.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, December 31, 2011

Makan besar

Malam tahun baru. 

Kami sekeluarga menyambutnya dengan makan besar di rumah. Abah belanja sate sempena Nina dapat 7A dalam PMR. 

Tapi sate tadi sume makan sama banyak dengan yang dapat 7A tu. Muehehe..... 







Ok, esok mula diet. 2012, plz... be nice to me. 

Semoga tiap impian tercapai. 


Dengan izinNya....

Sorotan 2011

JANUARI

Memulakan latihan mengajar di SMK Bukit Naning, 24 Jan- 22 April 2011.


FEBRUARY

Perkahwinan my last maternal auntie


MAC

- Pengalaman pertana menyambut ulang tahun kelahiran dengan berstatus tunangan orang.
- Wedding Erah Shahirah.
- Kemalangan di Muadzam Shah


APRIL

Tamat latihan praktikal.


MEI

- 1 Mei, meninggalkan Muar.

- 8 Mei, sambutan hari ibu untuk umi. Yang terakhir....

- 24 Mei, Keputusan mammogram test umi keluar. mammogram test dilakukan pada akhir Feb, and the next appointment was 15th March, tapi last May baru kami ke HUSM untuk mendapatkan keputusan ujian. dan Umi disahkan menghidap kanser payudara tahap 5.


JUN

- Takde aktiviti lain selain menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan. Kak Zu, Ghan, Siti.

- 28 Jun, umi mula berubat di Kandis.


JULAI

Mula jaga Amani Nasuha


OGOS

- 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan

- 13 Ogos, bawa umi ke klinik sebab umi dah beberapa hari demam

- 21 Ogos, umi dah seminggu lebih demam. Tak larat. Mata kuning, kulit kuning, gusi berdarah, urin pekat, badan sembap, perut kembung.

- 22 Ogos, bawa umi ke Hospital Jerteh. Di masukkan ke wad. Malam terakhir umi makan nasi dengan penuh selera.

- 23 Ogos, umi makin tak larat. Ke tandas dan ke bilik mandi pun perlu berkerusi roda. Selera jatuh merudum.

- 24 Ogos, keadaan umi makin teruk. Aku perlu memandikan, menyabunkan dan menyampu rambut umi.

- 25 Ogos, tengahari, umi dikejarkan ke HUSM. 7 jam di unit kecemasan HUSM, pukul 11 malam baru dimasukkan ke wad setelah melalui pelbagai ujian dan diagnosis.

- 26 Ogos 2011, tepat jam 1.40 pagi. Bersamaan 24 Ramadhan 1432 Hijrah, umi menghembuskan nafas yang terakhir dalam pelukan aku. Al-Fatihah, umi.

- 30 Ogos bersamaan 1 Syawal, Aidilfitri tanpa seorang umi...


SEPTEMBER

- 16 September, Mr. & Mrs. Polaris' 6th anniversary.

- 26 September, Happy 48th Birthday Umi, semoga sentiasa berbahagia dan sejahtera di sampingNya.

 
OKTOBER

- 18 Oktober, konvokesyen DPLI 2010/2011 di UPM.

- 21 Oktober, hadiah konvo from uncle, Sony Ericsson Xperia X8.

 
NOVEMBER

- 11/11/11 Wedding Ellen

- 22 November, interview

 
DISEMBER

- 12 Disember, My Prince has been warded for the minor injury at the workplace.

- 16 Disember, permohonan pertukaran Ujrah PTPTN berjaya. Menang cabutan bertuah GEMS Impact Study Questionnaire (GIS-Q). Bakal dapat iPod Nano.

- 22 Disember, keputusan PMR keluar. Nina dapat 7A 1B.

- 25 Disember, menghadiri kenduri aqiqah future nephew di KT. With my Prince's family.

- 25 Disember, First Engagement Anniversary. Kata my prince, "InsyaALLAH yang pertama je yang. Yang kedua nanti, kita dah kahwin." Ye, insyaALLAH. Aminnnnn....

- 26 Disember, iPod Nano dalam genggamanku.


Tu je la pengalaman-pengalaman sekitar tahun 2011. Dah lama ada dalam draf ni. Ternanti-nanti nak buat ending. Kot-kot la something sweet. Tapi, nan ado.... I wish for the miracles in 2012 and onwards, insyaALLAH. 

2012, please be nice to me.

Ehhh, entry azam baru tak up lagi ni. Ade kerr? Muehehe..

Ujian ALLAH itu tailor-made

Sehinggakan Allah, mahu kita muhasabah balik diri kita, dan betulkan semula niat kita, setiap kali kita melangkah.Benarlah, ujian Allah pada setiap seorang dari kita adalah 'tailor-made'.

Engkau dan aku, ujian kita tidak akan sama.Sebab Allah, nak memperbetulkan kelemahan kita itu.Selagi mana kita masih ada kelemahan, ataupun terjebak dengan dosa, Allah akan datangkan ujian, yang menyingkapkan kelemahan kita. Agar kita kembali kepada Dia dengan memperbetulkan diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam.

Selagi mana kita tidak mempertingkatkan selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita.

Subhnaallah.




Friday, December 30, 2011

Jumaat terakhir 2011

Tinggal sehari lagi untuk mengakhiri 2011. Miracle yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Pasrah je la. 

Mula-mula kata bulan 9, pastu bulan 11, pastu bulan 12, pastu awal jan, pastu minggu ketiga Jan, pastu Feb pulak. Pastu tetiba kata paling lewat Mac 2012. Hoihhh, jangan harap aku nak keluar mengundi! Penat. 


Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. 


Recap untuk 2011 dah ada dalam draf. Tak nak publish lagi sambil terus berdoa untuk tulis happy ending of 2011. Tapi macam takde harapan je.

Banyak azam kena set up for the upcoming year. Sangat banyak. Tapi hanya mampu merancang. Yang bakal berlaku terserah pada Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui. Namun dalam setiap doa, memohon yang terbaik dariNya.


Umi, rindu umi sangat.... al-Fatihah. 


Rasa nak cari kerja la sempena tahun baru nanti. 






Thursday, December 29, 2011

Blackpepper fettucine

Petang ni, masak blackpepper fettucine sebab ada baki pasta yang direbus dalam peti. So, sebab rasa badan berangin je, masak la style blackpepper gitu. 

Bahan:
  • Semangkuk fettucine yang dah direbus
  • 6,7 biji chicken ball yang dibelah dua
  • 1/3 kiub beef stock
  • blackpepper sauce
  • blackpepper kisar
  • sedikit garam/gula to taste
  • 1/3 cawan air
  • 3 ulas garlic, dicincang

Cara:
  1. Tumis garlic hingga naik bau dan masukkan cicken ball. Masak sampai chicken ball ada part yang perang-perang sikit. 
  2. Pastu masukkan air dan kiub beef stock, kacau rata
  3. Masukkan blackpepper sauce, blackpepper yang dikisar kasar. 
  4. Masukkan fettucine. Kacau rata. 
  5. Kalau rasa tawar, baru masukkan garam atau gula. Tapi kalau dah ok, tak yah masukkan garam dah sebab beef stock dan blackpepper sauce dah ada garam. 
  6. Siap! 

Blackpepper fettucine

Hikmah...

Dah masuk 8 bulan aku di rumah. Dah habis sabar dan pasrah. Mula la timbul rasa panas hati bila surat placement yang dinanti, tak kunjung tiba. Segala perancangan pun tarpaksa ditunda-tunda dan diubah-ubah mengikut keadaan semasa. 

Kadang-kadang, iman tercabar juga. Yalah, dalam keadaan tanpa pendapatan hampir 8 bulan, takde komitment pulak tu, nk bina masjid pun tertangguh-tangguh... Sampaikan bila berbincang sesuatu yang serius dengan my prince pun boleh jadi gaduh. 

Tapi sedar tak sedar, ALLAH telah ajarkan aku sesuatu. Baru tadi aku perasan. Walaupun My Prince muda 15 hari dari aku, walaupun orang kata lelaki sama umur ni lebih lambat matang berbanding perempuan, walaupun dah 6 tahun lebih kami bersama, walaupun dan setahun 4 hari kami bertunang, baru hari ini aku sedar bahawa dia seorang yang sangat rasional dalam keadaan yang sangat menghimpit. Sebesar mana pun masalah yang kami hadapi, dia sangat matang memikirkan penyelesaiannya. Fikir pro and kontra dulu. Timbang mana lebih berat, mana lebih ringan, dan buat keputusan. He is so far sighted person.

Walaupun selalunya bila mendengarkan keputusan yang diambilnya aku melatah dulu, pastu gaduh. Pastu duduk diam-diam fikir balik, ye, itulah keputusan yang tepat. Baru aku tarik nafas lega dan call untuk mintak maaf. 

