Wednesday, November 9, 2011

Meh nak kongsi tips!

Okeh, nih nak kongsi tips mengepaw selipar baru...  Hakhakhak!

Bila nak keluar shopping dengan yang tersayang, kau pakai heels yang tinggi 3, 4 inci... Pastu dah habis berjalan floor yang pertama, merungut kaki sakit banyak-banyak kali. Nescaya tukang bawak kau keluar shopping tu akan cepat-cepat carik kedai kasut supaya kau dapat tukar kepada selipar yang lebih selesa sebab shopping list dia pun tak sentuh lagi. So, harus la lepas ni baru gagah nak berjalan carik barang untuk dia, kan? Haha.... 

Inilah hasilnya.. Sepasang wedges yang dia sendiri pilihkan untuk menutup mulut si tunang. Haha!

Hmm, sebenarnya lega lepas dapat keluar shopping. Dah lama giler tak shopping. Shopping kan adalah terapi yang paling best bagi perempuan. Hehe.. Tapi aku baik okehhh... Aku bukan shopping untuk diri sendiri je. Shopping untuk orang lain lagi best.... Rasa kepuasan dia tu, macam kita masak untuk orang then makanan tu semua habis licin.... Sumpah puassssss!

Tadi pun sempat jugak beli wedges untuk Kak Long, cincin untuk 'Aleya, and untuk meneman setia .ak.a the only one nephew, 6 jenis lori mainan apatah.. Aku tak tahu nama. Pastu belikan dia buku even dia baru 3 tahun. 

Pastu untuk Iman, adik aku yang sambut birthday ke 11 hari ni, aku belikan kek Secret Recipe... Choc Indulgence. Aku dah selamat bantai Oreo Cheesecake dalam kereta. 1st time cuba kek lain selain White Choc Macadamia sebab kek tu habis tadi. Hmmm, sedap jugakkkk... 

Happy Birthday Faris Iman, be a good insan. Ok????
Penat aku hambat budak ni sebab kali ni bawak dia keluar tak letak dalam troli...

Tengok, nak amek gambo pun kena pegang kepala tak nak bagi dia buas-buas....

Suka dapat gula-gula

Alhamdulillah....
Tak sampai lima minit...  Hancus... Dah la gula-gula mahal. Tapi tak sedap pun.


Oreo Cheesecake, urghhhh! Heaven. (Gigih amek gambo cenggini dalam keta sampaikan kamera tercium ciskek)

Kami sampai di KB Mall dekat pukul satu jugak. Aku lak tak sempat breakfast kat rumah. Sempat telan vitamin C je sebijik. Haruslah lapar gilerrr... Dannnnn, time aku lapar, tolong jangan sentap-sentapkan hati haku. Tapi ada jugakkkk yang nak carik pasal... 

Hmm, aku memang niat nak makan pizza. Tapi manusia ramai giler kt KB Mall tadi. Semua restoran kot penuh. Memula, waiter Pizza Hut tu suruh kami tunggu jap kat sofa menunggu sebab xde meja kosong. Pastu dah lama tunggu, aku pun suruh la My Prince gi tanya sekali lagi. Pastu dia kata, tak de meja lagi, pilih la menu dulu. Belum sempat aku bukak buku menu, tetiba ada sepasang suami isteri dengan sorang anak dia nak masuk dine-in kat Pizza Hut tu, then kakak tadi tu terus je tunjukkan meja. Aku like, "Ehhh, nape orang tu ada meja kosong pulak???"

Boleh pulak si waitress tu jawab, "Oooo, diakan dah lama tunggu."

Padahal dah sah-sah aku yang datang dulu, kena tunggu lama pulak tu. Dah la dia jugak yang suruh pilih menu dulu. Ko nampak aku ni tiang letrik ke hapeeee???? 

Terus la aku jawab, "Ehh, kami yang datang dulu. Akak jugak yang cakap pilih menu dulu sebab takde meja."

Boleh pulak dia jawab, "Mana saya tahu, awak tak cakap pun nak makan kat sini."

Hoihhh, ini sudah over limit dah ni. Kalau aku nak take away, buat apa ko cakap kat aku tadi, "Meja takde, pilih menu dulu ya." 

Terus tarik My Prince. "Dahhhh, tak yah makan. Dah kenyang." 

Nasib aku bukan kanibal. Kalau tak kenyang aku makan akak tu dengan baby dalam perut dia tuhhhh. Boleh tak kau cakap elok-elok sikit. Dah la dia yang bertugas ala-ala front desk gitu... 

Kecikkk je aku tengok akak tu.. 

My Prince yang berhati suci mulia tu pun boleh rasa nak marah. Apatah lagi aku yang kaki sentap nihhhh. 
Lama jugak la aku nak nak sejukkan hati nih. Pastu My Prince pujuk-pujuk la konon. 

"Kita makan kat Chicken Rice Shop dulu ya. Alas perut. Nanti balik kang, kita take away pizza."

Hamboihhh yangggg! Makan nasik ayam tu bukan kira alas perut tuuuu. Tu dah kira alas lemak supaya berlapis-lapis dah tu... 

Ok, jom makan nasik ayam. Pizza Hut for take-away??? Tak hengeeennn!

So, order 2 pinggan, makan 3 orang. Alhamdulillah. Kenyang.. Kesian anak sedara aku... Lapar nasik rupanya. Tak sempat aku suap ke mulut aku nasik, dia dah mintak nak lagi. Pastu gilir-gilir la dengan My Prince suapkan dia. Kira macam portion nasik untuk dia tu, sama dengan portion aku and My Prince. Banyak giler dia makan... Ye la, dah dekat pukul 2.

Dahh, esok nak keluar jogging!

Boleee????

No comments: