Wednesday, November 9, 2011

Magis!

Tetiba pagi ni, lepas siapkan adik-adik ke sekolah, aku menghadap laptop, google tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan.... 

Kira ok la tu kan... Dah ada mood nak mula recall balik ilmu pendidikan yang dah pernah belajar.

KIta kayuh pelan-pelan.... 

Tinggal lagi 13 hari untuk menghadiri temuduga... 

List tajuk yang kawan-kawan suggest berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang lepas, ada lebih dari 30. Huhuhu! Tu tak masuk lagi kena belek balik nota Sains Pertanian yang tebalnya 3,4 inci tuhhhh....

Segala mak nenek domain kognitif, psikomotor dan afektif tu pun kena hafal. Tu tak masuk Taksonomi Bloom lagi.... Lagi haru kena prepare kot-kot kena buat micro-teaching masa interview nanti... Aduhhh, mana nota Dr. Ramlah nihhhh????

Nasib baik dah disegarkan angin malas semalam... Kuikuikui~

Dahhhh, takleh blogging lama-lama. Nak study tentang FPK hari ni... 

Sedikit perkongsian, FPK ni kira macam core dunia pendidikan la. Untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. So, sebelum cekgu nak jadikan student seimbang JERI, cekgu kena seimbangkan JERI cekgu dulu... Ingat tu, tuan blog. Heheh... Bunyi macam mudahkan, nak lahirkan insan yang seimbang JERI???? Tapi, once kau dah masuk dunia pendidikan, hadapi kerenah pelajar zaman sekarang, cukup tercabar iman dan kesabaran seorang cekgu tau!!!! Terutama pelajar sekolah menengah yang baru nak kenal dunia kebebasan. Orang luar yang tak pernah berurusan dengan pelajar-pelajar zaman sekarang ni, senang hati je tuduh cekgu macam-macam. Wahhh, tetiba emo. Hehe.. 

Hmmm, aku sebenarnya tengah tunggu orang yang jemput aku untuk keluar gi jogging pagi ni, ni... Tapi aku rasa dia dah selamat jogging atas katil dalam mimpi rasanya.... Huhh, tak menyapot aku langsung... Cane nak kurus nihhh????

No comments: