Friday, October 21, 2011

Nahh, hadiah konvo

Malam last semasa perjalanan pulang ke rumah dari UPM, my maternal uncle yang terbaek tu tetiba mintak handset dari aku. Terhegeh-hegeh la anak sedara ni menggagau mencari handset SE uncle yang dah rosak skrin tuh. 

Sekali dia kata, "Bukan handset ni. Handset yang pakai sekarang la."

Segan silu anak sedaranya menghulur handset berharga tak sampai RM100 yang adik aku dah nak buang dah. Sebab butang # tak berfungsi. Nak topup pun susah. Nak cek balance pun tak boleh. Tapi sebab dah takde pilihan, aku guna la jugak. 

Pastu.... "Nahhh, hadiah konvo."

The last one, Sony Ericsson Xperia
Terus termalu-malu anak sedara ni.. Sambil senyum-senyum cakap thank you. 

Hmm, kalau korang nak tahu handset yang pertama tu aku yang punya. Dah 2 tahun aku pakai. Beli masa nak daftar DPLI kat UPM setelah SE Z550i aku patah dua. Ye, aku adalah ganazzz! Hehe.. Setelah dua tahun, dah beratus kali dah jatuh terhempas, lama-lama cover bateri tu pun dah tak berapa nak lekat. Terpaksa la aku ikat dengan gelang getah. Tapi handset adalah yang terbest. Suka sms dengan handset ni sebab aku tak payah stress dengan function or application yang canggih manggih. Dapat sms n call pun dah besar rahmat. 

Bila telefon tu dah berikat gelang getah, aku pun mengendeng la handset SE yang warna itam tu dari uncle. Aku kata, "Pinjam jap je untuk konvo sebab malu la nak pakai handset CANGGIH berikat gelang getah camni." Dan uncle itu pun pasrah aje sambil bukak cover belakang handset nak tukar simcard. 

Tapi 2,3 hari aku guna, skrin macam problem je. Terus la aku sms gitau uncle. Sambil tu menggagau aku carik handset terbuang kat bilik adik-adik aku sebab takut My Prince tak dapat contact aku. Cehhh~ Dapat la handset biru tuh yang dah xde keypad sebijik. Takpe, aku redha je. Sedar diri ini xde gaji. Hehe.. 

Dan, sebagai balasan atas kesabaran aku yang tidak berbelah bahagi menggunakan handset terbuang tu, maka dapat la si putih pink tu. Wink wink. I heart u la my uncle.Hehe..Hah, kau hade uncle camni?? Eh, ter'riak pulak. Hehehe.

Terjakun-jakun aku menggunakan handset xde keypad camtu. At the first moment aku guna handset tu, kakak aku call pun sampai kesudah aku tak reti nak jawab. Haha! Kesian gilerrr... Pastu sekarang dah boleh la catch up sikit-sikit. Lama benar dah aku meninggalkan dunia kecanggihan handset sebegitu. Eceh nak cover kejakunan~ Hehehe.

Tak sangka pulak nak dapat handset camtu. Sebab aku sekadar berharap nak beli handset SE yang sekeping tu je. Tapi yang berkeypad la. Yang biasa-biasa aje. Pernah la berangan nak beli SE C 550. Dah janji dah dengan My Prince, nanti kita beli handset yang sama ya. Kira one of hantaran kawen nanti. Tapi dah rezeki aku, kira alhamdulillah la. Sebab aku dah ada pengalaman pakai handset jenis berlipat dua la, slide up la, aku rasa handset jenis sekeping adalah lebih mudah untuk bersms dalam tempoh masa yang lamaaaaaa. Sebab tu aku sukaaaa pakai handset aku tuh. Sampai menggelembung getah keypad tu. Hehe..

So, kesimpulannya. Kita ikat segala yang terhurai. 

Dah, sekian entry tentang hadiah konvo.

2 comments:

nieja said...

nak adiah hp jugakkk!

Miss Polaris said...

ehh, hadiah kawen xleh hnset, kna bg hadiah berupabentuk brgn keperluan rumahtangga. hehe..