Saturday, November 26, 2011

End-year 2011 giveaway by Fiera




Aku sebenarnya tak faham sangat GA yang Cik Fiera ni anjurkan. Aku kan blur... Muehehe.. Aku pun tak paham sangat konsep-konsep GA ni. Tapi sebab dah dijemput, aku tak nak la menghampakan tuan yang berharap.

Ujung-ujung tahun ni, orang sibuk dengan Year-End-Sale, Cik Fiera kita ni sibuk dengan End-Year GA pulak. Takpe, takpe... Aku join jugak .

Hmmm, hari ni hari terakhir dalam tahun 1432 Hijrah. 30 Zulhijjah 1432 H. Esok dah 1 Muharram 1433 H. Sekejap je masa berlalu, kan. Azam tahun lepas pun tak tercapai lagi. Marilah kita sama-sama membaca Doa Akhir Tahun selepas solat Asar dan jugak Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib kejap lagi. Mudahan-mudahan, hijab terbuka dan ALLAH SWT mengkabulkan doa kita, mengampunkan dosa-dosa lalu kita dan juga memberikan hidayah dan petunjukNya dalam menempuh hari-hari yang bakal mendatang. Jom sama-sama berubah kepada yang lebih baik sempena tahun baru ni...

Buat Cik Fiera, i would like to share a quote with you.

I don't believe you have to be better than everybody else. I believe you have to be better than you ever thought you could be.  
 .:Ken Venturi:.


Ok, bab kena  tag ni, aku terus sakit jantung. Bukan apa, aku takde rakan blogger pun. Wuuu~ Kalau ada pun, yang dah kahwin. Takkan la diorang nak join kan. Dorang blogger masak-masak. Takpe la, aku tag kakak comel aku. So Cik Zonan, jom la join GA  ni... Sesiapa yang berminat, klik kat sini.

Orite then. Salam Maal Hijrah in advance semua. 

1 comment:

myu said...

Salam perkenalan :) Myu singgah dari GA yang sama ;)