.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, November 12, 2011

Sweet n Sour Lemon Cake

Sweet n Sour Lemon Cake

 
Malam tadi sebelum tidur, aku asik dok google resepi kek lemon. Adik bingsu dari semalam dok suruh aku baking. Tapi tekak orang tengah berbendera jepun ni pelik sikit. Rasa nak makan kek yang masam manis.. Boleee??? Heheh.. Pastu kebanyakan resepi kek lemon yang aku jumpa tak masukkan jus lemon pun dalam  tu. Pastu guna mentega. Aku nak kek yang guna minyak jagung je. Hehe... 


So, marilah kita menderhaka resipi.  Haha!

Ok, ni resipi kek aku:

Bahan:

3/4 cawan minyak
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan susu cair
2 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
 sedikit garam
lemon zest dari sebiji lemon
jus lemon dari 1/2 biji lemon
vanilla esen
sedikit kismis hitam

Cara:

  1. Campurkan minyak, susu cair, gula dan telur. Kacau rata.
  2. Masukkan jus lemon dan vanilla esen. Kacau lagi.
  3. Masukkan tepung dan garam, kacau sebati. 
  4. Bakar dalam oven bersuhu 175dc hingga masak. 


Kek ni bersaiz kecik je.Sebenarnya ni resepi muffin kan, tapi aku takde acuan muffin, so jadi la sebiji muffin bersaiz monster. Hehe..Antara bahan yang aku alter dari resipi sebenar adalah resepi asal guna 4 biji telur, aku guna 2 biji telur dan tambah 1/2 cawan susu cair. Pastu dia guna 1 cwn mentega yang dicairkan, aku guna minyak masak.

Tapi sedap tau.... Masam manis manja-manja je. Tak manis sangat pun. Tak masam sangat. Just nice to my tastebuds. Masa tengah bakar tu, sumpah mencabar iman sebab wangi je bau vanilla dan lemon tu. Nak tido pun tak lena tau mengingatkan kek yang tengah disejukkan atas redai. 

Dan hasilnya pagi tadi aku bersarapan kek lemon sweet n sour tu. 

Dan petangnya pun, kek masih lembut. 

Next time kena buat lagi la. Sedapppppp sangat. Cuba korang buat, confirm jatuh cinta. Yang penting kacau dengan sudu je, tak payah pakai mixer. Hehe.. Sesuai untuk orang malas macam aku. Hehehe.

3 comments:

DeLancrettLurpak said...

alahai, 4steps je. ni kena coba ni...akak mmg dasar pemalas.. kalau buleh, takyah campur2, masuk semua bahan dlm oven, terus jadik, kihkihkih

Miss Polaris said...

alamak akak, malunya saya... tukang masak otai nak buat resepi campak-campak saya ni.. hehe..

nieja said...

heyyy sedapnyaaaaaaa