Tuesday, November 22, 2011

Aku dahhhh, anda bila lagi?

With UPM, DPLIans...

Groupmates masa interview (mereka saksi aku merapu...)

Pfffttttt.... Eh, alhamdulillah. Pukul 10.00 pagi aku telah selamat ditemuduga. 

Terima kasih kepada pembaca doa selamat di pagi hening. 

Aku bermalam di rumah granny di Setiu. Dah la malam tak dapat tidur. Mungkin beralih tempat atau beralih bantal. Hujan dan guruh tak henti-henti. Dan aku pulak takut nak tengok jam sebab takut lagi stress sebab tak tidur-tidur lagi. Dah la tidur pun macam kejap-kejap terjaga. Cuak kot. 

Pastu bangun pukul 5.45 pagi. Termenung jap dalam bilik mandi. Sambil menyeru-nyeru semangat diri untuk memberanikan diri menyiram badan dengan AIR TELAGA yang sejuk super saiya punya tuh. Dah la hujan tak berenti-renti dari siang lagi. Fuhhhh, satu penyeksaan diri yang amat dasyat. Tapi jangan tuduh melulu, aku mandi la wehhhh.. Siap bersabun bagai la... 

Bertolak pukul 7 pagi dan sampai pukul 7.35 pagi di IPG Dato' Razali Ismail. Fuhh, lega. Pastu upacara update info bermula. Best jumpa kawan-kawan DPLI. Semua baik-baik saje. Adik-adik IPG pun baik juga. Comel pulak tu. Heheh...

Pukul 8.00 kot baru interviewers datang. 2 lelaki dan 1 perempuan. Lepas je mereka panggil untuk check sijil-sijil dan dokumen semua, pukul 9 kot kami dipanggil masa. Panel penemuduga adalah perempuan. Fuhh, scary. 

Soalan pertama; "Kamu semua ni datang ke temuduga untuk apa hari ni, ni?"

Fuhhh, semua 4 orang calon tergagap-gagap menjawab sambil recall-recal tajuk surat. Salah pulak tu. Padahal sebelum masuk bilik tu dah pakat hafal dah. Hahaha! Soklan sikit punya maut nak membunuh. Hehe.. Alah, soklan nak panaskan enjin. 1st group la katakan... Pastu baru masuk ke soalan-soalan mencabar minda semua tu. Macam biasa la, seperti yang dijangka; 

  • NKEA
  • FPK
  • Modal insan
  • penerangan tentang latar belakang akademik dan kaitan dengan kursus semasa diploma perguruan
  • Transformasi Ekonomi
  • Last one, teori pembelajaran macam teori humanistik, behavioristik, kognitif dan jugak teori sosial albert bandura tuh.

Memula panel interview macam tegas-tegas gitu sikit. Faham je la kan macamana perempuan tegas. Kalau lelaki tegas tu boleh la nak goda-goda sikit. Hakhakhak! Tapi ni perempuan... Tapi aku dah rasa dah, dia ni okey ni sebenarnya.. Dan last-last sesi tu boleh pulak bergelak tawa dengan kami. Hehe, we like you la Pn. Hajah Aminah.

Dah siap sume tuh, fuhhhhhh... lega giler. Macam baru lepas akad nikah gitu. Haha! Macam la ada pengalaman. Hehe.. Penat giler study tau. Nak habis sebiji buku nota sekolah aku salin nota. Macam esok nak exam final DPLI tapi macam semua paper exam dalam masa 1 hari gitu. Sikit punya stress... 

Mujur segala dokumen yang dia nak, lengkap dan menepati kehendak mereka. Sebab ada sorang kawan aku tadi, tak dapat diintrview sebab ijazah yang bercap mohor tu dia bawa yang English. Dah la yang BM punya tinggal kat KL. Fuhhh, tak dapat nak tolong. Mungkin ada hikmahya pada dia.

Mujur jugak aku 1 kumpulan dengan Kak Kema dan Ida. Mereka tu ex-coursemate DPLI. Sorang lagi candidate dari UiTM Shah Alam. Mereka jugak la saksi aku merapu merepek meraban dalam bilik interview tu. Maklum sajalah, sebarang pergerakan tangan tak dibenarkan semasa bercakap. So macam kena duduk statik giler sampai aku rsa payah giler idea nak flow smoothly. Sebab pergerakan tangan merangsang idea aku untuk mengalir. Cehhh, padahal idea nak menggoreng je. Hehe.. Dan mereka jugak tolong back-up sesama sendiri. 

Contohnya tadi penemuduga tanya tentang Wawasan 2020. Aku dah macam 'Alamak, mampus aku. Tak baca pun tentang tu. Tapi aku dengar Kak Kema sebut tentang modal insan dalam Wawasan 2020 tu. Okeh, ada idea nak menggoreng tentang modal insan tu! So, aku pun belasah je la labuuuu. Tq grupmets... Pastu kan, selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris, cekgu kena la jadi pelopor kan. So kena guna BM standard dan English standard. Maka, adalah susah nak explain benda yang kita belajar in English dengan menggunakan BM. Aku rasa, ayat aku tadi tu, tak tahu la mereka faham ke tak. Ntah apa-apa.

Takpe la, benda dah lepas. Usaha pun dah. Kita bertawakal je lah.

tq kepada semua yang mendoakan kejayaan aku. Allah je boleh balas semua tu.

No comments: