.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, November 25, 2011

Dah hagak dah...

Tadi pukul 3 lepas dah siap masak, cepat-cepat bersiap pergi bandar jap. Cuaca pun nampak elok. Walaupun tak hujan, tapi tetap mendung. Takpe la, asal tak hujan. Lagipun bagus jugak sebab tak panas.

Niat cuma nak beli Nestle Omega Plus, whipping cream, fresh sour fruits and green tea.

Tapi ended up dengan beli plum and kiwi saje. Stoberi xde. Tapi hari tu aku tengok stoberi 6,7 bijik harga 11.90... I called it, GILOOO! Tak kuasa aku nak beli. Nama je supermarket, tapi whipping cream tak de, susu Nestle Omega Plus pun xde. Habis stok. Cehhhh....

Usha Ekoko nak beli bahan-bahan untuk buat kek, hmmm.. Tutup. Dah agak dah.

Singgah kat supermart pun tak de susu Nestle Omega Plus.

Balik umah baru perasan aku lupa nak beli green tea. Damnnn! Dah la tadi berjalan dari kereta masuk ke supermarket aku dah rasa semput. Gile... Ni mesti berat dah naik ni.

Esok aku gamble nak buat pavlova jugak. Resipi ikut resipi akak DLL. Walaupun xde whipping cream. Nak keluar beli pagi esok. Tak tau la sempat ke tak. Dah la nak kena prepare nasik ayam for lunch untuk the newly weds. Harap2 sempat. Kalau cantik rupa kejadian pavlova tu, sok aku up entry.

By the way hari ni aku masak pari bakar, asam pedas pari and ikan apatah. Goreng saja. Semua lauk ikan. Tapi sedap. I love asam pedas so much. Dulu suka makan asam pedas Melaka yang hosmet aku masak. Sedapppp.. Kali ni guna resepi dari Kak Yatie.

Asam Pedas

Bahan-Bahan
  • 1 atau 2 ekor ikan pari - di potong, cuci dan toskan
  • 10 biji bendi muda
  • 1 cekak daun kesom
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan jus asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar (20 tangkai lada kering)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan, dibakar*
  • 1/2 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan pari di siang, potong ikut suka dan cuci bersih. Sementara itu potong hujung dan pangkal bendi, cuci dan toskan. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan kerachi dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  4. Tambah bendi dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana sehingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Aku copy paste je tu dari Kak Yatie. Tapi aku tambah halba sikit. Tambah jugak tomato potong berbaji 2 bijik.  Ikan pulak, kak yatie pakai ikan kerachi, aku pakai ikan pari. Sedapppp...  Tq kak yatie... :-) 

Ikan pari bakar, asam pedas dan ikan goreng

Habaikan sajerr rupa pari bakar yang mengerikan tuuuu.. Dia lekat-lekat di frying pan walaupun aku dah guna non-stick pan. Guna perencah ikan bakar Aqila saje. Tapi tambah hirisan serai, daun kesum, garam dan jugak perahan asam limau masa nak hidang. Fuhh, wallah!


Oh ya, sampai je kat rumah dari Jerteh tadi. Baru je park kereta, telefon berbunyi. 

Weeee! Aku kena jaga Amani Nasuha again  for 2 weeks. I loike... Sebab cuti sekolah, aku sanggupkan aje. Lagipun boring gak. Takde kena iron baju adik2 lagi dah. Takde kena study for exam lagi dah. Best jugak dapat jaga baby. Tak boring.

2 comments:

DeLancrettLurpak said...

halba tu awak kisarkan sekali or awak campak je masa tumis? er, dah lama tak makan asam pedas, terliur pulak. esok nak cari pari la, kalau tak jumpe, guna salmon jek la kannn

Miss Polaris said...

campak je dalam periuk, akak. tapi asam pedas ni, kalau masak lagi lama lagi sedap, kan.. meresap dalam ikan. hehe..