Wednesday, November 2, 2011

Caramel cake 2nd try....

Ok, meh sini aku nak confess. Hakhakhak! Sebenarnya aku wat kek karamel rujuk resepi Tastebud adalah failed. Haha! Indah khabar dari rupa. Aishhh, aku tak condemn resepi okey. Mungkin tangan aku ni yang tak berapa nak sejuk. Makanya, aku terus buat bedah siasat. Failed tak failed, kek adalah licheeeennnn. Adik-adik aku tu, kalau hasil eksperimen aku, tolak batu dengan kayu je. Telan aje..... 

Setelah dipost-mortem, ada beberapa kesimpulan yang telah aku buat hasil dari perbandingan antara resepi Tastebud dan jugak resepi Kak Ita. Menurut pemerhatian aku, resepi Tastebud adalah versi separuh adunan resepi Kak Ita. Tapi ada jugak la bahan-bahan lain yang tak sama sikit amountnya.  So, aku pun buat la nota;

  1. Untuk puding karamel tu, kalau ikut resepi Kak Ita, dia guna setengah tin je susu cair which is bersamaan plus minus 200ml, tp dlm resepi Tastebud, dia guna 400ml. So, bila kita masukkan 2biji telur ayam, the whole of telur ayam tu dah agak-agak balance la kot dengan amount 3bj kuning telur dari resepi Kak Ita. So, aku yang agak bendul ni patutnya dah terfikir kalau nak guna liquid 400ml patutnya kena guna 4 biji telur la kan. Tapi sebab aku tak fikir panjang dan malas nak menderhaka resepi dipercubaan pertama, maka hasilnya puding karamel yang sepatutnya firm menjadi pekat manja-manja ala kuah puding koktel yang kita letak kastad dalam dia tuhhhh... Ada la juga melekat selapisan nipis kat atas kek, tapi yang cair tu lagi banyak menjadikan kek aku bagaikan pulau yang dikelilingi oleh lautan. Cehhhh, kita kasi sastera sikit... Haha!
  2. Ok, aspek yang kedua, dalam resepi Tastebud dia tak mention saiz baking pan yang perlu digunakan. Manakala dalam resepi Kak Ita, kak ita cakap kena guna baking pas bersaiz 8 inci. Tapi sebab aku nak jugak ikut kepala aku, aku guna baking pan 4 segi yang besar gedabak gitu lalu kek yang terhasil cumalah setengah cm. Sedihhhh! Hehehe...
Maka, malam tadi aku memang takleh nak tidur. Aku pantang sikit dengan kek-kek yang mencabar camni.  Pastu pukul 12.30 malam start 2nd try. 

Marilah menderhaka resepi. 
  1. Susu cair aku kurangkan kpd 350ml.
  2. Air untuk kek aku tambah kepada 67ml instead of 20ml.
  3. Baking pan aku guna yang kecik sikit.... 
Tapiiiiiiiiiiiiiii, bangun je pagi tadi, lepas subuh tak tuju iron board dulu, tp tuju peti sejuk dulu nak checking kek. Dussssh! Kecewa again. Sebabnya, kek dah elok tebal, macam rasa tak rasa je dalam mulut sebab gebu sangat sebab aku tambah Cream of Tartar macam resepi kak Ita. Kira dah berjaya tang lapisan kek tu.

Yang mengecewakan aku again is, puding caramel. Still, banyak yang cair dari yang melekat kat kek. Tapi kali ni, yang melekat lagi tebal la kot. And aku rasa next trial aku nak kurangkan susu kepada 200ml je lahhhh....  

Buat kak Tastebud, maaflah saya dah derhakakan resepi akak... Huhu..

nota kaki: nak guna resepi yang aku letak kat list Chef Picisan tu, gerunnn. 11 biji telur. Kalau tak menjadik, membazir over dose nanti. Tapi aku percaya resepi tu bakal menghasilkan kek yang lulus cemerlang, gemilang, terbilang. Cuma, bagi aku masa untuk buat kek dari resepi kak Tastebud tu sampai berjaya dulu.

4 comments:

3E said...

Dear Miss Polaris...
I tak kesah pun kalau u nak menderhaka resepi I....apa2 pun semangat u untuk terus mencuba tetap kental....all the best ya!

Miss Polaris said...

tq akak... best la akak, masak apa pun sedap... baking apa pun menjadik.. jelesnya... hehe...

Miss Polaris said...

akak xde nak share rhsia baking caramel cake tu keeee???? huhu..

3E said...

Dear Miss Polaris,
I takde apa2 rahsia pun....selalunya just try & error....masa I buat caramel cake tu dlam keadaan yang tak tenang...stress dengan office work...hilang stress bila tengok hasil cake yang sangat cantik...u cuba lagi la...