.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, November 4, 2011

Caramel Cake - Finally.....

Ok, semalam aku buat caramel cake atau nama lainnya custard layer cake walaupun dia tak de guna kastad pun. Hehe...

Dan alhamdulillah, cubaan kali ke tiga ini berjaya. Tu pun setelah aku alter lagi resepi akak Tastebuds. Sorry ye kak... 

Malam tadi aku dah berkira-kira, kalau tak jadi gak memang betul ada orang bomohkan aku tak nak bagi kek caramel tu di'riak-riak'kan oleh aku dalam FB dan jugak dalam blog. Hakhakhak!

Patut la Kak Ita letak tajuk, 'Berakhirlah sumpahan itu' di entry yang mana dia telah berjaya membuat kek karamel ni dengan jayanya setelah berapa banyak percubaan, memang aku terpaksa akur yang kek ni memang killer cake punya la. Aku rasa STPM pun tak susah macam ni. At least SPTM ada sekali je trial exam. Huhuhu..

Dan sebab kek dah berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, meh aku nak tampal bahan bukti kat sini. 

Sebelum masuk oven yang umur dia lagi tua dari aku.... Hehehe....

Adunan yang dibahagi 3
Keratan rentas
   


Sila drooling sekarang!!!! Hehe..


Alhamdulillah, lega.... InsyaALLAH kek ni akan dihidangkan di pagi raya Aidiladha esok lusa dan juga bakal jadi buah tangan untuk future PIL... Sebab tu la aku gigih mencuba sampai berjaya tu. Sebab dah janji dengan My Prince.....

Ok, kali ni aku pilih warna cream yang ori tu, oren and coklat. Macam cantik sikit gabungan warna dia berbanding warna dari percubaan pertama dan kedua, kannnn? Agaknya kombinasi warna cream, oren dan hijau tak berapa rasi kotttt.. Tu yang kek aku tak jadik tu, kannnn? Hehe...

Punya la cekal aku buat kek ni sampaikan masa buat kek ni malam tadi, dah tak tengok resepi dah. Sume dah lekat kat kepala dahhhh. Hehe..

Ok, ni resepi yang aku dah derhaka-derhakakan 2x tuhhhh.

Caramel Cake

Sebelum mulakan kerja, masukkan air  ke dalam dulang dan masukkan dalam oven. Sebab kek akan dibakar menggunakan kaedah 'water bath'. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius. 

1. Karamel

60 gm gula

- Panaskan gula hingga menjadi perang menggunakan api perlahan dalam baking pan yang akan digunakan untuk membakar kek nanti. Ratakan dan biarkan ia menjadi keras. Put aside.

2. Puding

3 biji telur
200ml susu cair
35gm gula
esen vanilla

- Campur semua bahan, kacau perlahan-lahan dan tapis ke dalam baking pan/loyang yang berisi gula hangus tadi.

3. Kek span

70gm tepung naik sendiri
60gm gula halus (Bahagikan ke dua bekas - 30gm)
2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
20ml minyak masak
70ml air
esen vanilla
1/2 sudu teh cream of tartar

Part 1
- Campurkan kuning telur, minyak dan air, pukul hingga putih. 
- Masukkan gula 30gm dan pukul hingga naik sekali ganda. 
- Campurkan dengan tepung dan esen vanilla dan kacau rata. 
- Put aside

Part 2
- Pukul telur putih hingga kembang
- Masukkan gula 30gm dan juga cream of tartar
- Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi meringue. Nak test dah jadi meringue ke belum, terbalikkan bekas dan kira sampai 10. Kalau adunan tak jatuh bermakna anda dan terror buat meringue! Hehe..
- Campurkan separuh adunan meringue ke dalam Part 1. Kaup balik dengan spatula hingga sebati. Masukkan kesemua baki meringue dan kaup balik sekali lagi. 
- Bahagikan adunan kepada 3 atau berapa banyak color yang anda suka. Warnakan. 

Cara nak buat belang
- Sudukan 3 sudu adunan di tengah-tengah adunan puding. Jangan risau, adunan kek takkan bercampur dengan adunan puding. Sila percaya sebab masa mula-mula baca resepi pun aku tak percaya. Hehe.. 
- Sudukan warna kedua di tengah-tengah warna pertama.
- Pastukan sudukan warna ketiga di tengah-tengah warna kedua. 
- Ulang langkah 1-3 hingga 3/4 adunan. 
- Lepas tu sudukan 2 sudu pulak. 
- Dan terus kurangkan hingga habis adunan. 
- Pastu bakar menggunakan api bawah selama sejam bergantung kepada oven masing-masing. 
- Tapi 10 minit terakhir aku gunakan api upper and lower. 
- Biar kek di dalam oven hingga bahagian sisi kek renggang dari loyang. 
- Sejukkan dan simpan dalam peti. 



Nota kaki: Sape2 yang rasa ada kekhilafan dalam resepi derhaka tu boleh drop komen ya. Aku budak baru belajar...

2 comments:

3E said...

Dear Miss Polaris...
Tahniah sebab berjaya buat caramel cake tu...sungguh cekal sekali dan u terus mencuba!!! I bangga sebab u cuba resepi I walaupun u ada derhaka pada resepi itu...I tak kisah pun...I pun bukannya pro pun memasak...suka-suka & hobby je:-))
btw, for ur info...ada seorang my friend cuba buat chiffon cake yang selalu I buat...tapi dah hampir 6 kali mencuba still tidak berjaya walaupun I dah tunjukkan step by step lagi pada dia dan kasi tips...tak tahu lah mana silapnya...tapi yang penting jgn putus asa untuk mencuba lagi 'kan...

Miss Polaris said...

Salam akak, tq... Byk lagi nak test resepi akak nih, tp kita kasi lulus satu,satu dulu.. hehe..

kagum la dgn akak... salute la kak! hehe..