Monday, October 24, 2011

Jelajah Konvo ~ Siri 2

18 Okt 2011,  hah, ini la hari kejadiannya. Pagi-pagi lepas subuh aku kena iron 6 pasang baju termasuk baju My Prince. Tapi baju dia tu, iron pun macam tak iron. Tu la abang, beli baju mahal sangattt... Tapi takpe, bertambah-tambah kehenseman anda. Huahuahua! Puji sikit. Kot-kot malam kang boleh paw kat shopping complex. Hehe..

8.30 pagi, breakfast nasik bungkus My Prince beli. Super pedas.Tapi sedap. Dia kata gerai orang Kelantan. Aku makan nasik kerabu. Share dengan adik bongsu aku. Sebab budak tu memang tak makan nasik kalau aku tak suap sejak umi meninggal. Tapi tak habis pun. Sebab jap lagi aku nak sarung kebaya medan, takut tetas lak jahitannya. Haha! Hazab giler nak kurus ni, kannn.... Nak gemuk senang aje. Kau bagi masa 2,3 hari pun aku dah berjaya. Tapi  nak turunkan balik tu memang seksa.

10.00 pagi bertolak dari Balakong ke UPM. Aku konvo sesi petang. Tapi gi awal-awal takut jem dan jugak nak carik parking. Memula masuk dalam UPM, ikut la signboard yang dorang sediakan. Aku tengok parkig parents bapak jauhnya. Gilerrr aku nak menapak. Harus lencun baju n cair mekap aku. So, tak yah ikut direction yang dia bagi. Ikut sedap aku je. Nasib baik aku ingat lagi jalan-jalan dalam UPM tu. So, nerjaya parking kat UPJ. Dekat dengan dewan, dekat dengan surau, dekat dengan tempat makan. Itu penting sebab aku bawak nenek-nenek aku. Kesian la kalau kena jalan jauh-iauh kan..,

Adik aku mmg ada masalah silau melampau. Tu yang baru darjah 1 dah kena pakai spek... Tu bear untuk aku tuuu.. .

Ni pun, sorang lagi yang dah tau mata silau tapi tak reti nak pakai shades...

with 'Aleya Insyirah

Buah hati pengarang jantung

Abah...

Rombongan Cik Kiah

Diploma Pendidikan Sains Pertanian, UPM (2010/2011)

Kakak mithali, erkkk!

Gedik is my middle name.

So, sampai je terus photoshoot. Nanti kang, keluar dewan petang karang takut dah tak sempat. Nak kejar solat lagi. Orang lain tempah photographer, aku pergunakan sepenuhnya my MU. Wehh, bertuah ok sape dapat MU aku nih. Dia la photographer, dia la driver, dia la banker... Haha! Siap ada dua photographer sebab abah pun bawak DSLR jugak. Yang penting FOC. Itu penting bagi orang yang xde pendapatan macam aku ni. 

Dah penat-penat photoshoot. Cuaca pulak panas, aku dah buat perangai dah. Sekali My Prince hulur rose bouquet, terus senyum. Pandai ye beli hati i. Hehehe.. Nasib baik jumpa group classmates aku yang tengah photoshoot denga photographer yang dorang tempah kat dewan. Sempat la ambil gambar sama-sama sikit. Jadi la, wat cukupkan syarat. 

Pastu lunch kat cafe bangunan apa tah. Aku rasa kompleks akademik kot. Sebenarnya plan nak makan kat Cafe Sudu Garfu kat UPJ, tapi macam jauh pulak nak berjalan ke sana. So makan je kat kompleks akademik. Aku tak makan pun nasik. Makan roti canai. Tu pun puas nak menyumbat. Perut still kenyang sebab makan nasik pagi tadi. Tapi cuit-cuit jugak nasik ayam My Prince. Wehh, sedapnya. Rugi aku tak pernah makan sebelum ni. 

Dah 1. 17 tengahari, terus gerak gi dewan. Nasib baik dapat 1 tiket tambahan untuk masuk ke dewan . Sebab classmate aku, Kak Kema kerja dengan Alumni UPM. Dapat la dua-dua nenek aku and abah masuk ke dewan. Dah rezeki dorang sebab mula-mula tu aku terfikir jugak, kesian nenek aku kena dok kat luar panas-panas 4, 5 jam jugak. Adik-adik takpe la, muda lagi. Then, tetiba dapat offer dari Kak Kema. Tq, Kak Kema. 

Dalam dewan tu aku duduk sebelah Kak Ghazi dan jugak idola aku, Hazza. Hehe.. As mesti tau hal ni kannn???? Ye, Hazza memang idola aku dari mula-mula masuk kelas lagi. Menarik je muka dia. Suka pandang. Hehe.. 

Pastu dapat tengok Rashidi Ishak and Azzura Azzizul Azman terima ijazah. Ijazah Komunikasi. Punya la ramai orang bersorak masa Rashidi naik pentas. Padahal second class upper je pun .Heheh.. Tapi ok la sebab dia ambil masa 7 tahun kot nak habiskan dia punya ijazah tu. Maklum la, tanggungjawab sebagai ayah lagi, shooting lagi. Tahniah kat Rashidi. Azzura tu, aku tak kenal pun. Tapi kawan-kawan cakap dia pengacara WHI. 

Keluar dewan tu, lima belas minit jugak kot aku mencari family. Sebab aku tak bawak handset. Dah jumpa tu, bergambar jap. Sedih jap teringat arwah umi. Nasib baik ada nenek belah umi and belah abah. Terubat sikit kerinduan tu. 

Pastu (ehh, macam banyak pulak guna perkataan pastu. hehehe), tengok pengetua kolej serumpun dok ramah mesra je bergambar dengan graduan. Bagus la prof tu tegur-tegur parents, wish congrates semua. So, aku pun tumpang sekaki bergambar. 

With Mizah. Sila rotate kepala anda. Aku malassss..

Pengetua Kolej. Aku lupa nama dia. Muka hensem dia aku ingat la.. Hehehe...
Terima kasih tak terhingga kepada Mizah and Kak Asma sebab sudi datang jumpa aku kat dewan, dan  jugak for the lovely bear and jambangan bunga bersama katak pink. Hehehe. Comel sesangat. Thank you sangat-sangat. 

With kakak comel- Kak Asma


Balik laju2 nak kejar solat jamak zohor dan asar. Sebaik sahaja siap, terus bunyi azan Maghrib. Dah siap semua, shoot gi The Mines. Saja bawak family jalan-jalan. Tu je pun yang aku and My Prince kenal. 1st time tak sesat carik parking masa nk balik. Ahaks.

Di Mines, masa dinner kami berpecah tiga. Sebab nak ikut selera tekak masing-masing. Adik aku Nina and Iman makan McD, aku bersama My Prince and 'Aleya masuk fudkot pasal mengidam nak makan chicken rice with mushroom claypot and the rest makan kat KFC. 
Kat Mines pun nak berambar... Padahal aku punya idea.. Hehe..

Kecoh bincang nak dinner kt mana...

Amek gambar sebagai bukti kat floor mana kami parking tadi. Sesat kang, malu!!!

Model MU
Nak letak gambar lagi nihhh, sila jangan muntah. 

Incik Tunang

Ini idola aku. Hazza, halal ye gambo kau aku sidai kat sini...

Nina n Iman

With Aleya n chicken rice with mushroom claypot yang sedapppppp.

Ada hati nak bersembunyi di sebalik mihun tomyam. Nampak jugak la bangggg!


OK, dah. Kesian takut korang muntah tengok gambar banyak-banyak.

2 comments:

nieja said...

congrate babe.. adik u x makan lau x suap? alaaa sedihnyaaaa :(

Miss Polaris said...

tq nieja. .hmm, tu la.. tu yg bmbg sgt tkut postg dpt sek jauh dari umh tu.. hrp2 dpt area besut ni je. sng nk berulang dari umh je..