Thursday, October 13, 2011

MU terbaekkk!

Takk, aku bukan nak bercakap pasal Manchester United. Tidak sekali-kali sebab aku memang tak minat benda-benda camtu. Topik aku kali ni pasal my youngest Maternal Uncle. My late umi had 13 siblings including herself. 8 perempuan dan 5 lelaki. Dan kebetulannya yang paling bongsu adalah lelaki dan sama umurnya dengan aku. Muda 8 bulan dari aku kot. So bila dia keluar jenguk dunia, aku dah besar dah time tu. Sekolah pulak satu kelas. Sepupu-sepupu lain panggil dia Ayah Su, aku bantai panggil nama je. Hehe...

Tapi dia la yang paling memahami. Paling kaya. Hakhakhak! Ini penting. Senang nak jadi banker anak-anak sedara dan adik beradik. Hehe.. Kan aku penah cerita yang dia la yang selalu aku heret ke sana ke mari masa tak berani drive dulu. Tapi bila dah berani, tengok tempat jugak la, aku akan ajak dia jugak. Contoh pergi rumah future PIL. Giler nak gi sorang-sorang at the 1st visit. Itu berani mati namanya.

Dan dia jugak la yang rajin bagi moral support supaya aku berani drive. Macam-macam la. Tapi bersama dia, buat aku selesa. Sebab dia macam bagi peluang kat kita untuk improve ourselves. And express ourselves too.

Contohnya bila aku kata, " Nanti nak beli kereta manual la. Sebab bunyik macam kesian je bila kereta auto speeding."

Dia akan cakap, "Bagus la. Sebab perempuan drive kereta manual hebat sikit." Wahh support sentence tak nak kalah.

Pastu masa aku cakap tak berani la nak drive. Dah sebulan tak drive lepas accident masa raya ke-4 baru-baru ni. (Sebenarnya aku dah banyak kali accident. Sekali masa sebelum dapat lesen. Uncle ni la jugak yang bagi aku drive kereta zaman takde lesen dulu. Pastu sekali masa nak balik kampung dari Muar. Accident kat Muadzam. And the last one masa raya ke-4 rituh.

Then uncle cakap, "Drive je la. Drive lepas accident hebat sikit. (perkataan HEBAT tak nak tinggal. Takut anak sedara dia ilang self esteem n self confidence, hehehe) Sebab kalau drive lepas accident, kita akan jadi lebih berhati-hati."

Ye betul. Memang tiap kali lepas accident, aku akan lebih berhati-hati. Tapi cuak tetap ada dalam dada. Well, itu adalah one of berhati-hati characteristics kan. Hehe...

Pastu kan, masa dia balik minggu lepas aku mengemis la mintak handset SE W995 dia sebab handset aku yang regenya RM100 tu cover belakang macam dah tak lekat dah. Kena ikat pakai gelang getah. Malu la jugakkan kalau tetiba En. Tunang call di khalayak ramai, aku kena jawab fon dengan mentayang rupa fon yang sebegitu sedih itu. Dah la handset murah, ikat dengan gelang getah lagi. hilang la vogue anak sedara dia ni kann... Pastu opkos la uncle yang baik hati tu bagi. Tapi seminggu aku guna, tetiba skrin rosak. Pantas saja aku mengadu.

Sekali uncle hantar sms, "Nanti la nak bagi handset yang elok sikit. Hadiah konvo..." Wuhuuuu, terus senyum sepanjang hari anak sedara yang jobless ini. Sejuk hati anak sedara dapat bapak sedara camni. Hehe..



Maaf zahir batin (Yeahh, uncle aku mmg hensem! Dan dan puji~ Dasarrrr!)










No comments: