.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, November 17, 2011

Mi goreng blackpepper

Tadi lepas isyak, pandai-pandai bawak diri sebab My Prince nak tengok bola. So sebarang sms takkan dilayan... Dasarrrrr lelaki... Huhu.. 

Terpaksa la aku paksa-paksa diri hadap laptop. Kononnya nak study. Sekali ter'multitasking' plak... Terblogwalking, sambil khatamkan blog TheOtherKhairul.... Sumpah best....

Pastu terlintas nak makan mi goreng blackpepper. Teringin je. Tak pernah masak pun. And tak pernah jumpa pun orang masak mi kuning goreng dengan blackpepper. Try google resepi pun macam tak jumpa. Errrr, aku lupa nak google guna nama melayu blackpepper. Patut la tak jumpa. Tapi sebab mi dah masak, malas nak google lagik. So, marilah kita mencampakkan bahan sesuka hati kita dalam kuali. Aku masak ikut apa yang ada dalam peti je. Yang pasti kena ada hero (blackpepper) and heroin (mi kuning). Jadik aje.. InsyaALLAH.

Asik pinggan ni je kan yang aku ni.. Dah pinggan ni fav aku, nak wat cane.. hehe..




Mi goreng Blackpepper

Bahan

  • Mi kuning sebungkus
  • Kubis dipotong halus
  • 8 biji chicken balls dihiris 
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu kecil cili giling
  • blackpepper - grounded
  • blackpepper sauce
  • sesudu kecil Secukup Rasa
  • garam sikit je
  • gula
  • kicap manis
  • dash of whitepepper


Cara

  1. Mi dibasuh dan direndam 15 minit. Pastu toskan.
  2. Tumis bawang merah dan putih yang ditumbuk. Masukkan serbuk plackpepper.  Bila bawang dah garing, masukkan cili giling, tumis hingga cili garing.
  3. Masukkan chicken balls, kacau sebati. 
  4. Masukkan blackpepper sauce dan kicap. Kacau rata. 
  5. Masukkan garam, gula, Secukup Rasa. Pastu masukkan kubis. 
  6. Bila kubis sedikit layu, masukkan mi dan gaul rata. 
  7. Masak 4 minit, matikan api.



Fuhhh, hot kejap dada lepas makan. Punya la pedas. Pedas blackpepperkan makan dalam gitu. Hehehe.

Cane nak kurus nihhh, asal terlintas je, gi dapur carik bahan, masak. Huhu.. Harap la cepat posting. Interview selasa ni, tapi suku tajuk pun tak habis lagi. Errrr, ase cam cuak je..

No comments: