Monday, November 21, 2011

Tomorrow is the day

Aku akan menulis dalam bentuk point secara random hari ni. 

  1. Persediaan dokumen dan lengkap, insyaALLAH
  2. Persediaan minda belum lengkap lagi. Malam ni kena berjuang habisan sebelum tidur untuk menyumbat segala maklumat tentang pendidikan dan dasar-dasar kerajaan. 
  3. Baju, kasut, tudung, nametag, socks dan ready. Cuma masih berfikir pilihan yag terbaik antara dua baju. Polka dot or songket india? Both baju kurung. But wondering about plain instant tudung or Yuna style.... Hmmm, anyone?
  4. Rupanya ramai orang yang sayangkan aku. Heheh.. Tadi future PIL called. Menawarkan diri untuk menghantar aku ke tempat interview pagi esok sebab abah menghadiri mesyuarat Guru Besar di Langkawi. Dan dia bimbang aku kena drive sendiri ke Batu Rakit, Terengganu. About 1 and half hour jugak. Lagipun ada jalan yang sudah ditenggelami banjir. Hmmm, tapi tak nak la susahkan future PIL... Apapun, terima kasih, ayah... 
  5. Asenya gi dengan kak long kot. Overnite 1 malam di rumah granny di Setiu. Kena pergi awal sebab nak usha jalan.. Harap-harap takde jalan ditutup sebab banjir. Amin.... 
  6. Hati rasa sedikit lega baca post dalam group DPLI di FB dari seorang hamba ALLAH. dia kata maklumat dari seorang pegawai SPP yang dia jumpa; "Get well prepared about the technical thingy sbb biasanya candidates digagalkan dari segi itu." Hmm, semoga dipermudahkan.... Technical thingy merujuk kepada dokumen yang perlu dibawa dan jugak dari segi pemakaian.
  7. Tak sempat ke makam umi sebelum bertolak petang nanti. Sebab hujan tak berhenti dari semalam. Apapun, aku tahu umi sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anaknya dari alam sana... Umi, love n miss you so much. Rindu nak peluk cium umi. Rindu nak mengadu macam-macam kat umi. Ya ALLAH, tempatkan umiku di kalangan penghuni syurga kerana itulah tempat yang selayaknya bagi umi. Amin.... 
  8. Semoga perjalan ke tempat interview dan urusan interview berjalan lancar. Amin.

No comments: