Tuesday, November 29, 2011

New Year Getaway

Hmmm, baru lega nak bernafas sebab malam ni Amani tido dengan granny. Kalau tak, memang bergayut kat kaki aku je kerjanya kalau aku tak nak dukung dia. Sambil nangis kuat-kuat macam dah kena dera dah. Padahal takut orang lain dukung di aje. Cehhh, ingat orang nak sangat dukung dia. Heheh..  Tu la, kalau dia elok-elok je duduk rehat depan tv berdua je dengan aku, pastu bila adik-adik aku lalu kawaan tv tu, terus terkam aku sambil nangis. Ingat orang teringin sangat la tuuuu. Huhu~

Tadi pun aku buat talam jagung sambil bersilat dengan dia kat dapur. Aku dan dia je ada kat dapur. Tapi macamkan ada 16 babies dalam dapur tu. Melalak macam lapar susu je. Padahal nasik dan suap sepinggan. Siap dengan lauk gulai ikan masin lagi. Kelasss kau Amani.... Gigi tak tumbuh lagi pun dah makan nasik biji dengan lauk macam-macam. Sejak dia umur 8 bulan lagi dia makan nasik biji. Tak nak jenis lenyek-lenyek nih. Nasi kerabu pun dia bantai je... Senang nak jaga. Tak yah susah-susah masak makanan lain untuk dia. Tu la, sambil bersilat tu, sampaikan aku tersilap jumlah bahan dalam talam jagung tu. Terkurang 1 cawan pati santan untuk lapisan atas. Nasib baik ok je. Tapi kalau lebih lagi la sedap kotttt.. 

Ni pun baru selesai masukkan chocolate cup cakes dalam oven. Resipi amek dari Kak DLL lagi. Nama sebenar American Chocolate Cake, tapi aku transform jadi cupcakes. Agak sama la dengan resipi aku. Cuma dia guna susu cair, aku guna susu pekat. Pastu dia tambah serbuk Nescaffe, aku bantaikan aje Kopi Wanis 3 in 1 tu satu sachet tadi... Resepi tunggu aku up entry next time kot. Sebab tak tahu lagi hasilnya cane di tangan aku nih. Heheh.. Aku sukaaaa la resepi kak DLL tu.. sume jenis senang. Ala-ala campak-campak je gitu. Tapi fail jugak aku buat pavlova. Muehehehe..

Btw, aku masak talam jagung and cupcakes coklat tu sebab nak bawak esok. Sutra Beach Resort nantikan kedatangan aku ye.. Hehehe.. Dia tahun baru awal Muharram ni, sepupu ajak join bercuti di Sutra Beach Resort. Saje nak bawak anak-anak dia bercuti sebab hujung bulan depan dia dah nak bersalin. Pastu dia invite sekali aku and adik-adik aku. Girls only. Memula plan nak gi Gambang Waterpark, tapi dengan keadaan cuaca macam ni, pastu jauh pulak tu, sepupu aku tu pulak dah sarat, rancangan ditukar....

Harap-harap dapat la release tension sikit. InsyaALLAH, amin...

Monday, November 28, 2011

Si Kecik in the house!

Hmmm, hari ni hari pertama Amani di rumah aku setelah hampir dua bulan dijaga oleh baby sitter dekat dengan rumah her papa. Dan baby sitter mintak cuti 2 bulan sebab nak bawak anak2 bercuti. So, aku kena take over. 

Dan bermulalah episod terkejar-kejar untuk solat, untuk masak dan mengadap laptop. Kalau hadap laptop pun sambil beriba si kecik tu sebab dia tak nak dengan orang lain. Kalau orang lain ambik, mesti dia meraung sampai tak keluar suara! Dushh, takkan la aku sanggup dengar kan.. 

Nahhh, layan gambo je.. 

Petang

Suke ngat wt mulut gitu... tp ada yg lagi mengancammm..
Ngengada~
Tapi sempat buat pancake gebus served with whipped cream and canned sweet corn

Malas nak taip banyak-banyak. Tapi for dinner, aku malas nak masak sebab tadi lunch pun dah pukul 4, hehe.. So buatkan mini pancake sorang sebijik je untuk seisi rumah. Makan dengan whipped cream dan jagung manis dalam tin. Hehhh, sedap la..... Mentang2 dah pandai whip the whipping cream. Muehehe.. Orang lain makan pancake untuk BF, aku makan untuk dinner. Belasah je la labuuuuu....

Aku guna resipi mana ntah tadi. Lupa nak save. 

Tapi resipinye gini.

Pancake
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar mentega yang dicairkan. 

  1. Campur aje semuanya. Rehatkan sebentar. 
  2. Pastu bakar dalam non stick mini frying pan tanpa guna minyak. 
  3. Bakar kejap je sebab dia cepat hangus. 

Sodappp... Gebussss. Tambah pulak makan dengan whipped cream dan jugak canned sweet corn. Tapi aku makan sebijik je. Malas nak bakar lagi sebab si kecik tu dah bergayut kat kaki.. Huhu..

Sunday, November 27, 2011

Great person

Alhamdulillah, betapa hebat pun dugaan yang ALLAH berikan, manusia-manusia hebat di sekeliling aku tak pernah jemu menjadi penguat semangat aku. 

Betul kata sepupuku, Kak Da.... "Manusia hebat akan dapat ujian yang hebat. Baru la boleh jadi hebat."

InsyaALLAH. Semoga ALLAH sentiasa akan menguatkan semangat aku dalam menghadapi segala ujianNya. Aminnn.... 

Tq so much to my auntie and my cuzzy....

Saturday, November 26, 2011

End-year 2011 giveaway by Fiera




Aku sebenarnya tak faham sangat GA yang Cik Fiera ni anjurkan. Aku kan blur... Muehehe.. Aku pun tak paham sangat konsep-konsep GA ni. Tapi sebab dah dijemput, aku tak nak la menghampakan tuan yang berharap.

Ujung-ujung tahun ni, orang sibuk dengan Year-End-Sale, Cik Fiera kita ni sibuk dengan End-Year GA pulak. Takpe, takpe... Aku join jugak .

Hmmm, hari ni hari terakhir dalam tahun 1432 Hijrah. 30 Zulhijjah 1432 H. Esok dah 1 Muharram 1433 H. Sekejap je masa berlalu, kan. Azam tahun lepas pun tak tercapai lagi. Marilah kita sama-sama membaca Doa Akhir Tahun selepas solat Asar dan jugak Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib kejap lagi. Mudahan-mudahan, hijab terbuka dan ALLAH SWT mengkabulkan doa kita, mengampunkan dosa-dosa lalu kita dan juga memberikan hidayah dan petunjukNya dalam menempuh hari-hari yang bakal mendatang. Jom sama-sama berubah kepada yang lebih baik sempena tahun baru ni...

Buat Cik Fiera, i would like to share a quote with you.

I don't believe you have to be better than everybody else. I believe you have to be better than you ever thought you could be.  
 .:Ken Venturi:.


Ok, bab kena  tag ni, aku terus sakit jantung. Bukan apa, aku takde rakan blogger pun. Wuuu~ Kalau ada pun, yang dah kahwin. Takkan la diorang nak join kan. Dorang blogger masak-masak. Takpe la, aku tag kakak comel aku. So Cik Zonan, jom la join GA  ni... Sesiapa yang berminat, klik kat sini.

Orite then. Salam Maal Hijrah in advance semua. 

Newly Weds' celebration

Having dessert

Hmm, Lin dan Ahmad tiba di rumah aku pukul 3.00 pm lebih kot. Nasib baik sempat siap hidangkan nasi ayam, sanquick dan jugak Pavlova. Pavlova nia ada cerita yang sangat panjang. Nanti ujung-ujung kang aku cerita. 

Kejap je jumpa Lin. Tak sempat habis gosip. Pukul 4 lebih camtu meeka dah bertolak ke Pasir Puteh untuk menziarahi kubur arwah abang ipar suaminya. Tapi Lin datang bawak gambar. Bestnya kawen. Hehe... Angin gatal dah datang dahhh... 


Hero, nasik ayam. Heroin, Pavlova. Pelakon tambahan, air sanquick.

Pavlova after cosmetic surgery




Seee, sangat cacat sebenarnya di dalam. Tapi cover dengan whipping cream yang banyak.


Hokeh, meh nak cerita. Sebenarnya percubaan aku nak buat pavlova adalah gagal. Sebab lepas baking, dia tak jugak garing-garing. Sampaikan aku extend lama gila baking period. Then, it ended up with browny face. Huhu.. Hangit dowh! Dah la lembik macam lempeng. Patutnya dia rangup di luar, lembut di dalam. Pagi tu aku tengok kejadian pavlova tu camtu, ase nak pecah jantung. Hah sudahhhhh... Apa aku nak hidang kat pengantin baru tu as dessert. Nak buat talam jagung, dah tak sempat dah.

Pastu aku google la nak carik kenapa pavlova aku tak berjaya. Then, aku jumpa blog akak ni. Kak Irma. Terjawab jugak persoalan aku. Sensitifnye si pavlova ni. Rupanya tak leh dibuat masa cuaca lembab and sejuk. Ye la, aku buat dah pukul 2 pagi. Hujan lebat pulak tu. Berangin lagi. Patut la... Kalau nak tahu lebih lanjut, baca blog kak irma ye.

Tapi sebab abah dah beli whipping cream. Pastu bila aku whip, cantik molek je kejadian whipping cream ni, aku gamble je. Hidang jugak. Sorry ye Lin. Aku buntu. Tak sempat dah nak buat pie crust. Sebab memula tu ingat nak buat pie crust, pastu humban je whipped cream and fresh fruits tu dalam tu. Tapi tak sempat sebab kena keluar kejap buat Asimilasi Pilihanraya apa tah. Bengkerk aku bila dipaksa-paksa nih. Macam la aku tak tahu cane nak pangkah kertas undi.

Resipi? Tak yah la. Aku tengok semua resipi dalam google tu lebih kurang sama je. Yang bezanya, ada yang gunakan cream of tartar sebagai ganti cornflour and vinegar/lemon juice. Tapi aku rujuk blog DLL. Selain tu, aku rujuk gak blog-blog masakan lain. Tapi macam sama je resepinya.

Mrs. Polaris with Lin

Ok, dah abis dah citer. 

Lin.... banyak lagi aku nak bercerita dengan kau. Tapi masa tak mengizinkan. Tinggal aku n Wawa je lagi yang single. Huh, rendah diri je ase. Lin, nanti kite sume dah kahwin, kita buat famlily day kat mana-mana resort nak? Nanti boleh la para isteri berkumpul sembang-sembang, gosip-gosip macam dulu. While the hubbies buat la aktiviti pape pun. Tolong buat BBQ ke. Heheh..

Lin, apesal kau ayu semacam je dalam gambar atas tuhhh.. Ke memang gitu bila dah jadi isteri? Haha!

Friday, November 25, 2011

GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!

Set asas Miracle Tab (Tab EX, Tab Soap & HD Glow Essence)


Tadi lepas reload tab Dashboard blog aku, tetiba mata terpaku pada entry baru si adik comel ni. Wahhh, Irene nak bagi Miracle Tab secara percuma!!!!!

Terus menjerit dalam hati. Teruja sangat. Sape tak nak cantik, kannn?

Sebelum ni, memang berminat sangat dengan Miracle Tab yang Irine iklankan ni. Pertama kali tengok pun, di blog Irine juga. Tapi mahal mak kauuuu! Tak mampu. Kalau boleh pujuk My Prince jadikan hantaran kahwin nanti, bagus juga. Tapi mahal la.... Duit nak guna untuk perkara lebih penting.

Kalau Irine bagi percuma, lagi bagus. Pertama, sebab aku memang tak ada kerja sekarang. Aku bakal guru yang sedang tunggu penempatan (posting). Tak tahu bila. InsyaALLAH, awal tahun depan. Kalau posting bulan 1, gaji paling kurang dapat dua bulan lepas tu. Hui, lamanya... Pastu terus nak buat persiapan kahwin. Mana sempat nak guna...

Kedua, kalau aku menang contest ni, dapat Miracle Tab free, dapat la guna sebelum majlis perkahwinan nanti. Siapa yang tak nak berwajah glow and radiant secara semulajadi di hari pernikahan kan? Betul tak Irine? Hah, Irine... Sila la tolong akak dapatkan glowy and radiant skin complexion on my wedding. Besar pahala Irine tolong kami bina masjid. Hehe...



Mana tahu kan lepas guna Miracle Tab dari Pic 1 boleh transfrom jadi macam Pic 2 on my wedding. Hehehe.



Takde la, akak gurau je. I know i cant beat your beauty. Dapat skin complexion macam Irine pun jadi la. Tu pun kalau dapat la.... Hehehe...

Meh la kita pakat join ramai-ramai. Sesiapa yang berminat boleh klik di ayat yang aku link kan ke blog Irine dalam perenggan pertama tu ye. Lelaki pun boleh jugakkkk! Hehehe...

Picture credit Irene Nadia Marcello

Dah hagak dah...

Tadi pukul 3 lepas dah siap masak, cepat-cepat bersiap pergi bandar jap. Cuaca pun nampak elok. Walaupun tak hujan, tapi tetap mendung. Takpe la, asal tak hujan. Lagipun bagus jugak sebab tak panas.

Niat cuma nak beli Nestle Omega Plus, whipping cream, fresh sour fruits and green tea.

Tapi ended up dengan beli plum and kiwi saje. Stoberi xde. Tapi hari tu aku tengok stoberi 6,7 bijik harga 11.90... I called it, GILOOO! Tak kuasa aku nak beli. Nama je supermarket, tapi whipping cream tak de, susu Nestle Omega Plus pun xde. Habis stok. Cehhhh....

Usha Ekoko nak beli bahan-bahan untuk buat kek, hmmm.. Tutup. Dah agak dah.

Singgah kat supermart pun tak de susu Nestle Omega Plus.

Balik umah baru perasan aku lupa nak beli green tea. Damnnn! Dah la tadi berjalan dari kereta masuk ke supermarket aku dah rasa semput. Gile... Ni mesti berat dah naik ni.

Esok aku gamble nak buat pavlova jugak. Resipi ikut resipi akak DLL. Walaupun xde whipping cream. Nak keluar beli pagi esok. Tak tau la sempat ke tak. Dah la nak kena prepare nasik ayam for lunch untuk the newly weds. Harap2 sempat. Kalau cantik rupa kejadian pavlova tu, sok aku up entry.

By the way hari ni aku masak pari bakar, asam pedas pari and ikan apatah. Goreng saja. Semua lauk ikan. Tapi sedap. I love asam pedas so much. Dulu suka makan asam pedas Melaka yang hosmet aku masak. Sedapppp.. Kali ni guna resepi dari Kak Yatie.

Asam Pedas

Bahan-Bahan
  • 1 atau 2 ekor ikan pari - di potong, cuci dan toskan
  • 10 biji bendi muda
  • 1 cekak daun kesom
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan jus asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar (20 tangkai lada kering)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan, dibakar*
  • 1/2 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan pari di siang, potong ikut suka dan cuci bersih. Sementara itu potong hujung dan pangkal bendi, cuci dan toskan. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan kerachi dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  4. Tambah bendi dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana sehingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Aku copy paste je tu dari Kak Yatie. Tapi aku tambah halba sikit. Tambah jugak tomato potong berbaji 2 bijik.  Ikan pulak, kak yatie pakai ikan kerachi, aku pakai ikan pari. Sedapppp...  Tq kak yatie... :-) 

Ikan pari bakar, asam pedas dan ikan goreng

Habaikan sajerr rupa pari bakar yang mengerikan tuuuu.. Dia lekat-lekat di frying pan walaupun aku dah guna non-stick pan. Guna perencah ikan bakar Aqila saje. Tapi tambah hirisan serai, daun kesum, garam dan jugak perahan asam limau masa nak hidang. Fuhh, wallah!


Oh ya, sampai je kat rumah dari Jerteh tadi. Baru je park kereta, telefon berbunyi. 

Weeee! Aku kena jaga Amani Nasuha again  for 2 weeks. I loike... Sebab cuti sekolah, aku sanggupkan aje. Lagipun boring gak. Takde kena iron baju adik2 lagi dah. Takde kena study for exam lagi dah. Best jugak dapat jaga baby. Tak boring.

Sebelas

Hmmm, hari ni genap 11 bulan pertunangan kami. Eleh, tunang pun nak kecoh, kan... Dah la tunang lama-lama. Hehe...

Hmm, tak sangka. Dalam sangka tak sangka tu, genap 6 tahun 2 bulan 2 minggu dan 2 hari kami bersama. Tq sayang... 

251210



Semoga ALLAH permudahkan urusan pernikahan kami. Amin.

Thursday, November 24, 2011

Dia akan datang bawak berkat...

Dah berapa hari tunggu my BFF upload her wedding pics. Tapi tak nampak batang hidung pun. Sentap la sikit-sikit. Sebab BFF. Dah la aku couldnt attend her wedding. Mesti la nak tengok, kannnn..... 

Tadi tetiba dapat sms.

"I'm not going to upload the pictures..."

Sentap ati ai.... 

Tapi sambung lagi baca sms dia.

"...sbb aku nak g umh mg lusa. Hehehe..." Oiiii, tak lawak la... (Ayat sms secara BM: sebab aku nak pergi rumah engkau lusa)

Tapi pelan-pelan senyum.

Terus balas sms.

"Linnnnn, i love you so much muahhhh... Nanti aku masak sedap-sedap."


Pastu terus gelabah. Aku nak masak apa yang sedap2 ni. Terus hidangan nasik ayam mengasak kepala. Ok, fine. Nanti kita masak nasik ayam. Senang sikit. Tak renyah nak membuatnya. Tapi untuk dessert nak hidang apa??? Hari ni Khamis. Dah petang ni. Mesti kedai bahan kek dah tutup. Esok Jumaat. Lagilah tutup. Sabtu Lin dan nak datang. Mana sempattttt!!!

Kek coklat? Dah boring dahhhh...

Oreo cheesecake? Dekat supermarket kat Jerteh tu confirm takde sourcream. 

Hmmmm, belum decide lagi. Masih fikir lagi ni.. Apa aku nak hidang kat pengantin baru tuuuuu...

Lagipun terasa sedikit kekurangan sebab My Prince takde untuk sama-sama celebrate that newly weds... Hmmmm....

Tuesday, November 22, 2011

Aku dahhhh, anda bila lagi?

With UPM, DPLIans...

Groupmates masa interview (mereka saksi aku merapu...)

Pfffttttt.... Eh, alhamdulillah. Pukul 10.00 pagi aku telah selamat ditemuduga. 

Terima kasih kepada pembaca doa selamat di pagi hening. 

Aku bermalam di rumah granny di Setiu. Dah la malam tak dapat tidur. Mungkin beralih tempat atau beralih bantal. Hujan dan guruh tak henti-henti. Dan aku pulak takut nak tengok jam sebab takut lagi stress sebab tak tidur-tidur lagi. Dah la tidur pun macam kejap-kejap terjaga. Cuak kot. 

Pastu bangun pukul 5.45 pagi. Termenung jap dalam bilik mandi. Sambil menyeru-nyeru semangat diri untuk memberanikan diri menyiram badan dengan AIR TELAGA yang sejuk super saiya punya tuh. Dah la hujan tak berenti-renti dari siang lagi. Fuhhhh, satu penyeksaan diri yang amat dasyat. Tapi jangan tuduh melulu, aku mandi la wehhhh.. Siap bersabun bagai la... 

Bertolak pukul 7 pagi dan sampai pukul 7.35 pagi di IPG Dato' Razali Ismail. Fuhh, lega. Pastu upacara update info bermula. Best jumpa kawan-kawan DPLI. Semua baik-baik saje. Adik-adik IPG pun baik juga. Comel pulak tu. Heheh...

Pukul 8.00 kot baru interviewers datang. 2 lelaki dan 1 perempuan. Lepas je mereka panggil untuk check sijil-sijil dan dokumen semua, pukul 9 kot kami dipanggil masa. Panel penemuduga adalah perempuan. Fuhh, scary. 

Soalan pertama; "Kamu semua ni datang ke temuduga untuk apa hari ni, ni?"

Fuhhh, semua 4 orang calon tergagap-gagap menjawab sambil recall-recal tajuk surat. Salah pulak tu. Padahal sebelum masuk bilik tu dah pakat hafal dah. Hahaha! Soklan sikit punya maut nak membunuh. Hehe.. Alah, soklan nak panaskan enjin. 1st group la katakan... Pastu baru masuk ke soalan-soalan mencabar minda semua tu. Macam biasa la, seperti yang dijangka; 

  • NKEA
  • FPK
  • Modal insan
  • penerangan tentang latar belakang akademik dan kaitan dengan kursus semasa diploma perguruan
  • Transformasi Ekonomi
  • Last one, teori pembelajaran macam teori humanistik, behavioristik, kognitif dan jugak teori sosial albert bandura tuh.

Memula panel interview macam tegas-tegas gitu sikit. Faham je la kan macamana perempuan tegas. Kalau lelaki tegas tu boleh la nak goda-goda sikit. Hakhakhak! Tapi ni perempuan... Tapi aku dah rasa dah, dia ni okey ni sebenarnya.. Dan last-last sesi tu boleh pulak bergelak tawa dengan kami. Hehe, we like you la Pn. Hajah Aminah.

Dah siap sume tuh, fuhhhhhh... lega giler. Macam baru lepas akad nikah gitu. Haha! Macam la ada pengalaman. Hehe.. Penat giler study tau. Nak habis sebiji buku nota sekolah aku salin nota. Macam esok nak exam final DPLI tapi macam semua paper exam dalam masa 1 hari gitu. Sikit punya stress... 

Mujur segala dokumen yang dia nak, lengkap dan menepati kehendak mereka. Sebab ada sorang kawan aku tadi, tak dapat diintrview sebab ijazah yang bercap mohor tu dia bawa yang English. Dah la yang BM punya tinggal kat KL. Fuhhh, tak dapat nak tolong. Mungkin ada hikmahya pada dia.

Mujur jugak aku 1 kumpulan dengan Kak Kema dan Ida. Mereka tu ex-coursemate DPLI. Sorang lagi candidate dari UiTM Shah Alam. Mereka jugak la saksi aku merapu merepek meraban dalam bilik interview tu. Maklum sajalah, sebarang pergerakan tangan tak dibenarkan semasa bercakap. So macam kena duduk statik giler sampai aku rsa payah giler idea nak flow smoothly. Sebab pergerakan tangan merangsang idea aku untuk mengalir. Cehhh, padahal idea nak menggoreng je. Hehe.. Dan mereka jugak tolong back-up sesama sendiri. 

Contohnya tadi penemuduga tanya tentang Wawasan 2020. Aku dah macam 'Alamak, mampus aku. Tak baca pun tentang tu. Tapi aku dengar Kak Kema sebut tentang modal insan dalam Wawasan 2020 tu. Okeh, ada idea nak menggoreng tentang modal insan tu! So, aku pun belasah je la labuuuu. Tq grupmets... Pastu kan, selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris, cekgu kena la jadi pelopor kan. So kena guna BM standard dan English standard. Maka, adalah susah nak explain benda yang kita belajar in English dengan menggunakan BM. Aku rasa, ayat aku tadi tu, tak tahu la mereka faham ke tak. Ntah apa-apa.

Takpe la, benda dah lepas. Usaha pun dah. Kita bertawakal je lah.

tq kepada semua yang mendoakan kejayaan aku. Allah je boleh balas semua tu.

Monday, November 21, 2011

Tomorrow is the day

Aku akan menulis dalam bentuk point secara random hari ni. 

  1. Persediaan dokumen dan lengkap, insyaALLAH
  2. Persediaan minda belum lengkap lagi. Malam ni kena berjuang habisan sebelum tidur untuk menyumbat segala maklumat tentang pendidikan dan dasar-dasar kerajaan. 
  3. Baju, kasut, tudung, nametag, socks dan ready. Cuma masih berfikir pilihan yag terbaik antara dua baju. Polka dot or songket india? Both baju kurung. But wondering about plain instant tudung or Yuna style.... Hmmm, anyone?
  4. Rupanya ramai orang yang sayangkan aku. Heheh.. Tadi future PIL called. Menawarkan diri untuk menghantar aku ke tempat interview pagi esok sebab abah menghadiri mesyuarat Guru Besar di Langkawi. Dan dia bimbang aku kena drive sendiri ke Batu Rakit, Terengganu. About 1 and half hour jugak. Lagipun ada jalan yang sudah ditenggelami banjir. Hmmm, tapi tak nak la susahkan future PIL... Apapun, terima kasih, ayah... 
  5. Asenya gi dengan kak long kot. Overnite 1 malam di rumah granny di Setiu. Kena pergi awal sebab nak usha jalan.. Harap-harap takde jalan ditutup sebab banjir. Amin.... 
  6. Hati rasa sedikit lega baca post dalam group DPLI di FB dari seorang hamba ALLAH. dia kata maklumat dari seorang pegawai SPP yang dia jumpa; "Get well prepared about the technical thingy sbb biasanya candidates digagalkan dari segi itu." Hmm, semoga dipermudahkan.... Technical thingy merujuk kepada dokumen yang perlu dibawa dan jugak dari segi pemakaian.
  7. Tak sempat ke makam umi sebelum bertolak petang nanti. Sebab hujan tak berhenti dari semalam. Apapun, aku tahu umi sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anaknya dari alam sana... Umi, love n miss you so much. Rindu nak peluk cium umi. Rindu nak mengadu macam-macam kat umi. Ya ALLAH, tempatkan umiku di kalangan penghuni syurga kerana itulah tempat yang selayaknya bagi umi. Amin.... 
  8. Semoga perjalan ke tempat interview dan urusan interview berjalan lancar. Amin.

Sunday, November 20, 2011

Kebabooommmmm!

Lusa dah interview. Pfffttt... dalam hati tak tau dah ada apa. Bukan takat ada rama-rama, bukan takat ada taman bunga....

Study tajuk tu, teringat tajuk ni tak study lagi...
Study tajuk ni, teringat tajuk yang kawan-kawan baru update dalam grup FB pulak.
Ehhh, nota Sains Pertanian pun tak sentuh lagi... 
Adesss...
Padah suka study last minutes~

Hati macam berdebar-debar sikit. Ntah..

Hmmm, hari 20 11 2011 kan...

Hari ni lelaki kecintaan aku dah selamat pun berkahwin....

Selamat Pengantin Baru ZA dan Sheera (Takkkk... aku tak cemburu)



Dan jugak buat Nieja dan Hubby. Maaf tak dapat datang. Ada aral melintang. InsyaALLAH kalau berkesempatan nanti kita berjumpa di lain hari. Mana la tahu kan kalau nanti akan dijemput ke rumah I untuk menikmati lontong. Hehe.. InsyaALLAH.

Nieja n Akim

Semoga sentiasa diberkati ALLAH di dunia dan di akhirat ya...


Hmmm, dah tengok dalam website MOE. Dah tau dah bila cuti sekolah tahun depan. Motip belum ngajar tapi dah sibuk usha tarikh cuti sekolah? Hehe.. 
Cuti Penggal Persekolahan 2012 bagi negeri Kelantan dan Terengganu

1. 9/3 - 17/3
2. 25/5 - 9/6
3. 17/8 - 25/8
4. 11/12 - 31/12


Cuba la teka....


Hmmmm, btw... Kebabooom tu bunyi otak aku nak meletup. Sekian.

Thursday, November 17, 2011

Mi goreng blackpepper

Tadi lepas isyak, pandai-pandai bawak diri sebab My Prince nak tengok bola. So sebarang sms takkan dilayan... Dasarrrrr lelaki... Huhu.. 

Terpaksa la aku paksa-paksa diri hadap laptop. Kononnya nak study. Sekali ter'multitasking' plak... Terblogwalking, sambil khatamkan blog TheOtherKhairul.... Sumpah best....

Pastu terlintas nak makan mi goreng blackpepper. Teringin je. Tak pernah masak pun. And tak pernah jumpa pun orang masak mi kuning goreng dengan blackpepper. Try google resepi pun macam tak jumpa. Errrr, aku lupa nak google guna nama melayu blackpepper. Patut la tak jumpa. Tapi sebab mi dah masak, malas nak google lagik. So, marilah kita mencampakkan bahan sesuka hati kita dalam kuali. Aku masak ikut apa yang ada dalam peti je. Yang pasti kena ada hero (blackpepper) and heroin (mi kuning). Jadik aje.. InsyaALLAH.

Asik pinggan ni je kan yang aku ni.. Dah pinggan ni fav aku, nak wat cane.. hehe..




Mi goreng Blackpepper

Bahan

  • Mi kuning sebungkus
  • Kubis dipotong halus
  • 8 biji chicken balls dihiris 
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu kecil cili giling
  • blackpepper - grounded
  • blackpepper sauce
  • sesudu kecil Secukup Rasa
  • garam sikit je
  • gula
  • kicap manis
  • dash of whitepepper


Cara

  1. Mi dibasuh dan direndam 15 minit. Pastu toskan.
  2. Tumis bawang merah dan putih yang ditumbuk. Masukkan serbuk plackpepper.  Bila bawang dah garing, masukkan cili giling, tumis hingga cili garing.
  3. Masukkan chicken balls, kacau sebati. 
  4. Masukkan blackpepper sauce dan kicap. Kacau rata. 
  5. Masukkan garam, gula, Secukup Rasa. Pastu masukkan kubis. 
  6. Bila kubis sedikit layu, masukkan mi dan gaul rata. 
  7. Masak 4 minit, matikan api.



Fuhhh, hot kejap dada lepas makan. Punya la pedas. Pedas blackpepperkan makan dalam gitu. Hehehe.

Cane nak kurus nihhh, asal terlintas je, gi dapur carik bahan, masak. Huhu.. Harap la cepat posting. Interview selasa ni, tapi suku tajuk pun tak habis lagi. Errrr, ase cam cuak je..

I am firework!

Firework lyrics
Songwriters: Dean, Esther; Eriksen, Mikkel; Hermansen, Tor Erik; Perry, Katy; Wilhelm, Sandy Julien;

Do you ever feel like a plastic bag
Drifting through the wind, wanting to start again?
Do you ever feel, feel so paper thin
Like a house of cards, one blow from caving in?

Do you ever feel already buried deep?
Six feet under screams but no one seems to hear a thing
Do you know that there's still a chance for you
'Cause there's a spark in you?

You just gotta ignite the light and let it shine
Just own the night like the 4th of July

'Cause baby, you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

You don't have to feel like a waste of space
You're original, cannot be replaced
If you only knew what the future holds
After a hurricane comes a rainbow

Maybe you're reason why all the doors are closed
So you could open one that leads you to the perfect road
Like a lightning bolt, your heart will blow
And when it's time, you'll know

You just gotta ignite the light and let it shine
Just own the night like the 4th of July

'Cause baby you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
It's always been inside of you, you, you
And now it's time to let it through

'Cause baby you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon


[ From : http://www.elyrics.net/read/k/katy-perry-lyrics/firework-lyrics.html ]

Tuesday, November 15, 2011

Rindu

Hello girlfriends!!!!!

Pernah tak bila korang dalam tempoh berbendera jepun, tetiba rasa rindu sangat nak solat n baca Quran????

Hmmmm..... :-(


Rindunya ketenangan hati di saat itu...

Monday, November 14, 2011

Good to be a student again...

Hmm, bagus jugak SPP buat interview dulu sebelum posting. 

Pertama; kita akan punyai waktu study yang secukupnya sebab belum terikat dengan tugas sebagai seorang guru baru yang sudah pasti bertimbun-timbun in order to make the new teacher sebati dengan dunia perguruan walaupun boleh jugak diklasifikasikan sebagai buli manja-manja. Hehe... 

Kedua; dapat gali semula mood-mood mengajar yang berkeliaran entah ke mana dalam masa 6 bulan pengangguran ni. Hehe.. Elok-elok cintakan dunia guru sepanjang berpraktikum di Bukit Naning, terus hilang entah ke mana. So, kira ok la kan bila dah carik balik nota lama, study balik. Rasa la jugak aura-aura seorang guru tu. Hehe.. 




Sebenarnya kannnn.. ....

Hoiiihhh, penatnya berdiri 1 jam setengah nak siapkan sekilo gandum untuk buat roti jala. Then my granny suruh tambah sekilo lagi. Tambah sekilo lagi bermakna tambah sejam setengah lagi masa berdiri. Huhu.. Baru je mood study nak datang, terganggu gugat dengan tugas kat dapur lak. Cehhh... 

Sunday, November 13, 2011

25 with neither hubby nor kids

Ha ha ha! Siyes tajuk pathetic giler.

Takde la, aku xde la desperate sangat nak kahwin pun. Tapi semalam, sms happy bestday wishes dekat kawan baik aku, dia gelak-gelak balas sms aku dengan; 

"Hehe, tenkiu2... 26 with 2 kids. hikhik... alhamdulillah.."

Wuhuuuu, sentap ati mak. Aku ni, apa yang ada? 25 with neither hubby nor kids.  Hehe.. Bertuah kawan aku, anak sulung dapat twins. Takpe, aku tumpang bahagia.... 

Tade hal punnnn... 


Walaupun aku dah dapat berderet-deret kad kahwin untuk musim cuti sekolah ni...

  1. Ellen          11.11.2011
  2. Piqa          19.11.2011
  3. Nieja         20.11.2011
  4. Boy           24.11.2011
  5. Kery         17.12.2011
  6. Maziana    17.12.2011

Sebab aku tahu... 

Pemujuk hati. Hakhakhak!

Saturday, November 12, 2011

بَارَكَ اللهُ لَكَ، وبَارَكَ عَلَيْكَ، وجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Maaf terlewat... Semalam, 11/11/11 salah seorang sahabat baik aku telah selamat bertukar status dari Cik kepada Puan... 

* * * * *

Maaf tak berkesempatan untuk menghadiri majlis akad dan sanding engkau Lin... Raub jauh sangat. Mr. Driver pun dah start kerja. And aku amat diperlukan di rumah. Ye, aku tahu, kau fahamkan Lin... 

Apapun, semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH buat Lin dan pasangan. 

Azlin dan Azila

Lin, aku tak pasti nama Azila, betulkan macam tu???? Gambar adalah diciplak dari blog kau sendiri. Hehe...

Hmmmm, sedih wehhh kau dah jadi bini orang. Dah tak boleh nak berpoya-poya masa zaman muda remaja dulu....  Agaknya orang cantik-cantik ni memang sampai jodoh awal, kan... Aku yang hudus ni, bila laaaa..... Huhu!

Apapun aku doakan kau bahagia dunia akhirat. Sentiasa dalam rahmat ALLAH. InsyaALLAH, aku akan menghadiri majlis resepsi di Besut nanti. Lambat sangat la weh nak tunggu Mac... Harap-harap aku dapat menghadiri resepsi di Besut bersama suami. Hakhakhak, gatai... Hehe..

Lin dan Azila  بَارَكَ اللهُ لَكَ، وبَارَكَ عَلَيْكَ، وجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Friendship forever ya..

Sweet n Sour Lemon Cake

Sweet n Sour Lemon Cake

 
Malam tadi sebelum tidur, aku asik dok google resepi kek lemon. Adik bingsu dari semalam dok suruh aku baking. Tapi tekak orang tengah berbendera jepun ni pelik sikit. Rasa nak makan kek yang masam manis.. Boleee??? Heheh.. Pastu kebanyakan resepi kek lemon yang aku jumpa tak masukkan jus lemon pun dalam  tu. Pastu guna mentega. Aku nak kek yang guna minyak jagung je. Hehe... 


So, marilah kita menderhaka resipi.  Haha!

Ok, ni resipi kek aku:

Bahan:

3/4 cawan minyak
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan susu cair
2 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
 sedikit garam
lemon zest dari sebiji lemon
jus lemon dari 1/2 biji lemon
vanilla esen
sedikit kismis hitam

Cara:

  1. Campurkan minyak, susu cair, gula dan telur. Kacau rata.
  2. Masukkan jus lemon dan vanilla esen. Kacau lagi.
  3. Masukkan tepung dan garam, kacau sebati. 
  4. Bakar dalam oven bersuhu 175dc hingga masak. 


Kek ni bersaiz kecik je.Sebenarnya ni resepi muffin kan, tapi aku takde acuan muffin, so jadi la sebiji muffin bersaiz monster. Hehe..Antara bahan yang aku alter dari resipi sebenar adalah resepi asal guna 4 biji telur, aku guna 2 biji telur dan tambah 1/2 cawan susu cair. Pastu dia guna 1 cwn mentega yang dicairkan, aku guna minyak masak.

Tapi sedap tau.... Masam manis manja-manja je. Tak manis sangat pun. Tak masam sangat. Just nice to my tastebuds. Masa tengah bakar tu, sumpah mencabar iman sebab wangi je bau vanilla dan lemon tu. Nak tido pun tak lena tau mengingatkan kek yang tengah disejukkan atas redai. 

Dan hasilnya pagi tadi aku bersarapan kek lemon sweet n sour tu. 

Dan petangnya pun, kek masih lembut. 

Next time kena buat lagi la. Sedapppppp sangat. Cuba korang buat, confirm jatuh cinta. Yang penting kacau dengan sudu je, tak payah pakai mixer. Hehe.. Sesuai untuk orang malas macam aku. Hehehe.

Friday, November 11, 2011

Miss her a lot...

Lirik Lagu ST12 Saat Terakhir Lyrics

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku bayangkan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
begitu sulit ku bayangkan
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku
repeat **

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup


Miss umi so much....
Tak sangka, it has been 80 days without her.... 

al-Fatihah, umi.... Semoga sentiasa dalam rahmatNya...

Thursday, November 10, 2011

Now, i'm presenting the...... 'Rojak Ayam'!!!!

Ye, aku tak reti plating the food.. (ye ye o je guna term Masterchef)


Alhamdulillah, berkat carian maklumat dalam blog masakan dan juga merujuk kepada ibu saudara, berjaya jugak aku masak kuah kacang dan jugak sate ayam.

Untuk rujukan aku jugak, aku nak letak resipi kat sini. 
Rojak Ayam @ Mamak @ Keling. 

Kuah Kacang

1/2kg kacang disangai hingga masak, di buang kulit. Separuh dimesin halus, separuh lagi di mesin kasar.
1 bj bawang besar *
3 bj bawang merah *
3,4 biji bawang putih *
6 inci halia *
5 btg serai *
4 sudu cili kisar
3 sudu asam jawa diramas dengan secawan air
1 ketul nissan/gula melaka sebesar tapak tangan 
garam
gula (banyak)
2 batang serai diketuk

  1. Mesin bahan bertanda *. Bahagi dua bekas. 1 bekas untuk kuah dan 1 lagi untuk perap ayam.
  2. Tumis bahan yang telah dimesin hingga garing, masukkan cili kisar dan serai, tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kacang dan air.
  4. Masak dengan api perlahan dalam tempoh yang lama hingga pecah minyak. 
  5. Masukkan garam, gula, nissan dan air asam jawa. 
  6. Tambah air jika perlu. (Aku tambah banyak kali sebab nak masak lama)

Sate Ayam
Bahan kisar dari lebihan kuah tadi
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam
gula
madu

  1. Perapkan ayam, dan bakar.


Makan bersama dengan mi kuning, tauhu goreng, daun salad, hirisan cili, fishcake, chicken ball dan cucur tepung.

Pertemuan yang akan diduga...

Aku rasa aku kena setting dateline kot untuk persediaan pertemuan yang bakal diduga nanti. Ohhh, interview... Tak sukanya aku nak study.... Tapi sebenarnya, ok jugak kena study sebelum mula mengajar. Takde la otak beku sangat. Takde la dia terkejut sangat kalau tetiba kena hadap nota-nota sekolah menengah, tugasan pelajar dan jugak perangai pelajar..  Harap-harap students aku nanti baik-baik aje macam students di Bukit Naning.. .

Ok, tarikh interview nanti adalah 22 November. Tinggal lagi 12 hari. Ehhhh, dah tak sampai 2 minggu???? 


Part I - 10 Nov 2011
  1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (aplikasi dalam p&p)
  2. Kurikulum (elemen dan aplikasi)
  3. Kokurikulum
  4. Teori pengajaran (teori berpusatkan pelajar)
  5. Isu semasa penggunaan ICT dan amalan membaca yang semakin berkurangan
  6. NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia
  7. Maksud motto, visi dan misi
  8. Teknologi hijau
  9. Rukun Negara
  10. PIPP
  11. Taksonomi Bloom
  12. Pelajar berketrampilan
  13. JERI (aplikasi dan implikasi)
  14. Kepentingan Bahan Bantu Mengajar
  15. Sistem pendidikan yang utamakan sistem peperiksaan
  16. LINUS
  17. 16 nilai dalam FPK
  18. Teori pengajaran
  19. PIBG
  20. Struktur pentadbiran
  21. Nama pengarah pendidikan negeri2
  22. Wawasan 2020
  23. Dasar 1 Malaysia
  24. Sekolah Berprestasi Tinggi
  25. MBMMBI
  26. 1 Sukan 1 Murid
  27. Modal Insan
  28. KSSR
  29. Integriti
  30. RP & refleksi
  31. Tonggak 12
  32. Novel interlok
  33. Domain (afektif, psikomotor, kognitif)
  34. Latest issues
Part II - 17 Nov 2011
- Micro teaching
- Nota Sains Pertanian
- Nota Dr. Ramlah

Part III - 19 Nov 2011
- Preparation documents to be brought to the interview




Wednesday, November 9, 2011

Again...

Hmm, bakal imam (insyaALLAH) aku dah bertolak balik ke Nilai.... Entah bila boleh jumpa lagi...Katanya raya cina.,..

4 hari je dia kat hometown. 3 kali je dapat jumpa.... Ase macam tak terubat rasa rindu yang terkumpul sepanjang tak bertemu. Hoiiiih, asal sayu pilu sudu garfu sangat ayat ni??? Hehe.. 


"Anyone can make you happy by doing something special, But only someone can make you happy without doing anything. AND, he is that someone..
 
 
Dahhhh, esok kena sambug study lagi.. Alhamdulillah, surat interview dah sampai. Sekarang tunggu transkrip je lagi... 

Hmmm, esok plan nak masak rojak ayam. Cubaan pertama tuuuuu... Kalau berjaya, aku up entry. Kalau takde pape perkembangan, diam-diam je sudahhhh.... Jangan buat-buat tanya. Hehehe..

Magis!

Tetiba pagi ni, lepas siapkan adik-adik ke sekolah, aku menghadap laptop, google tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan.... 

Kira ok la tu kan... Dah ada mood nak mula recall balik ilmu pendidikan yang dah pernah belajar.

KIta kayuh pelan-pelan.... 

Tinggal lagi 13 hari untuk menghadiri temuduga... 

List tajuk yang kawan-kawan suggest berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang lepas, ada lebih dari 30. Huhuhu! Tu tak masuk lagi kena belek balik nota Sains Pertanian yang tebalnya 3,4 inci tuhhhh....

Segala mak nenek domain kognitif, psikomotor dan afektif tu pun kena hafal. Tu tak masuk Taksonomi Bloom lagi.... Lagi haru kena prepare kot-kot kena buat micro-teaching masa interview nanti... Aduhhh, mana nota Dr. Ramlah nihhhh????

Nasib baik dah disegarkan angin malas semalam... Kuikuikui~

Dahhhh, takleh blogging lama-lama. Nak study tentang FPK hari ni... 

Sedikit perkongsian, FPK ni kira macam core dunia pendidikan la. Untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. So, sebelum cekgu nak jadikan student seimbang JERI, cekgu kena seimbangkan JERI cekgu dulu... Ingat tu, tuan blog. Heheh... Bunyi macam mudahkan, nak lahirkan insan yang seimbang JERI???? Tapi, once kau dah masuk dunia pendidikan, hadapi kerenah pelajar zaman sekarang, cukup tercabar iman dan kesabaran seorang cekgu tau!!!! Terutama pelajar sekolah menengah yang baru nak kenal dunia kebebasan. Orang luar yang tak pernah berurusan dengan pelajar-pelajar zaman sekarang ni, senang hati je tuduh cekgu macam-macam. Wahhh, tetiba emo. Hehe.. 

Hmmm, aku sebenarnya tengah tunggu orang yang jemput aku untuk keluar gi jogging pagi ni, ni... Tapi aku rasa dia dah selamat jogging atas katil dalam mimpi rasanya.... Huhh, tak menyapot aku langsung... Cane nak kurus nihhh????

Meh nak kongsi tips!

Okeh, nih nak kongsi tips mengepaw selipar baru...  Hakhakhak!

Bila nak keluar shopping dengan yang tersayang, kau pakai heels yang tinggi 3, 4 inci... Pastu dah habis berjalan floor yang pertama, merungut kaki sakit banyak-banyak kali. Nescaya tukang bawak kau keluar shopping tu akan cepat-cepat carik kedai kasut supaya kau dapat tukar kepada selipar yang lebih selesa sebab shopping list dia pun tak sentuh lagi. So, harus la lepas ni baru gagah nak berjalan carik barang untuk dia, kan? Haha.... 

Inilah hasilnya.. Sepasang wedges yang dia sendiri pilihkan untuk menutup mulut si tunang. Haha!

Hmm, sebenarnya lega lepas dapat keluar shopping. Dah lama giler tak shopping. Shopping kan adalah terapi yang paling best bagi perempuan. Hehe.. Tapi aku baik okehhh... Aku bukan shopping untuk diri sendiri je. Shopping untuk orang lain lagi best.... Rasa kepuasan dia tu, macam kita masak untuk orang then makanan tu semua habis licin.... Sumpah puassssss!

Tadi pun sempat jugak beli wedges untuk Kak Long, cincin untuk 'Aleya, and untuk meneman setia .ak.a the only one nephew, 6 jenis lori mainan apatah.. Aku tak tahu nama. Pastu belikan dia buku even dia baru 3 tahun. 

Pastu untuk Iman, adik aku yang sambut birthday ke 11 hari ni, aku belikan kek Secret Recipe... Choc Indulgence. Aku dah selamat bantai Oreo Cheesecake dalam kereta. 1st time cuba kek lain selain White Choc Macadamia sebab kek tu habis tadi. Hmmm, sedap jugakkkk... 

Happy Birthday Faris Iman, be a good insan. Ok????
Penat aku hambat budak ni sebab kali ni bawak dia keluar tak letak dalam troli...

Tengok, nak amek gambo pun kena pegang kepala tak nak bagi dia buas-buas....

Suka dapat gula-gula

Alhamdulillah....
Tak sampai lima minit...  Hancus... Dah la gula-gula mahal. Tapi tak sedap pun.


Oreo Cheesecake, urghhhh! Heaven. (Gigih amek gambo cenggini dalam keta sampaikan kamera tercium ciskek)

Kami sampai di KB Mall dekat pukul satu jugak. Aku lak tak sempat breakfast kat rumah. Sempat telan vitamin C je sebijik. Haruslah lapar gilerrr... Dannnnn, time aku lapar, tolong jangan sentap-sentapkan hati haku. Tapi ada jugakkkk yang nak carik pasal... 

Hmm, aku memang niat nak makan pizza. Tapi manusia ramai giler kt KB Mall tadi. Semua restoran kot penuh. Memula, waiter Pizza Hut tu suruh kami tunggu jap kat sofa menunggu sebab xde meja kosong. Pastu dah lama tunggu, aku pun suruh la My Prince gi tanya sekali lagi. Pastu dia kata, tak de meja lagi, pilih la menu dulu. Belum sempat aku bukak buku menu, tetiba ada sepasang suami isteri dengan sorang anak dia nak masuk dine-in kat Pizza Hut tu, then kakak tadi tu terus je tunjukkan meja. Aku like, "Ehhh, nape orang tu ada meja kosong pulak???"

Boleh pulak si waitress tu jawab, "Oooo, diakan dah lama tunggu."

Padahal dah sah-sah aku yang datang dulu, kena tunggu lama pulak tu. Dah la dia jugak yang suruh pilih menu dulu. Ko nampak aku ni tiang letrik ke hapeeee???? 

Terus la aku jawab, "Ehh, kami yang datang dulu. Akak jugak yang cakap pilih menu dulu sebab takde meja."

Boleh pulak dia jawab, "Mana saya tahu, awak tak cakap pun nak makan kat sini."

Hoihhh, ini sudah over limit dah ni. Kalau aku nak take away, buat apa ko cakap kat aku tadi, "Meja takde, pilih menu dulu ya." 

Terus tarik My Prince. "Dahhhh, tak yah makan. Dah kenyang." 

Nasib aku bukan kanibal. Kalau tak kenyang aku makan akak tu dengan baby dalam perut dia tuhhhh. Boleh tak kau cakap elok-elok sikit. Dah la dia yang bertugas ala-ala front desk gitu... 

Kecikkk je aku tengok akak tu.. 

My Prince yang berhati suci mulia tu pun boleh rasa nak marah. Apatah lagi aku yang kaki sentap nihhhh. 
Lama jugak la aku nak nak sejukkan hati nih. Pastu My Prince pujuk-pujuk la konon. 

"Kita makan kat Chicken Rice Shop dulu ya. Alas perut. Nanti balik kang, kita take away pizza."

Hamboihhh yangggg! Makan nasik ayam tu bukan kira alas perut tuuuu. Tu dah kira alas lemak supaya berlapis-lapis dah tu... 

Ok, jom makan nasik ayam. Pizza Hut for take-away??? Tak hengeeennn!

So, order 2 pinggan, makan 3 orang. Alhamdulillah. Kenyang.. Kesian anak sedara aku... Lapar nasik rupanya. Tak sempat aku suap ke mulut aku nasik, dia dah mintak nak lagi. Pastu gilir-gilir la dengan My Prince suapkan dia. Kira macam portion nasik untuk dia tu, sama dengan portion aku and My Prince. Banyak giler dia makan... Ye la, dah dekat pukul 2.

Dahh, esok nak keluar jogging!

Boleee????