Monday, November 7, 2011

Polish minda...

Hoih, series bosan sampai rasa nak mengamuk dok memerap je kat rumah. Kalau ada kereta, kalau ada duit, boleh jugak la keluar joli... Tunang balik beraya pun bukan boleh jumpa hari-hari. Ada je yang nak disebokkannya... Biasalah lelaki... Lepak dengan kawan la. Aku lagi stress kalau dia ada dekat tapi tak boleh jumpa berbanding bila dia memang tak balik kampung.

List tajuk yang kena study untuk interview Pelantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 panjang berjela-jela. Dah la otak dah lama tak guna untuk mencerna ilmu-ilmu bermanfaat macam tu.. Heheh..  6 bulan minda bercuti, harus bagaimana nak mula study nih. 

And the worst, sume buku nota masa DPLI aku dah bagi kat mak sedara yang baru masuk DPLI. Hah, elok sangat la tu, kan... 

Takpe, esok kita carik mood study kat KB Mall... Kalau jumpa boleh la beli 2,3 kg... 


No comments: