.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, October 13, 2011

Puding tauhu


Nak up satu lagi entry aci tak??? Moood rajin dah datang dah. Hehe..

Kat Jerteh sekarang ni, tengahari cuaca panas membahang. Pastu petang hujan lebat. Kalau tak pun, malam. Tapi panas sebelum hujan ni, tau-tau je la cane kan. Bahang dia tu buatkan pasang kipas pun tak jalan. Rasa angin panas je.

Dah la dapur mengadap matahari kalau tengahari. Masak untuk lunch pun boleh berpeluh-peluh macam jogging keliling padang bola.

Pastu kan, kalau panas-panas camtu, dapat makan puding sejuk dari peti ais, memang heaven gilerrr... So, jom la sama-sama jamu puding tauhu dengan aku. Hehe. . Rasa lemak santan, smooth je masuk tekak, masam laici/nenas, manis manja-manja je. Sejuk pulak tu... Ohhh, adik aku yang darjah satu tu pun boleh habiskan semangkuk.


Bahan-bahan

  1. 10 gm agar-agar serbuk
  2. 7 cwn air (termasuk sirap dari laici tin)
  3. 1/2 cwn gula
  4. 1 cwn susu pekat
  5. 1 cwn santan (200ml santan kotak+50ml air)
  6. 1 tin susu cair
  7. 1 tin laici


Cara-cara
  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Pastu masukkan laicii yang dipotong kecil. Guna nenas cube pun boleh. Tapi kena potong jugak.
  4. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  5. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  6. Kemudian sejukkan dalam peti.


Puding tauhu laici






No comments: