.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, October 12, 2011

Daging masak halia

Weehoo, hari ni malas masak sebenarnya. Nasik goreng semalam ada lagi. Dalam freezer pun cuma ada ikan and daging. Kalau masak ikan, sah-sah adik-adik aku tak pandang. Buat penat aku masak je. Pastu bila abah balik petang tu baru dok sibuk nak rebus daging. Ingat nak masak halia je sebab teringat daging masak halia kat kedai Batu 3 kat Muar masa praktikal hari tu. Wuihh, sedapnya... Kerabu ayam dia pun sedap. Tapi hari ni kita masak daging masak halia je. Sebenarnya aku main campak-campak je. Bila rasa, ehh macam sama je dengan yang kat kedai tu. Kira bolehlah. Hehe.. Dah banyak kali masak dah. Tapi hari ni baru gedik nak simpan dalam blog.

Ok, ni bahan-bahan dia

  1. Daging yang direbus di potong nipis. Lebih kurang sesenduk besar kot.
  2. Air rebusan daging
  3. Sebiji bawang besar (memang guna a lot of onion)belah dua dan potong menegak, nipis2.
  4. Bawang putih 2,3 ulas ketuk
  5. 3, 4 inci halia, julienned (senang cakap potong halus macam batang mancis)
  6. 4 biji cili padi (ikut hati)
  7. Sos tiram
  8. Garam sikit, gula sikit
  9. Daun bawang potong panjang-panjang 2 inci gitu.(tapi tadi xde daun bawang pun. sebelum ni aku buat ada)

Cara
  1. Goreng daging yang dihiris sampai separuh garing. Angkat.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar n halia sekali harung je sampai wangi and bawang putih perang.
  3. Masukkan sos tiram. Kacau rata.
  4. Masukkan stok air rebusan daging sesenduk.
  5. Masukkan cili padi yang ditumbuk manja-manja gitu.
  6. Pastu masukkan daging.
  7. Rasa garam gula.
  8. Pastu sebelum angkat tabur daun bawang.


Wallahhh.. Pastu kawankan dengan telur dadar. Mabeles.. Kalau ada sup sayur lagi best. Tapi adik aku bukan suka sayur punnnnnn...


Nahh, jamu mata.








Pssttt: A big congratulation to my besties Erah Syahirah for the job offered. Rezeki kawen tu... Pasni rezeki anak pulak kot. InsyaALLAH... Weh, jgh lupa belanja Layer Tea Fathirah. Hehe...

No comments: