.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, November 7, 2011

Aidiladha yang terlewat....

Salam Aidiladha... Ye, aku tahu dah lewat sehari. SMS dari kawan-kawan yang wish Selamat Hari Raha Aidiladha pun aku tak sempat balas. Jangan ingat aku lupa korang, ingatttt.... Tapi tak cukup tangan nak balas mesej... 

Salam Aidiladha jugak buat korang.

Malam raya tu, aku tidur pukul 4 pagi dan bila abah kejut bangun subuh pukul 6.30 pagi, memang kepala agak tingtong. Mata macam kena lekat dengan gam UHU... Dah jadik camtu, tak kuasa aku nak carik kat mana aku letak handset...

Bukan buat apa pun, bakar puding roti yang akan dihidangkan bersama vanilla sauce dan jugak kek karamel je. Pastu bersihkan dan potong ayam, udang dan sotong untuk mi kari. Kerang adalah takde. Tapi nasib baik rasa tetap sedapppp... Meh nak share cara umi buat mi kari.  Untuk mi dan sayuran, umi tak celur sampai overcooked camtu. Tapi umi bersihkan mi dan sayuran segala. Biasanya guna sawi, kubis dan tauge. Pastu tumis bawang besar mayang dalam kuali nonstick besar. Pastu masukkan sayuran hingga layu sikit. Pastu masukkan mi, dan kacau rata. Tu je.. Tukang kari bukan aku. Kakak aku. Pastu ter-pause jap pukul 1-2 pagi sebab tengok siaran ulangan Masterchef sebab tertinggal scene Zery kena marah. Huhu.. 

Untuk kek karamel, aku ikut resepi Kak Azlita dari http://fromintankitchen.blogspot.com. Alhamdulillah, menjadi. Tapi menderhaka jugak sebab untuk adunan puding tu aku tambah lagi 2 whole eggs.

Sayf Habib Darwisy

Blacky and whitey... Tema baju aku laaa.. Bukan warna kulit. Heheh..

Sepupu sapa yang hensem sangat nehhh?>>

Cubaan men'diva'kan sepupu adalah tak berjaya. Haha!

Polka dot theme (Abaikan saiz aku yang macam mengandung 5 bulan tuhhh)

Caramel cake. Kira lulus la kannn????

Puding roti served with vanilla white sauce
Resepi Puding Roti

Bahan
18 keping roti
2 sudu mentega
3/4 cawan gula perang 
i tin susu cair
1/2 cawan air
4 biji telur
esen vanilla
jem/choc spread/peanut butter

Cara
1. Lenserkan baking pan dengan mentega
2. Sapu jem/peanut butter/choc spread pada roti dan gulung, susun dalam baking pan.
3. Pukul mentega dengan gula perang hingga gebu, masukkan telur. Kacau rata, masukkan susu, air dan vanilla esen. 
4. Curahkan ke dalam baking pan. Biar seketika sehingga susu meresap masuk ke dalam roti. Masukkan lagi baki adunan jika ada. 
5. Taburkan raisins.
6. Bakar pada suhu 160 darjah celsius hingga masak. 

Vanilla White Sauce

Bahan
800ml susu segar
200ml air
Gula perang + gula pasir mengikut taste masing2, tapi aku buat manis manja2 je. 
Vanilla esen
3 sudu tepung jagung

Cara
Masak hingga pekat.




No comments: