Saturday, November 26, 2011

Newly Weds' celebration

Having dessert

Hmm, Lin dan Ahmad tiba di rumah aku pukul 3.00 pm lebih kot. Nasib baik sempat siap hidangkan nasi ayam, sanquick dan jugak Pavlova. Pavlova nia ada cerita yang sangat panjang. Nanti ujung-ujung kang aku cerita. 

Kejap je jumpa Lin. Tak sempat habis gosip. Pukul 4 lebih camtu meeka dah bertolak ke Pasir Puteh untuk menziarahi kubur arwah abang ipar suaminya. Tapi Lin datang bawak gambar. Bestnya kawen. Hehe... Angin gatal dah datang dahhh... 


Hero, nasik ayam. Heroin, Pavlova. Pelakon tambahan, air sanquick.

Pavlova after cosmetic surgery




Seee, sangat cacat sebenarnya di dalam. Tapi cover dengan whipping cream yang banyak.


Hokeh, meh nak cerita. Sebenarnya percubaan aku nak buat pavlova adalah gagal. Sebab lepas baking, dia tak jugak garing-garing. Sampaikan aku extend lama gila baking period. Then, it ended up with browny face. Huhu.. Hangit dowh! Dah la lembik macam lempeng. Patutnya dia rangup di luar, lembut di dalam. Pagi tu aku tengok kejadian pavlova tu camtu, ase nak pecah jantung. Hah sudahhhhh... Apa aku nak hidang kat pengantin baru tu as dessert. Nak buat talam jagung, dah tak sempat dah.

Pastu aku google la nak carik kenapa pavlova aku tak berjaya. Then, aku jumpa blog akak ni. Kak Irma. Terjawab jugak persoalan aku. Sensitifnye si pavlova ni. Rupanya tak leh dibuat masa cuaca lembab and sejuk. Ye la, aku buat dah pukul 2 pagi. Hujan lebat pulak tu. Berangin lagi. Patut la... Kalau nak tahu lebih lanjut, baca blog kak irma ye.

Tapi sebab abah dah beli whipping cream. Pastu bila aku whip, cantik molek je kejadian whipping cream ni, aku gamble je. Hidang jugak. Sorry ye Lin. Aku buntu. Tak sempat dah nak buat pie crust. Sebab memula tu ingat nak buat pie crust, pastu humban je whipped cream and fresh fruits tu dalam tu. Tapi tak sempat sebab kena keluar kejap buat Asimilasi Pilihanraya apa tah. Bengkerk aku bila dipaksa-paksa nih. Macam la aku tak tahu cane nak pangkah kertas undi.

Resipi? Tak yah la. Aku tengok semua resipi dalam google tu lebih kurang sama je. Yang bezanya, ada yang gunakan cream of tartar sebagai ganti cornflour and vinegar/lemon juice. Tapi aku rujuk blog DLL. Selain tu, aku rujuk gak blog-blog masakan lain. Tapi macam sama je resepinya.

Mrs. Polaris with Lin

Ok, dah abis dah citer. 

Lin.... banyak lagi aku nak bercerita dengan kau. Tapi masa tak mengizinkan. Tinggal aku n Wawa je lagi yang single. Huh, rendah diri je ase. Lin, nanti kite sume dah kahwin, kita buat famlily day kat mana-mana resort nak? Nanti boleh la para isteri berkumpul sembang-sembang, gosip-gosip macam dulu. While the hubbies buat la aktiviti pape pun. Tolong buat BBQ ke. Heheh..

Lin, apesal kau ayu semacam je dalam gambar atas tuhhh.. Ke memang gitu bila dah jadi isteri? Haha!

2 comments:

DeLancrettLurpak said...

lagi satu kan, tak buleh ada setitik pun benda asing dalam white egg tu, tak buleh ada air, jangan ada egg yolk tercampur sedikit pun. Kalau ada benda-benda ni, mmg takkan kembang la white egg tu. And kena pukul high speed.

Miss Polaris said...

ooo... tq for tips akak. tp sy rasa meringue tu jadik elok je. bila terbalikkan mgkuk mmg dia stiff je.tp bila bakar, hmmm... kecewa. Hehe.. Ok, nnt sy try lg.. tq akak...