.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, October 28, 2011

Spiral pasta in white sauce

Hmm, malam ni langsai sudah spiral spaghetti in white sauce yang aku idam-idamkan. Lepas je solat maghrib terus masuk dapur. Alamakkk, pembuka tin takde la pulak. Terpaksa gunakan pisau besar untuk buka tin button mushroom dan jugak prego sauce. Sekali tertetak jari telunjuk pulak. Adesss! 

Terus melaksanakan kerahan tenaga dengan meminta adik-adik aku tolong siapkan bahan. Nasib baik Nina yang baru habis PMR tu ada kat rumah. 'Aleya pun kena jugak. Hehe.. .Nina kena dice kan onion and garlic. Pastu potongkan daun seleri. 'Aleya pulak kemain suka lagi bila aku mintak tolong belah dua chicken ball. 

Ok, ni bahan-bahan yang aku gunakan. 

Bahan
  1. 500 gm spiral pasta brand San Remo
  2. 1 tin sos spaghetti Cheese n Herbs Prego
  3. 1 tin sos spagheti Carbonara Mushroom
  4. 245 ml susu full cream Marigold
  5. 1 biji onion (diced)
  6. 4 biji garlics (diced)
  7. 1 tin button mushroom (sliced)
  8. garam to taste
  9. blackpepper 
  10. daun seleri dan daun bawang as garnishing. 
  11. mix veggie (frozen) to add color
  12. 400 gm chicken ball
  13. setengah cawan air
Cara
  1. Rebus pasta hingga al dante seperti arahan pada pembungkus. Toskan.
  2. Tumis onion and garlic hingga sedikit perang. Tambahkan sesudu planta. Masukkan mushroom and mix veggie hingga kering airnya. 
  3. Lepas tu masukkan chicken ball, masak hingga ada bahagian chicken ball yang perang-perang sikit. 
  4. Kemudian masukkan sos-sos spaghetti dan susu. 
  5. Masukkan salt and pepper. 
  6. Tambah air dan biar menggelegak. Pastikan masak menggunakan api perlahan. 
  7. Taburkan daun sup. 
  8. Hidangkan. 
Spiral pasta in white sauce (series sedap kat tekak akuuuu)

'Aleya yang dipaksa mengikuti kerahan tenaga (pakai baby-t aku lak tuuu)

Bagus ok kenalkan young girl ni dengan periuk kuali pisau kat dapur sedari kecik. Seksok-seksok senang nak serah tugas masak memasak ni kat dorang. Junior masterchef pun, kecik-kecik lagi dah pandai masak macam-macam kannnn... 


And the final result is, adik-adik aku termasuk abah makan bertambah.

Tapi jarang-jarang makan benda alah ni boleh la.... Sumpah banyak kalori. Dari susu lagi, dari cheese lagi, dari cream lagi, dari planta lagi. Huhhh! Gerunnnn.



notakaki: suka aku ingatkan, kalau nak pilih spaghetti sauce brand Prego, pilih yang dalam tin instead of glass jar sebab yang dalam tin ada cop halal. Takut jadi cam kes dalam blog kak Marina ni... klik klu korang nak baca. 

No comments: