Monday, October 31, 2011

Semakin berumur semakin cantik

Arwah umi memang umi yang terbaik. Dah la baik, sporting pulak tu. Dah la sporting, tak pandai membebel pulak tu. Dah la tak pandai membebel, berhati suci pulak tu. Dah la berhati suci, pandai menjahit pulak tu (expert gilerrr). Dah la pandai menjahit, masak pun sedapppp. Dah la masak sedap, makin berumur umi semakin cantik. 

Tiap kali aku balik kampung, mesti tanya, "Umi pakai apa nehhh?" Nampak semakin berseri-seri bila pandang wajah umi. Siyesss.. Selalu jeles nak tahu umi pakai produk apa kot-kot la boleh mintak sikittt... Hehe... 

My lovely umi (ada macam adik dan kakak takkk????)
Gemencheh, 12 Februari 2011



Dulu masa duduk rumah sewa di Tok Jembal, semasa menghabiskan tahun akhir pengajian ijazah di UMT, tahun 2008 kot, ada sekali tu umi datang dengan abah dan adik-adik. Pastu housemates keluar la salam-salam dengan umi. 

Pastu ada sorang housemate tu, Cik Yati tanya aku sambil bersalam dengan umi;


"Ini kakak Egie ke?" 


Wahhh, kembang hati i... Umi senyum-senyum je masa tu.

Pastu bila pikir-pikir balik, 'Umi yang awet muda ke, anak yang matang overboard?' 

Kompius, kompius.. 

But i i prefer the 1st idea. Hehe... (Bawak-bawak la sedar diri Egie oiiiii, bisik hati kecikkk.. )

No comments: