Monday, November 28, 2011

Si Kecik in the house!

Hmmm, hari ni hari pertama Amani di rumah aku setelah hampir dua bulan dijaga oleh baby sitter dekat dengan rumah her papa. Dan baby sitter mintak cuti 2 bulan sebab nak bawak anak2 bercuti. So, aku kena take over. 

Dan bermulalah episod terkejar-kejar untuk solat, untuk masak dan mengadap laptop. Kalau hadap laptop pun sambil beriba si kecik tu sebab dia tak nak dengan orang lain. Kalau orang lain ambik, mesti dia meraung sampai tak keluar suara! Dushh, takkan la aku sanggup dengar kan.. 

Nahhh, layan gambo je.. 

Petang

Suke ngat wt mulut gitu... tp ada yg lagi mengancammm..
Ngengada~
Tapi sempat buat pancake gebus served with whipped cream and canned sweet corn

Malas nak taip banyak-banyak. Tapi for dinner, aku malas nak masak sebab tadi lunch pun dah pukul 4, hehe.. So buatkan mini pancake sorang sebijik je untuk seisi rumah. Makan dengan whipped cream dan jagung manis dalam tin. Hehhh, sedap la..... Mentang2 dah pandai whip the whipping cream. Muehehe.. Orang lain makan pancake untuk BF, aku makan untuk dinner. Belasah je la labuuuuu....

Aku guna resipi mana ntah tadi. Lupa nak save. 

Tapi resipinye gini.

Pancake
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar mentega yang dicairkan. 

  1. Campur aje semuanya. Rehatkan sebentar. 
  2. Pastu bakar dalam non stick mini frying pan tanpa guna minyak. 
  3. Bakar kejap je sebab dia cepat hangus. 

Sodappp... Gebussss. Tambah pulak makan dengan whipped cream dan jugak canned sweet corn. Tapi aku makan sebijik je. Malas nak bakar lagi sebab si kecik tu dah bergayut kat kaki.. Huhu..

No comments: