.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, November 10, 2011

Now, i'm presenting the...... 'Rojak Ayam'!!!!

Ye, aku tak reti plating the food.. (ye ye o je guna term Masterchef)


Alhamdulillah, berkat carian maklumat dalam blog masakan dan juga merujuk kepada ibu saudara, berjaya jugak aku masak kuah kacang dan jugak sate ayam.

Untuk rujukan aku jugak, aku nak letak resipi kat sini. 
Rojak Ayam @ Mamak @ Keling. 

Kuah Kacang

1/2kg kacang disangai hingga masak, di buang kulit. Separuh dimesin halus, separuh lagi di mesin kasar.
1 bj bawang besar *
3 bj bawang merah *
3,4 biji bawang putih *
6 inci halia *
5 btg serai *
4 sudu cili kisar
3 sudu asam jawa diramas dengan secawan air
1 ketul nissan/gula melaka sebesar tapak tangan 
garam
gula (banyak)
2 batang serai diketuk

  1. Mesin bahan bertanda *. Bahagi dua bekas. 1 bekas untuk kuah dan 1 lagi untuk perap ayam.
  2. Tumis bahan yang telah dimesin hingga garing, masukkan cili kisar dan serai, tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kacang dan air.
  4. Masak dengan api perlahan dalam tempoh yang lama hingga pecah minyak. 
  5. Masukkan garam, gula, nissan dan air asam jawa. 
  6. Tambah air jika perlu. (Aku tambah banyak kali sebab nak masak lama)

Sate Ayam
Bahan kisar dari lebihan kuah tadi
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam
gula
madu

  1. Perapkan ayam, dan bakar.


Makan bersama dengan mi kuning, tauhu goreng, daun salad, hirisan cili, fishcake, chicken ball dan cucur tepung.

6 comments:

marinahunny said...

waaaahhh pandainye anak dara ni masak..! dh lulus ni.. :D

Miss Polaris said...

biasa la kak, tekak ngidam macam-macam. padahal bendera jepun nak naik je pun. hehe.. tapi renyah nak membuatnya... Amek masa lama.. Adik2 bukan suka pun makan makanan cenggini.. hehe..

DeLancrettLurpak said...

aah sedap. tapi banyak la pulak bendanya, tapi nak !!!

Miss Polaris said...

meh la dtg dapur saya kak... Heheh..

nieja said...

ala sdapnyeeeee egie

Miss Polaris said...

alah, nieja lg terer masak. ni main cmpk2 je. dh la 1st time.. huhu..