.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, October 4, 2011

Pucuk ubi masak tempoyak

Hari tu try another umi's specialty dish. Pucuk ubi masak tempoyak. Sebelum aku lupa bahan dia, baik aku simpan dalam blog.

Bahan-bahan
  1. Semangkuk pucuk ubi yang telah di rebus dan diperah airnya, pastu potong-potong.
  2. Semangkuk santan pekat
  3. Sebiji bawang besar dimayang
  4. 3 sudu besar tempoyak
  5. Cili padi
  6. Serbuk kunyit
  7. Daun kunyit dihris
  8. Serai diketuk
  9. Dua keping asam keping
  10. Garam gula
  11. Petai
  12. Ikan bilis


Cara-cara
  1. Masukkan santan pekat ke dalam kuali
  2. Masukkan bawang, cili padi yang telah ditumbuk, serbuk kunyit, serai, asam keping, ikan bilis, petai dan tempoyak ke dalam santan.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Bila kuah nampak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Pastu masukkan pucuk ubi tadi dan daun kunyit.
  6. Apabila pucuk ubi sudah sebati dengan kuah, tutup api...


Rasa la.. Walla~


Sedap... Tak payah lauk lain pun takpe. Tapi kalau kawankan dengan ayam goreng kering atau ikan goreng tu, kira food from paradise lahhhh... Hehe..


Taaaappiiiii, hari tu nenek aku cakappppp.... Rasa dah perfect tapi ada pucuk ubi tua. Haha! Mana la aku reti pilih-pilih pucuk ubi. Nama je student Agrotek. Dulu menderhaka dengan lecturer kot. Hehe.. Asal nampak kecik je, bagi aku itu pucuk ubi muda la. Padahallll.....


Tapi takpe, dah selamat bersemadi dalam perut dah.. Gambo??? Tunggu berodben ni buat perangai elok sikit nanti, aku tampal kat sini..




Nahhh, bahan bukti!

No comments: