Wednesday, October 12, 2011

Terapi

Tadi telah melakukan terapi yang sangat berkesan untuk melegakan tekanan dan minda yang bercelaru. Bosan ok terperap je kat rumah. Tido, bangun, urus baju sekolah adik2, masak, kemas rumah. Dan paling stress kena lipat kain yang berbakul-bakul tu tiap hari.

Nak keluar, kereta takde. Belum siap lagi.

Kalau ada kereta pun, kawan pulak takde. Tak kuasa aku nak merayap sorang-sorang. Melainkan menghabiskan masa di Watson sambil belek tiap skin care products. Tapi tak beli punnnn.. Kalau berteman masa kat Watson memang tak best. Nanti kang kejap, kejap "Yang dah ke belum?" 2, 3 minit lagi, "Carik apa lagi???" Huhu... Apapun, shopping is the best stress therapy.


Buat pemilik tulang rusuk yang ada padaku, sila la take note ye. Wink wink~

Tapi tadi keluar dengan granny. Kebetulan granny nak beli stok kain baru. Maklum la, my granny is a tailor. So aku pun dengan tenang jiwa telah men'withdraw' keladak-keladak duit yang ada dalam akaun dan menghabiskan untuk barang-barang 'kehendak' bukan barang 'keperluan'. Tak de apa sangat pun, long skirt and shawl je pun. Pastu supplement kesihatan.

Lepas tu rasa legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangattttttttttttttttttttttttttt. Hilang sekejap rasa tension.Padahal baru shopping sikit je.

Tapi harus la simpan sikit keladak-keladak dalam akaun bank untuk disumbangkan kepada kedai-kedai, supermarkets, restaurants, cinema dan pelbagai lagi di Serdang minggu depan. Niat aku suci ok. Tolong support bisnes orang Malaysia. Huhu... Kalau tak cane dorang nak pusing modalkan kalau takde customer....

Ehhh, asal rasa nak senyummmm je ni. :-)

No comments: