.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, October 13, 2011

Kalio Ayam


Hari ni masak simple je. Kalio ayam. Sape-sape yang takde banyak masa untuk masak, boleh pilih menu ni. Simple yet delicious. Tapi sapa yang tengah on diet, lupakan je la... Resepi ni pun one of umi's specialty. Tapi umi biasa buat udang kalio. Lagi sedap. Tapi hari tu kak long try ubah jadi kalio ayam, rasa dia acceptable. So, hari ni aku buat kalio ayam.


Bahan-bahan
  1. Ayam 5,6 ketul. (Potong macam nak masak gulai)
  2. Semangkuk santan pekat
  3. Setengah cawan air (kalau masak udang takyah tambah air sebab udang masak jap je)
  4. 2 keping asam keping
  5. 2 batang serai dititik
  6. 3,4 helai daun limau purut dikoyak kasar
  7. Garam, gula
  8. 2 sudu cili kisar
  9. Bawang putih 2,3 ulas
  10. Bawang besar sebiji dimayang.
  11. Bawang merah 2,3 biji dihiris.


Cara-cara
  1. Tumis bawang putih, merah and besar hingga perang.
  2. Pastu masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan serai dan daun limau purut.
  4. Pastu masukkan santan dan asam keping.
  5. Pastu masukkan ayam.
  6. Tunggu sampai ayam empuk and kuah pekat macam kuah percik.
  7. Pastu masukkan garam dan gula.
  8. Siap!



Kalio ayam



No comments: