Monday, October 24, 2011

Jelajah Konvo - Siri 1

Wah, bersiri-siri bagai. Tapi terpaksa jugak sebab nak pecahkan cerita kepada 3 bahagian sebab pergi sana 3 hari kannn... Cehh, macam la ada orang nak tau sangat cite kau tu! Hehe..

Ok, kami sekeluarga bersama maternal and paternal grannies bertolak pada 7.30 pagi, 17 Oktober ke Serdang dengan 2 buah kereta. Satu avanza n satu myvi.Weiii, perlu ke state nama kereta???? Huhu.. 

Sebab bertolak pagi sangat, kami bawak je bekal nasi lemak. Pukul 5 pagi aku bangun sebab nak masak nasik lemak. Ngantuk giler. Ntah la, hari tu rasa penat je. Dengan nak urus adik-adik lagi, urus kain baju dorang lagi. Malam tu sebenarnya aku plan nak baking 2 choc cakes. Sebab nak makan dalam perjalanan satu dan 1 lagi nak bagi Khairon, classmate DPLI yang aku seringkali mintak tolong dia itu ini. Lagipun rumah dia kat Bangi je punnn.. Senang nak mintak tolong ambilkan jubah la, settlekan hal-hal kampus semua. Hehe.. Sebenarnya tak close pun dengan dia masa tengah belajar dulu. Tapi masa final sem tu, sempat la 1 group untuk 2 tugasan. Kebetulan pulak masa praktikal, kami sama sekolah. Kalau tak, aku tak tau lau aku nak haruk kat sape nak mintak tolong ambilkan jubah aku. 

Tapi, plan tinggal plan. Dah pukul 12.00 malam, aku baru nak sukat tepung bagai, aku padamkan je la niat nak baking. Terus tido. Hehehe. 

So, pukul 9.30 pagi kami berhenti makan di R&R Gua Musang. Dah kenyang semua. Perjalanan diteruskan. Memandangkan my MU ada GPS, dia la lead the journey. Satu lagi kereta, adik aku yang drive. Dah tengahari tu, aku macam pelik jugak sebab tetiba masuk area Pudu la, apa la. Seingat aku, aku tak pernah lalu Pudu kalau nak balik UPM. Dah sampai di homestay, baru MU cakap, sebenarnya tadi silap jalan. Terpaksa lalu jalan jauh sebab lepas keluar tol tu, patutnya amek exit mana tah, tapi sebab adik aku dok kat lane tengah, tak sempat nak masuk simpang, MU teruskan je. Ooooooooooooooo, patut la aku rasa cam jauhhhhh je. Silap jalan rupanya. 

Mak Cik Nasik Lemak berbaju merah bertudung Yuna. Haha!


Di homestay Balakong, jumpa My Prince sebab dia yang settlekan hal-hal homestay ni semua. Sebab dah lama tak jumpa, aku pulak termala-malu sendiri macam baru 1st time jumpa. Selalu camtu kalau dah lama tak jumpa, pastu jumpa, aku akan jadi seorang yang pemalu. Ahakz.. Gelisss! 

Sampai tu pun dah 4.30 petang kot. Lunch belum lagi. Nasib baik makan nasik lemak tu dah lewat. Boleh la alas perut sikit. Tapi adik aku ada beli fries, nuget and ribena masa lalu kat McD. 

Pastu dah settle solat, mandi semua, MU cakap nak makan Ani Sup Utara. Tapi, mana la ada Ani Sup Utara kat Balakong. Paling dekat kat PKNS Bangi. Ok, cantik! Boleh terus amek jubah dengan Khairon. 





Lepas makan, balik homestay terus sebab sangat penat badan. Lepak-lepak dengan My Prince kat rumah je. Sambil tengok-tengok tv.My Prince tu kan perut dia kecik, aku dah offer hot coffee masa tengah tengok tv tu, dia cakap taknak. Konon nak balik awal. Hmm, My Price tak tidur kat homestay kami tu. Dia tidur kat rumah kawan dia dekat-dekat dengan homestay jugak. Blok sebelah kot.
Sekali nenek aku sound, "Pergi la buat air kat abang tuuuu!"

"Dah offer tadi, dia cakap tak nak."

"Ehh, mana boleh tanya camtu. Pergi je la buat." Wahh, nenek macam tau-tau je aku taknak My Prince balik cepat. Rindu tak habis lagi nihhh. Hahaha, gatai!

Ok, settle hari pertama di Balakong.

Ehh, cam hape penutup. Kalau Cikgu Rosliza cek ni, mesti takde markah untuk penutup. Hehe..

No comments: