Thursday, November 24, 2011

Dia akan datang bawak berkat...

Dah berapa hari tunggu my BFF upload her wedding pics. Tapi tak nampak batang hidung pun. Sentap la sikit-sikit. Sebab BFF. Dah la aku couldnt attend her wedding. Mesti la nak tengok, kannnn..... 

Tadi tetiba dapat sms.

"I'm not going to upload the pictures..."

Sentap ati ai.... 

Tapi sambung lagi baca sms dia.

"...sbb aku nak g umh mg lusa. Hehehe..." Oiiii, tak lawak la... (Ayat sms secara BM: sebab aku nak pergi rumah engkau lusa)

Tapi pelan-pelan senyum.

Terus balas sms.

"Linnnnn, i love you so much muahhhh... Nanti aku masak sedap-sedap."


Pastu terus gelabah. Aku nak masak apa yang sedap2 ni. Terus hidangan nasik ayam mengasak kepala. Ok, fine. Nanti kita masak nasik ayam. Senang sikit. Tak renyah nak membuatnya. Tapi untuk dessert nak hidang apa??? Hari ni Khamis. Dah petang ni. Mesti kedai bahan kek dah tutup. Esok Jumaat. Lagilah tutup. Sabtu Lin dan nak datang. Mana sempattttt!!!

Kek coklat? Dah boring dahhhh...

Oreo cheesecake? Dekat supermarket kat Jerteh tu confirm takde sourcream. 

Hmmmm, belum decide lagi. Masih fikir lagi ni.. Apa aku nak hidang kat pengantin baru tuuuuu...

Lagipun terasa sedikit kekurangan sebab My Prince takde untuk sama-sama celebrate that newly weds... Hmmmm....

No comments: