Tuesday, November 29, 2011

New Year Getaway

Hmmm, baru lega nak bernafas sebab malam ni Amani tido dengan granny. Kalau tak, memang bergayut kat kaki aku je kerjanya kalau aku tak nak dukung dia. Sambil nangis kuat-kuat macam dah kena dera dah. Padahal takut orang lain dukung di aje. Cehhh, ingat orang nak sangat dukung dia. Heheh..  Tu la, kalau dia elok-elok je duduk rehat depan tv berdua je dengan aku, pastu bila adik-adik aku lalu kawaan tv tu, terus terkam aku sambil nangis. Ingat orang teringin sangat la tuuuu. Huhu~

Tadi pun aku buat talam jagung sambil bersilat dengan dia kat dapur. Aku dan dia je ada kat dapur. Tapi macamkan ada 16 babies dalam dapur tu. Melalak macam lapar susu je. Padahal nasik dan suap sepinggan. Siap dengan lauk gulai ikan masin lagi. Kelasss kau Amani.... Gigi tak tumbuh lagi pun dah makan nasik biji dengan lauk macam-macam. Sejak dia umur 8 bulan lagi dia makan nasik biji. Tak nak jenis lenyek-lenyek nih. Nasi kerabu pun dia bantai je... Senang nak jaga. Tak yah susah-susah masak makanan lain untuk dia. Tu la, sambil bersilat tu, sampaikan aku tersilap jumlah bahan dalam talam jagung tu. Terkurang 1 cawan pati santan untuk lapisan atas. Nasib baik ok je. Tapi kalau lebih lagi la sedap kotttt.. 

Ni pun baru selesai masukkan chocolate cup cakes dalam oven. Resipi amek dari Kak DLL lagi. Nama sebenar American Chocolate Cake, tapi aku transform jadi cupcakes. Agak sama la dengan resipi aku. Cuma dia guna susu cair, aku guna susu pekat. Pastu dia tambah serbuk Nescaffe, aku bantaikan aje Kopi Wanis 3 in 1 tu satu sachet tadi... Resepi tunggu aku up entry next time kot. Sebab tak tahu lagi hasilnya cane di tangan aku nih. Heheh.. Aku sukaaaa la resepi kak DLL tu.. sume jenis senang. Ala-ala campak-campak je gitu. Tapi fail jugak aku buat pavlova. Muehehehe..

Btw, aku masak talam jagung and cupcakes coklat tu sebab nak bawak esok. Sutra Beach Resort nantikan kedatangan aku ye.. Hehehe.. Dia tahun baru awal Muharram ni, sepupu ajak join bercuti di Sutra Beach Resort. Saje nak bawak anak-anak dia bercuti sebab hujung bulan depan dia dah nak bersalin. Pastu dia invite sekali aku and adik-adik aku. Girls only. Memula plan nak gi Gambang Waterpark, tapi dengan keadaan cuaca macam ni, pastu jauh pulak tu, sepupu aku tu pulak dah sarat, rancangan ditukar....

Harap-harap dapat la release tension sikit. InsyaALLAH, amin...

No comments: