita....

Rasa tak percaya aku boleh buat layer macam yang Kak Ita and Akak 3E's ajar. Memula tu memang tak percaya. Tapi bila dah buat, rasa terkagum-kagum tengok hasilnya... hehe.. 

Sebelum masuk oven...
Hasilnya belum tahu lagi.. Nanti update later ya..


Semakin berumur semakin cantik

Arwah umi memang umi yang terbaik. Dah la baik, sporting pulak tu. Dah la sporting, tak pandai membebel pulak tu. Dah la tak pandai membebel, berhati suci pulak tu. Dah la berhati suci, pandai menjahit pulak tu (expert gilerrr). Dah la pandai menjahit, masak pun sedapppp. Dah la masak sedap, makin berumur umi semakin cantik. 

Tiap kali aku balik kampung, mesti tanya, "Umi pakai apa nehhh?" Nampak semakin berseri-seri bila pandang wajah umi. Siyesss.. Selalu jeles nak tahu umi pakai produk apa kot-kot la boleh mintak sikittt... Hehe... 

My lovely umi (ada macam adik dan kakak takkk????)
Gemencheh, 12 Februari 2011



Dulu masa duduk rumah sewa di Tok Jembal, semasa menghabiskan tahun akhir pengajian ijazah di UMT, tahun 2008 kot, ada sekali tu umi datang dengan abah dan adik-adik. Pastu housemates keluar la salam-salam dengan umi. 

Pastu ada sorang housemate tu, Cik Yati tanya aku sambil bersalam dengan umi;


"Ini kakak Egie ke?" 


Wahhh, kembang hati i... Umi senyum-senyum je masa tu.

Pastu bila pikir-pikir balik, 'Umi yang awet muda ke, anak yang matang overboard?' 

Kompius, kompius.. 

But i i prefer the 1st idea. Hehe... (Bawak-bawak la sedar diri Egie oiiiii, bisik hati kecikkk.. )

Saturday, October 29, 2011

Jom menjala

Petang ni, bila tengok kari udang yang kak long buat masih banyak berbaki, mari lah kita menjala. resipi main bantai je. Result adalah positif. 

Bahan roti jala:
1/3 kg tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
sesudu besar susu tepung
air secukupnya

Untuk kari, jangan tanya aku sebab aku tak reti buat lauk tradisional. Singgang ikan pun failed. Hehe.. 

Roti jala served with prawn curry (cehh, feeling2 masterchef gituuu)

Friday, October 28, 2011

Spiral pasta in white sauce

Hmm, malam ni langsai sudah spiral spaghetti in white sauce yang aku idam-idamkan. Lepas je solat maghrib terus masuk dapur. Alamakkk, pembuka tin takde la pulak. Terpaksa gunakan pisau besar untuk buka tin button mushroom dan jugak prego sauce. Sekali tertetak jari telunjuk pulak. Adesss! 

Terus melaksanakan kerahan tenaga dengan meminta adik-adik aku tolong siapkan bahan. Nasib baik Nina yang baru habis PMR tu ada kat rumah. 'Aleya pun kena jugak. Hehe.. .Nina kena dice kan onion and garlic. Pastu potongkan daun seleri. 'Aleya pulak kemain suka lagi bila aku mintak tolong belah dua chicken ball. 

Ok, ni bahan-bahan yang aku gunakan. 

Bahan
  1. 500 gm spiral pasta brand San Remo
  2. 1 tin sos spaghetti Cheese n Herbs Prego
  3. 1 tin sos spagheti Carbonara Mushroom
  4. 245 ml susu full cream Marigold
  5. 1 biji onion (diced)
  6. 4 biji garlics (diced)
  7. 1 tin button mushroom (sliced)
  8. garam to taste
  9. blackpepper 
  10. daun seleri dan daun bawang as garnishing. 
  11. mix veggie (frozen) to add color
  12. 400 gm chicken ball
  13. setengah cawan air
Cara
  1. Rebus pasta hingga al dante seperti arahan pada pembungkus. Toskan.
  2. Tumis onion and garlic hingga sedikit perang. Tambahkan sesudu planta. Masukkan mushroom and mix veggie hingga kering airnya. 
  3. Lepas tu masukkan chicken ball, masak hingga ada bahagian chicken ball yang perang-perang sikit. 
  4. Kemudian masukkan sos-sos spaghetti dan susu. 
  5. Masukkan salt and pepper. 
  6. Tambah air dan biar menggelegak. Pastikan masak menggunakan api perlahan. 
  7. Taburkan daun sup. 
  8. Hidangkan. 
Spiral pasta in white sauce (series sedap kat tekak akuuuu)

'Aleya yang dipaksa mengikuti kerahan tenaga (pakai baby-t aku lak tuuu)

Bagus ok kenalkan young girl ni dengan periuk kuali pisau kat dapur sedari kecik. Seksok-seksok senang nak serah tugas masak memasak ni kat dorang. Junior masterchef pun, kecik-kecik lagi dah pandai masak macam-macam kannnn... 


And the final result is, adik-adik aku termasuk abah makan bertambah.

Tapi jarang-jarang makan benda alah ni boleh la.... Sumpah banyak kalori. Dari susu lagi, dari cheese lagi, dari cream lagi, dari planta lagi. Huhhh! Gerunnnn.



notakaki: suka aku ingatkan, kalau nak pilih spaghetti sauce brand Prego, pilih yang dalam tin instead of glass jar sebab yang dalam tin ada cop halal. Takut jadi cam kes dalam blog kak Marina ni... klik klu korang nak baca. 

Buah hati

Elehh, tajuk tanak kalah. Padahal nak cakap, lately ni abah asyik beli buah  favourite aku jek.. 

Red dragon fruits

Delima

Markisa

Aku ni, kalau buah yang disimpan dalam peti, makan benda tu je sepanjang hari pun takpe. Sampaikan.. ntah, malas cakap lah. Hehe.. 

Agak2, boleh kurus takkkk?



Tapi.... lately aku asyik craving for pasta. Tapi adalah sangat malas nak keluar carik ingredients. Pagi semalam, aku belasah je maggi masak olio. Guna leftover ayam KFC tomyam yang memang aku takleh telan tu kalau makan camtu je. Hmm, sedap jugakkkk. Sebab hilang rasa tom yam dia tu. Cuma kena pastikan masa celur maggi tu jangan lembut sangat. Celur sampai al dente je...

Malam tadi, ajak abah keluar beli barang dapur, terus grab bahan-bahan untuk masak pasta sekali. Tapi kali ni kira 1st attemp to cook pasta in white sauce. Aku amek carbonara sauce dengan cheese with herbs sauce. Tak tau la family aku suka ke tak. Biasa masak olio atau bolognaise je. Niat di hati nak kawankan dengan grilled chicken. Sedap sikit kot. Tapi dalam fridge ada prawn je. Tunggu abah beli ayam lah baru masak, kot.

Ehh, macam ada huddle pulak bila niat nak kurus nihhh. Hehe.

Tuesday, October 25, 2011

When u fall for someone...

When you fall for someone once in a while for a reason...
it isn't just random... 
most of the time, that person, 
or at least that relationship, 
teaches something: to be trusting, 
to not be trusting, 
to be loyal, 
to be caring, 
to let go, 
to hold on, to 
move on, 
to speak out, 
to forget, 
to remember, 
to heal...
or, if you are lucky,
to love... 
and the things we take from those relationships are part of what makes them all worth while... 
so let your heart skip a beat, let a swarm of butterfly's into you stomach, 
let yourself feel totally and utterly happy, at least for a moment---
you will live, you will maybe love, and you will learn.

Monday, October 24, 2011

Jelajah Konvo ~ Siri 3 (Ending)

19 Okt 2011, ni last day.
 Aku summarize kan je la ye... 

  1. Pagi breakfast di Tasik SS
  2. Hantar jubah, amek pics, trnskrip.
  3. Jumpa kak Rozie.
  4. Balik.
Dahh, satu je.. Aku dah rotate tapi bila upload dia degil nak baringggg!

  • Gi umah uncle,Cik Mie kat Berjaya Park Shah Alam.
  • Sekaliiii, trnskrip silap cetak date. 2010 instead of 2011. Kena anta balik. Hmmpphhh.
  • Gambo konvo terpejam mata lakkk..

Dah, habis dah... 


Ehh, tetiba rindu....


p/s: Ok tak aku pakai skirt? First attempt tuuuu... 

Jelajah Konvo ~ Siri 2

18 Okt 2011,  hah, ini la hari kejadiannya. Pagi-pagi lepas subuh aku kena iron 6 pasang baju termasuk baju My Prince. Tapi baju dia tu, iron pun macam tak iron. Tu la abang, beli baju mahal sangattt... Tapi takpe, bertambah-tambah kehenseman anda. Huahuahua! Puji sikit. Kot-kot malam kang boleh paw kat shopping complex. Hehe..

8.30 pagi, breakfast nasik bungkus My Prince beli. Super pedas.Tapi sedap. Dia kata gerai orang Kelantan. Aku makan nasik kerabu. Share dengan adik bongsu aku. Sebab budak tu memang tak makan nasik kalau aku tak suap sejak umi meninggal. Tapi tak habis pun. Sebab jap lagi aku nak sarung kebaya medan, takut tetas lak jahitannya. Haha! Hazab giler nak kurus ni, kannn.... Nak gemuk senang aje. Kau bagi masa 2,3 hari pun aku dah berjaya. Tapi  nak turunkan balik tu memang seksa.

10.00 pagi bertolak dari Balakong ke UPM. Aku konvo sesi petang. Tapi gi awal-awal takut jem dan jugak nak carik parking. Memula masuk dalam UPM, ikut la signboard yang dorang sediakan. Aku tengok parkig parents bapak jauhnya. Gilerrr aku nak menapak. Harus lencun baju n cair mekap aku. So, tak yah ikut direction yang dia bagi. Ikut sedap aku je. Nasib baik aku ingat lagi jalan-jalan dalam UPM tu. So, nerjaya parking kat UPJ. Dekat dengan dewan, dekat dengan surau, dekat dengan tempat makan. Itu penting sebab aku bawak nenek-nenek aku. Kesian la kalau kena jalan jauh-iauh kan..,

Adik aku mmg ada masalah silau melampau. Tu yang baru darjah 1 dah kena pakai spek... Tu bear untuk aku tuuu.. .

Ni pun, sorang lagi yang dah tau mata silau tapi tak reti nak pakai shades...

with 'Aleya Insyirah

Buah hati pengarang jantung

Abah...

Rombongan Cik Kiah

Diploma Pendidikan Sains Pertanian, UPM (2010/2011)

Kakak mithali, erkkk!

Gedik is my middle name.

So, sampai je terus photoshoot. Nanti kang, keluar dewan petang karang takut dah tak sempat. Nak kejar solat lagi. Orang lain tempah photographer, aku pergunakan sepenuhnya my MU. Wehh, bertuah ok sape dapat MU aku nih. Dia la photographer, dia la driver, dia la banker... Haha! Siap ada dua photographer sebab abah pun bawak DSLR jugak. Yang penting FOC. Itu penting bagi orang yang xde pendapatan macam aku ni. 

Dah penat-penat photoshoot. Cuaca pulak panas, aku dah buat perangai dah. Sekali My Prince hulur rose bouquet, terus senyum. Pandai ye beli hati i. Hehehe.. Nasib baik jumpa group classmates aku yang tengah photoshoot denga photographer yang dorang tempah kat dewan. Sempat la ambil gambar sama-sama sikit. Jadi la, wat cukupkan syarat. 

Pastu lunch kat cafe bangunan apa tah. Aku rasa kompleks akademik kot. Sebenarnya plan nak makan kat Cafe Sudu Garfu kat UPJ, tapi macam jauh pulak nak berjalan ke sana. So makan je kat kompleks akademik. Aku tak makan pun nasik. Makan roti canai. Tu pun puas nak menyumbat. Perut still kenyang sebab makan nasik pagi tadi. Tapi cuit-cuit jugak nasik ayam My Prince. Wehh, sedapnya. Rugi aku tak pernah makan sebelum ni. 

Dah 1. 17 tengahari, terus gerak gi dewan. Nasib baik dapat 1 tiket tambahan untuk masuk ke dewan . Sebab classmate aku, Kak Kema kerja dengan Alumni UPM. Dapat la dua-dua nenek aku and abah masuk ke dewan. Dah rezeki dorang sebab mula-mula tu aku terfikir jugak, kesian nenek aku kena dok kat luar panas-panas 4, 5 jam jugak. Adik-adik takpe la, muda lagi. Then, tetiba dapat offer dari Kak Kema. Tq, Kak Kema. 

Dalam dewan tu aku duduk sebelah Kak Ghazi dan jugak idola aku, Hazza. Hehe.. As mesti tau hal ni kannn???? Ye, Hazza memang idola aku dari mula-mula masuk kelas lagi. Menarik je muka dia. Suka pandang. Hehe.. 

Pastu dapat tengok Rashidi Ishak and Azzura Azzizul Azman terima ijazah. Ijazah Komunikasi. Punya la ramai orang bersorak masa Rashidi naik pentas. Padahal second class upper je pun .Heheh.. Tapi ok la sebab dia ambil masa 7 tahun kot nak habiskan dia punya ijazah tu. Maklum la, tanggungjawab sebagai ayah lagi, shooting lagi. Tahniah kat Rashidi. Azzura tu, aku tak kenal pun. Tapi kawan-kawan cakap dia pengacara WHI. 

Keluar dewan tu, lima belas minit jugak kot aku mencari family. Sebab aku tak bawak handset. Dah jumpa tu, bergambar jap. Sedih jap teringat arwah umi. Nasib baik ada nenek belah umi and belah abah. Terubat sikit kerinduan tu. 

Pastu (ehh, macam banyak pulak guna perkataan pastu. hehehe), tengok pengetua kolej serumpun dok ramah mesra je bergambar dengan graduan. Bagus la prof tu tegur-tegur parents, wish congrates semua. So, aku pun tumpang sekaki bergambar. 

With Mizah. Sila rotate kepala anda. Aku malassss..

Pengetua Kolej. Aku lupa nama dia. Muka hensem dia aku ingat la.. Hehehe...
Terima kasih tak terhingga kepada Mizah and Kak Asma sebab sudi datang jumpa aku kat dewan, dan  jugak for the lovely bear and jambangan bunga bersama katak pink. Hehehe. Comel sesangat. Thank you sangat-sangat. 

With kakak comel- Kak Asma


Balik laju2 nak kejar solat jamak zohor dan asar. Sebaik sahaja siap, terus bunyi azan Maghrib. Dah siap semua, shoot gi The Mines. Saja bawak family jalan-jalan. Tu je pun yang aku and My Prince kenal. 1st time tak sesat carik parking masa nk balik. Ahaks.

Di Mines, masa dinner kami berpecah tiga. Sebab nak ikut selera tekak masing-masing. Adik aku Nina and Iman makan McD, aku bersama My Prince and 'Aleya masuk fudkot pasal mengidam nak makan chicken rice with mushroom claypot and the rest makan kat KFC. 
Kat Mines pun nak berambar... Padahal aku punya idea.. Hehe..

Kecoh bincang nak dinner kt mana...

Amek gambar sebagai bukti kat floor mana kami parking tadi. Sesat kang, malu!!!

Model MU
Nak letak gambar lagi nihhh, sila jangan muntah. 

Incik Tunang

Ini idola aku. Hazza, halal ye gambo kau aku sidai kat sini...

Nina n Iman

With Aleya n chicken rice with mushroom claypot yang sedapppppp.

Ada hati nak bersembunyi di sebalik mihun tomyam. Nampak jugak la bangggg!


OK, dah. Kesian takut korang muntah tengok gambar banyak-banyak.

Jelajah Konvo - Siri 1

Wah, bersiri-siri bagai. Tapi terpaksa jugak sebab nak pecahkan cerita kepada 3 bahagian sebab pergi sana 3 hari kannn... Cehh, macam la ada orang nak tau sangat cite kau tu! Hehe..

Ok, kami sekeluarga bersama maternal and paternal grannies bertolak pada 7.30 pagi, 17 Oktober ke Serdang dengan 2 buah kereta. Satu avanza n satu myvi.Weiii, perlu ke state nama kereta???? Huhu.. 

Sebab bertolak pagi sangat, kami bawak je bekal nasi lemak. Pukul 5 pagi aku bangun sebab nak masak nasik lemak. Ngantuk giler. Ntah la, hari tu rasa penat je. Dengan nak urus adik-adik lagi, urus kain baju dorang lagi. Malam tu sebenarnya aku plan nak baking 2 choc cakes. Sebab nak makan dalam perjalanan satu dan 1 lagi nak bagi Khairon, classmate DPLI yang aku seringkali mintak tolong dia itu ini. Lagipun rumah dia kat Bangi je punnn.. Senang nak mintak tolong ambilkan jubah la, settlekan hal-hal kampus semua. Hehe.. Sebenarnya tak close pun dengan dia masa tengah belajar dulu. Tapi masa final sem tu, sempat la 1 group untuk 2 tugasan. Kebetulan pulak masa praktikal, kami sama sekolah. Kalau tak, aku tak tau lau aku nak haruk kat sape nak mintak tolong ambilkan jubah aku. 

Tapi, plan tinggal plan. Dah pukul 12.00 malam, aku baru nak sukat tepung bagai, aku padamkan je la niat nak baking. Terus tido. Hehehe. 

So, pukul 9.30 pagi kami berhenti makan di R&R Gua Musang. Dah kenyang semua. Perjalanan diteruskan. Memandangkan my MU ada GPS, dia la lead the journey. Satu lagi kereta, adik aku yang drive. Dah tengahari tu, aku macam pelik jugak sebab tetiba masuk area Pudu la, apa la. Seingat aku, aku tak pernah lalu Pudu kalau nak balik UPM. Dah sampai di homestay, baru MU cakap, sebenarnya tadi silap jalan. Terpaksa lalu jalan jauh sebab lepas keluar tol tu, patutnya amek exit mana tah, tapi sebab adik aku dok kat lane tengah, tak sempat nak masuk simpang, MU teruskan je. Ooooooooooooooo, patut la aku rasa cam jauhhhhh je. Silap jalan rupanya. 

Mak Cik Nasik Lemak berbaju merah bertudung Yuna. Haha!


Di homestay Balakong, jumpa My Prince sebab dia yang settlekan hal-hal homestay ni semua. Sebab dah lama tak jumpa, aku pulak termala-malu sendiri macam baru 1st time jumpa. Selalu camtu kalau dah lama tak jumpa, pastu jumpa, aku akan jadi seorang yang pemalu. Ahakz.. Gelisss! 

Sampai tu pun dah 4.30 petang kot. Lunch belum lagi. Nasib baik makan nasik lemak tu dah lewat. Boleh la alas perut sikit. Tapi adik aku ada beli fries, nuget and ribena masa lalu kat McD. 

Pastu dah settle solat, mandi semua, MU cakap nak makan Ani Sup Utara. Tapi, mana la ada Ani Sup Utara kat Balakong. Paling dekat kat PKNS Bangi. Ok, cantik! Boleh terus amek jubah dengan Khairon. 





Lepas makan, balik homestay terus sebab sangat penat badan. Lepak-lepak dengan My Prince kat rumah je. Sambil tengok-tengok tv.My Prince tu kan perut dia kecik, aku dah offer hot coffee masa tengah tengok tv tu, dia cakap taknak. Konon nak balik awal. Hmm, My Price tak tidur kat homestay kami tu. Dia tidur kat rumah kawan dia dekat-dekat dengan homestay jugak. Blok sebelah kot.
Sekali nenek aku sound, "Pergi la buat air kat abang tuuuu!"

"Dah offer tadi, dia cakap tak nak."

"Ehh, mana boleh tanya camtu. Pergi je la buat." Wahh, nenek macam tau-tau je aku taknak My Prince balik cepat. Rindu tak habis lagi nihhh. Hahaha, gatai!

Ok, settle hari pertama di Balakong.

Ehh, cam hape penutup. Kalau Cikgu Rosliza cek ni, mesti takde markah untuk penutup. Hehe..

Friday, October 21, 2011

Nahh, hadiah konvo

Malam last semasa perjalanan pulang ke rumah dari UPM, my maternal uncle yang terbaek tu tetiba mintak handset dari aku. Terhegeh-hegeh la anak sedara ni menggagau mencari handset SE uncle yang dah rosak skrin tuh. 

Sekali dia kata, "Bukan handset ni. Handset yang pakai sekarang la."

Segan silu anak sedaranya menghulur handset berharga tak sampai RM100 yang adik aku dah nak buang dah. Sebab butang # tak berfungsi. Nak topup pun susah. Nak cek balance pun tak boleh. Tapi sebab dah takde pilihan, aku guna la jugak. 

Pastu.... "Nahhh, hadiah konvo."

The last one, Sony Ericsson Xperia
Terus termalu-malu anak sedara ni.. Sambil senyum-senyum cakap thank you. 

Hmm, kalau korang nak tahu handset yang pertama tu aku yang punya. Dah 2 tahun aku pakai. Beli masa nak daftar DPLI kat UPM setelah SE Z550i aku patah dua. Ye, aku adalah ganazzz! Hehe.. Setelah dua tahun, dah beratus kali dah jatuh terhempas, lama-lama cover bateri tu pun dah tak berapa nak lekat. Terpaksa la aku ikat dengan gelang getah. Tapi handset adalah yang terbest. Suka sms dengan handset ni sebab aku tak payah stress dengan function or application yang canggih manggih. Dapat sms n call pun dah besar rahmat. 

Bila telefon tu dah berikat gelang getah, aku pun mengendeng la handset SE yang warna itam tu dari uncle. Aku kata, "Pinjam jap je untuk konvo sebab malu la nak pakai handset CANGGIH berikat gelang getah camni." Dan uncle itu pun pasrah aje sambil bukak cover belakang handset nak tukar simcard. 

Tapi 2,3 hari aku guna, skrin macam problem je. Terus la aku sms gitau uncle. Sambil tu menggagau aku carik handset terbuang kat bilik adik-adik aku sebab takut My Prince tak dapat contact aku. Cehhh~ Dapat la handset biru tuh yang dah xde keypad sebijik. Takpe, aku redha je. Sedar diri ini xde gaji. Hehe.. 

Dan, sebagai balasan atas kesabaran aku yang tidak berbelah bahagi menggunakan handset terbuang tu, maka dapat la si putih pink tu. Wink wink. I heart u la my uncle.Hehe..Hah, kau hade uncle camni?? Eh, ter'riak pulak. Hehehe.

Terjakun-jakun aku menggunakan handset xde keypad camtu. At the first moment aku guna handset tu, kakak aku call pun sampai kesudah aku tak reti nak jawab. Haha! Kesian gilerrr... Pastu sekarang dah boleh la catch up sikit-sikit. Lama benar dah aku meninggalkan dunia kecanggihan handset sebegitu. Eceh nak cover kejakunan~ Hehehe.

Tak sangka pulak nak dapat handset camtu. Sebab aku sekadar berharap nak beli handset SE yang sekeping tu je. Tapi yang berkeypad la. Yang biasa-biasa aje. Pernah la berangan nak beli SE C 550. Dah janji dah dengan My Prince, nanti kita beli handset yang sama ya. Kira one of hantaran kawen nanti. Tapi dah rezeki aku, kira alhamdulillah la. Sebab aku dah ada pengalaman pakai handset jenis berlipat dua la, slide up la, aku rasa handset jenis sekeping adalah lebih mudah untuk bersms dalam tempoh masa yang lamaaaaaa. Sebab tu aku sukaaaa pakai handset aku tuh. Sampai menggelembung getah keypad tu. Hehe..

So, kesimpulannya. Kita ikat segala yang terhurai. 

Dah, sekian entry tentang hadiah konvo.

Konvo DPLI UPM 2011 ~ Teaser

Diploma Pendidikan Sains Pertanian, UPM (18 Okt. 2011)  


Jutaan terima kasih kepada penaja jambangan bunga.
I love you so much....









Banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat aku nak cerita. Tapi tunggu mood datang dulu ya. Sekarang Mr. Idea Block tengah kacau aku... 

Tunggu tau!!!!

Thursday, October 13, 2011

Puding tauhu


Nak up satu lagi entry aci tak??? Moood rajin dah datang dah. Hehe..

Kat Jerteh sekarang ni, tengahari cuaca panas membahang. Pastu petang hujan lebat. Kalau tak pun, malam. Tapi panas sebelum hujan ni, tau-tau je la cane kan. Bahang dia tu buatkan pasang kipas pun tak jalan. Rasa angin panas je.

Dah la dapur mengadap matahari kalau tengahari. Masak untuk lunch pun boleh berpeluh-peluh macam jogging keliling padang bola.

Pastu kan, kalau panas-panas camtu, dapat makan puding sejuk dari peti ais, memang heaven gilerrr... So, jom la sama-sama jamu puding tauhu dengan aku. Hehe. . Rasa lemak santan, smooth je masuk tekak, masam laici/nenas, manis manja-manja je. Sejuk pulak tu... Ohhh, adik aku yang darjah satu tu pun boleh habiskan semangkuk.


Bahan-bahan

  1. 10 gm agar-agar serbuk
  2. 7 cwn air (termasuk sirap dari laici tin)
  3. 1/2 cwn gula
  4. 1 cwn susu pekat
  5. 1 cwn santan (200ml santan kotak+50ml air)
  6. 1 tin susu cair
  7. 1 tin laici


Cara-cara
  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Pastu masukkan laicii yang dipotong kecil. Guna nenas cube pun boleh. Tapi kena potong jugak.
  4. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  5. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  6. Kemudian sejukkan dalam peti.


Puding tauhu laici






Kalio Ayam


Hari ni masak simple je. Kalio ayam. Sape-sape yang takde banyak masa untuk masak, boleh pilih menu ni. Simple yet delicious. Tapi sapa yang tengah on diet, lupakan je la... Resepi ni pun one of umi's specialty. Tapi umi biasa buat udang kalio. Lagi sedap. Tapi hari tu kak long try ubah jadi kalio ayam, rasa dia acceptable. So, hari ni aku buat kalio ayam.


Bahan-bahan
  1. Ayam 5,6 ketul. (Potong macam nak masak gulai)
  2. Semangkuk santan pekat
  3. Setengah cawan air (kalau masak udang takyah tambah air sebab udang masak jap je)
  4. 2 keping asam keping
  5. 2 batang serai dititik
  6. 3,4 helai daun limau purut dikoyak kasar
  7. Garam, gula
  8. 2 sudu cili kisar
  9. Bawang putih 2,3 ulas
  10. Bawang besar sebiji dimayang.
  11. Bawang merah 2,3 biji dihiris.


Cara-cara
  1. Tumis bawang putih, merah and besar hingga perang.
  2. Pastu masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan serai dan daun limau purut.
  4. Pastu masukkan santan dan asam keping.
  5. Pastu masukkan ayam.
  6. Tunggu sampai ayam empuk and kuah pekat macam kuah percik.
  7. Pastu masukkan garam dan gula.
  8. Siap!



Kalio ayam



MU terbaekkk!

Takk, aku bukan nak bercakap pasal Manchester United. Tidak sekali-kali sebab aku memang tak minat benda-benda camtu. Topik aku kali ni pasal my youngest Maternal Uncle. My late umi had 13 siblings including herself. 8 perempuan dan 5 lelaki. Dan kebetulannya yang paling bongsu adalah lelaki dan sama umurnya dengan aku. Muda 8 bulan dari aku kot. So bila dia keluar jenguk dunia, aku dah besar dah time tu. Sekolah pulak satu kelas. Sepupu-sepupu lain panggil dia Ayah Su, aku bantai panggil nama je. Hehe...

Tapi dia la yang paling memahami. Paling kaya. Hakhakhak! Ini penting. Senang nak jadi banker anak-anak sedara dan adik beradik. Hehe.. Kan aku penah cerita yang dia la yang selalu aku heret ke sana ke mari masa tak berani drive dulu. Tapi bila dah berani, tengok tempat jugak la, aku akan ajak dia jugak. Contoh pergi rumah future PIL. Giler nak gi sorang-sorang at the 1st visit. Itu berani mati namanya.

Dan dia jugak la yang rajin bagi moral support supaya aku berani drive. Macam-macam la. Tapi bersama dia, buat aku selesa. Sebab dia macam bagi peluang kat kita untuk improve ourselves. And express ourselves too.

Contohnya bila aku kata, " Nanti nak beli kereta manual la. Sebab bunyik macam kesian je bila kereta auto speeding."

Dia akan cakap, "Bagus la. Sebab perempuan drive kereta manual hebat sikit." Wahh support sentence tak nak kalah.

Pastu masa aku cakap tak berani la nak drive. Dah sebulan tak drive lepas accident masa raya ke-4 baru-baru ni. (Sebenarnya aku dah banyak kali accident. Sekali masa sebelum dapat lesen. Uncle ni la jugak yang bagi aku drive kereta zaman takde lesen dulu. Pastu sekali masa nak balik kampung dari Muar. Accident kat Muadzam. And the last one masa raya ke-4 rituh.

Then uncle cakap, "Drive je la. Drive lepas accident hebat sikit. (perkataan HEBAT tak nak tinggal. Takut anak sedara dia ilang self esteem n self confidence, hehehe) Sebab kalau drive lepas accident, kita akan jadi lebih berhati-hati."

Ye betul. Memang tiap kali lepas accident, aku akan lebih berhati-hati. Tapi cuak tetap ada dalam dada. Well, itu adalah one of berhati-hati characteristics kan. Hehe...

Pastu kan, masa dia balik minggu lepas aku mengemis la mintak handset SE W995 dia sebab handset aku yang regenya RM100 tu cover belakang macam dah tak lekat dah. Kena ikat pakai gelang getah. Malu la jugakkan kalau tetiba En. Tunang call di khalayak ramai, aku kena jawab fon dengan mentayang rupa fon yang sebegitu sedih itu. Dah la handset murah, ikat dengan gelang getah lagi. hilang la vogue anak sedara dia ni kann... Pastu opkos la uncle yang baik hati tu bagi. Tapi seminggu aku guna, tetiba skrin rosak. Pantas saja aku mengadu.

Sekali uncle hantar sms, "Nanti la nak bagi handset yang elok sikit. Hadiah konvo..." Wuhuuuu, terus senyum sepanjang hari anak sedara yang jobless ini. Sejuk hati anak sedara dapat bapak sedara camni. Hehe..



Maaf zahir batin (Yeahh, uncle aku mmg hensem! Dan dan puji~ Dasarrrr!)










Future MIL


Semalam call my future MIL. Konon nak mintak izin ajak anak teruna dia join konvo aku. Padahal dah tahu yang anak teruna dia dah mintak izin pun malam sebelum aku call tu. Weheee..

Tengah berborak tu, sekali my future MIL perasan suara aku lain macam sikit.

"Gie ni tak sihat ke?"

"Takde la. Batuk sikit. Dah 2 minggu." <------- Nak jugakk cakap takde tu.. Padahal dah 2 minggu.

"Tu la, bunyi suara lain. Selsema jugak kan? Dah tu makan ubat tak?"

"Haah, ada selsema jugak sikit. Tak makan ubat. Makan Scott Emulsion je."

"Ehh, tak boleh la camtu. Kena makan la ubat. Nanti makin lambat sembuh."


Ya ALLAH, sebijikkkk macam anak teruna dia. The way they concern bout me. Terus rasa nak menangis sebab rindu Umi...


Mesti umi tenang hati di sana tengok aku dapat future MIL yang sangat concern macam ni.


InsyaALLAH, Alhamdulillah.

Wednesday, October 12, 2011

Terapi

Tadi telah melakukan terapi yang sangat berkesan untuk melegakan tekanan dan minda yang bercelaru. Bosan ok terperap je kat rumah. Tido, bangun, urus baju sekolah adik2, masak, kemas rumah. Dan paling stress kena lipat kain yang berbakul-bakul tu tiap hari.

Nak keluar, kereta takde. Belum siap lagi.

Kalau ada kereta pun, kawan pulak takde. Tak kuasa aku nak merayap sorang-sorang. Melainkan menghabiskan masa di Watson sambil belek tiap skin care products. Tapi tak beli punnnn.. Kalau berteman masa kat Watson memang tak best. Nanti kang kejap, kejap "Yang dah ke belum?" 2, 3 minit lagi, "Carik apa lagi???" Huhu... Apapun, shopping is the best stress therapy.


Buat pemilik tulang rusuk yang ada padaku, sila la take note ye. Wink wink~

Tapi tadi keluar dengan granny. Kebetulan granny nak beli stok kain baru. Maklum la, my granny is a tailor. So aku pun dengan tenang jiwa telah men'withdraw' keladak-keladak duit yang ada dalam akaun dan menghabiskan untuk barang-barang 'kehendak' bukan barang 'keperluan'. Tak de apa sangat pun, long skirt and shawl je pun. Pastu supplement kesihatan.

Lepas tu rasa legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangattttttttttttttttttttttttttt. Hilang sekejap rasa tension.Padahal baru shopping sikit je.

Tapi harus la simpan sikit keladak-keladak dalam akaun bank untuk disumbangkan kepada kedai-kedai, supermarkets, restaurants, cinema dan pelbagai lagi di Serdang minggu depan. Niat aku suci ok. Tolong support bisnes orang Malaysia. Huhu... Kalau tak cane dorang nak pusing modalkan kalau takde customer....

Ehhh, asal rasa nak senyummmm je ni. :-)

Mata yang memerhati itu....

Aku tengah rindu pemilik mata ini


Sekian, terima kasih.

Daging masak halia

Weehoo, hari ni malas masak sebenarnya. Nasik goreng semalam ada lagi. Dalam freezer pun cuma ada ikan and daging. Kalau masak ikan, sah-sah adik-adik aku tak pandang. Buat penat aku masak je. Pastu bila abah balik petang tu baru dok sibuk nak rebus daging. Ingat nak masak halia je sebab teringat daging masak halia kat kedai Batu 3 kat Muar masa praktikal hari tu. Wuihh, sedapnya... Kerabu ayam dia pun sedap. Tapi hari ni kita masak daging masak halia je. Sebenarnya aku main campak-campak je. Bila rasa, ehh macam sama je dengan yang kat kedai tu. Kira bolehlah. Hehe.. Dah banyak kali masak dah. Tapi hari ni baru gedik nak simpan dalam blog.

Ok, ni bahan-bahan dia

  1. Daging yang direbus di potong nipis. Lebih kurang sesenduk besar kot.
  2. Air rebusan daging
  3. Sebiji bawang besar (memang guna a lot of onion)belah dua dan potong menegak, nipis2.
  4. Bawang putih 2,3 ulas ketuk
  5. 3, 4 inci halia, julienned (senang cakap potong halus macam batang mancis)
  6. 4 biji cili padi (ikut hati)
  7. Sos tiram
  8. Garam sikit, gula sikit
  9. Daun bawang potong panjang-panjang 2 inci gitu.(tapi tadi xde daun bawang pun. sebelum ni aku buat ada)

Cara
  1. Goreng daging yang dihiris sampai separuh garing. Angkat.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar n halia sekali harung je sampai wangi and bawang putih perang.
  3. Masukkan sos tiram. Kacau rata.
  4. Masukkan stok air rebusan daging sesenduk.
  5. Masukkan cili padi yang ditumbuk manja-manja gitu.
  6. Pastu masukkan daging.
  7. Rasa garam gula.
  8. Pastu sebelum angkat tabur daun bawang.


Wallahhh.. Pastu kawankan dengan telur dadar. Mabeles.. Kalau ada sup sayur lagi best. Tapi adik aku bukan suka sayur punnnnnn...


Nahh, jamu mata.








Pssttt: A big congratulation to my besties Erah Syahirah for the job offered. Rezeki kawen tu... Pasni rezeki anak pulak kot. InsyaALLAH... Weh, jgh lupa belanja Layer Tea Fathirah. Hehe...

Tuesday, October 4, 2011

Pucuk ubi masak tempoyak

Hari tu try another umi's specialty dish. Pucuk ubi masak tempoyak. Sebelum aku lupa bahan dia, baik aku simpan dalam blog.

Bahan-bahan
  1. Semangkuk pucuk ubi yang telah di rebus dan diperah airnya, pastu potong-potong.
  2. Semangkuk santan pekat
  3. Sebiji bawang besar dimayang
  4. 3 sudu besar tempoyak
  5. Cili padi
  6. Serbuk kunyit
  7. Daun kunyit dihris
  8. Serai diketuk
  9. Dua keping asam keping
  10. Garam gula
  11. Petai
  12. Ikan bilis


Cara-cara
  1. Masukkan santan pekat ke dalam kuali
  2. Masukkan bawang, cili padi yang telah ditumbuk, serbuk kunyit, serai, asam keping, ikan bilis, petai dan tempoyak ke dalam santan.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Bila kuah nampak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Pastu masukkan pucuk ubi tadi dan daun kunyit.
  6. Apabila pucuk ubi sudah sebati dengan kuah, tutup api...


Rasa la.. Walla~


Sedap... Tak payah lauk lain pun takpe. Tapi kalau kawankan dengan ayam goreng kering atau ikan goreng tu, kira food from paradise lahhhh... Hehe..


Taaaappiiiii, hari tu nenek aku cakappppp.... Rasa dah perfect tapi ada pucuk ubi tua. Haha! Mana la aku reti pilih-pilih pucuk ubi. Nama je student Agrotek. Dulu menderhaka dengan lecturer kot. Hehe.. Asal nampak kecik je, bagi aku itu pucuk ubi muda la. Padahallll.....


Tapi takpe, dah selamat bersemadi dalam perut dah.. Gambo??? Tunggu berodben ni buat perangai elok sikit nanti, aku tampal kat sini..




Nahhh, bahan bukti!

Sunday, October 2, 2011

After a month...

Hmm, lepas sebulan baru hari ni aku kembali mendrive... Kesiankan.. Kemalangan hari betul-betul bagi impak yang besar terhadap aku. Mungkin sebab itu memang salah aku. Sebelum ni bukan salah aku.. Huhu.. Lagi pun masa kemalangan hari tu, Pada 4 Syawal, umi pulak baru je kembali ke rahmatullah 8 hari, dan adik-adik ada bersama dalam kereta. Ada sorang adik aku yang form 1 tu, sampai kena 5 stitches kat dahi. Tu yang fobia dia lain macam sikit.


Tapi hari ni...


Hmm, sebenarnya pagi tadi ajak my maternal uncle ke bandar teman aku settle kan pasal konvo and window shopping. Bestkan ada uncle yang sama umur... Dia lah kawan, dia lah uncle, dia lah driver, dia lah banker... Dia lah jugak yang aku heret ke sana ke mari zaman dating-dating dengan kawan lelaki... Mula-mula nak berkunjung ke rumah family my Prince pun, dia lah jugak yang aku heret. Wahh, banyak pulak promote tentang uncle. Heheh... Sebenarnya aku nak cakap tadi lepas dah settle semua urusan aku, dia singgah kat workshop mana ntah. Pastu kereta granny dah siap tinted dah. So dah boleh amek. Aku dah cuak dah masa tu.. Ni mesti aku yang kena bawak balik 1 keta nih.. .


Pastu buat-buat la tanya, "Sape nak bawak balik?"


"Izi la." Yes, my uncle panggil aku Izi...


"Ehh, mana berani. Dah sebulan tak drive lepas xcdnt."


"Alah, xpe, drive je. Drive lepas xcdnt lagi hebat." Cehh, nak bodek-bodek aku lak...


"Izi drive keta ni la.. " Aku maksudkan kereta auto yang sedang dia drive sekarang. Dia angguk je..

Dan alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah walaupun kereta yang baru di basuh tadi habis kena lumpur. Maklom la.. pedalaman.. Hehe... (Padahal saje carik jalan dalam kampung nak lari dari jem time tengahari.. Huhu)


Semoga yang telah berlaku dapat dijadikan iktibar. Sebelum start drive pun, dah mintak izin My Prince. Pastu, berjela kauuuu dia punya pesanan penaja.


Jangan kejar lampu isyarat (Macam la aku nak berlari-lari mengejar lampu yang statik tu.)


Berhenti dulu di simpang even takde kereta (Memang tak dapat la nak drive time peak hour. Sanggup kau nak tunggu xde kereta???)


Drive slow-slow (Ye la yang, i drive 5okm/h je tadi.. )


Amboi, orang nasihat kau man-main ye.. Tampa kangg!!!


Ok la, lepas ni kena lebih berhati-hati dan jangan lupa minta perlindungan ALLAH SWT. InsyaALLAH..