Ye, aku kau berbeza. Ye, kami tak perlukan persamaan untuk serasi (dan dan je.. huhu)... 

Tiap yang ALLAH aturkan itu ada keindahannya. Cuma kita yang sering cepat melatah, Dan mungkin 'kita' itu cuma aku. 

Terima kasih untuk lesson hari ini.... Alhamdulillah.

Wednesday, December 28, 2011

Lets mathematics-ing!

Semalam aku dok muhasabah diri sebelum tido. 

Hmm, dah 6 tahun bersama my prince. 

Cuba kira;

KOS TOPUP

Seminggu = RM 50
Sebulan = RM 200
Setahun = RM 2400
6 tahun = RM 14,400 hoiiiiii!


RM 14, 400 for one side only. Kalau kira dua belah pihak dah RM 28, 800!!! Banyak tu wehhh... Kalau saving, dah lepas dah duit kenduri, duit hantaran segala. Muehehe.... Kaya betul maxis dan celcom. Dalam 6 tahun ni, banyak tu aku and my prince melabur kat depa. Tapi tak dapat apa pun. Fuuuuhhhh.

Tu baru kredit handset. Kalau tambah dengan kos makan tiap kali jumpa, kos hadiah, kos perjalanan, kos pertunangan..... 

So, moral of the story, takyah la couple lama-lama, kawan-kawanku. Hehe....

Monday, December 26, 2011

Jom topup kalori!

Malam ni, adik-adik request pasta in white sauce. Nasib baik umi ada beli mincer dulu. So tadi aku rasmikan. Hmmm, bagus jugak. Cantik je minced chicken tadi. Lagi elok buat sendiri kan sebab kita dah buang semua kulit dan lemak. Yang kat kedai tu, tak tahu apa yang dia kisarkan. 

Resipi macam yang aku biasa guna kat list belah kanan tu. 

Mangkuk adik aku

Comot-comot sebab dah 2nd helping

Pastu hari tu ada buat Oreo Cheesecake untuk celebrate adik aku yang dapat 7A's in PMR tu. Tapi tuan punya result makan seketul je, tukang buat yang makan berketul-ketul. Hehe... Resipi aku amek dari blog Kak Ummi Kuantan. Sedapppp... Tapi kena simpan dalam peti, makan sikit-sikit la. Ajar-ajar diri kawal lemak intake kononnya. Hehe... Tapi rupa tak secantik cheesecake kak Ummi la kot sebab aku tersilap kisar halus sangat oreo untuk filling tu. 

Sungguh tak menarik di mata, tapi nasib baik sedap.
Ok, camni la resipi kak ummi tu.... 

Bahan:-
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-

  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan (aku guna 250gm je)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream (aku guna plain yogurt)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.




Ok, tahun depan aku start diet!  (macam pernah dengar je ayat ni kannnn. hehe)
2012, please be nice to me....

Safely arrived

Alhamdulillah, the iPod Nano selamat sampai ke tangan aku pagi tadi. Sepatutnya sampai pada hari Sabtu hari tu, tapi sebab ada sedikit masalah teknikal, pagi tadi baru sampai. 

Ooo, kecik aje benda alah ni rupanya. Heheh.. Kejakunan sungguh. Pastu bukak kotak semua, baca instructions. Alamak, kena set up la pulak. Pastu try godek-godek sendiri. Mujur tak meletup. Hehe.. 

So, sekarang dah boleh guna dah. Tapi sebab aku bukanlah pendengar muzik yang tegar, mungkin hanya akan disimpan je untuk perdengarkan bacaan al-Quran pada baby dalam perut nanti. Muehehehe.. Jauhhhh sungguh imaginasi aku. Huhu.. Padahal kerja tak tau ke mana lagi, kawen pun entah bila. Hehe.. 


Si hijau

Tu je kot. Till then.

Sunday, December 25, 2011

Layered Fruits Coctail Jelly

Hari tu aku ada tanya My Prince, dia nak request makan apa sebelum dia balik Nilai. Mujur dia cuma cakap nak makan puding coctail je. Kali ni aku malas nak buat agar-agar untuk di makan dengan kuah fruits coctail tu, so aku buatkan jeli kiwi dan jeli raspberry. Satu jenama Nona, satu lagi Jele kot. 

Untuk kuah, macam biasa aku guna;

1 tin susu cair
2 tin setengah air 
Gula manis manja-manja je sebab jeli dah manis
Vanilla essence
1 tin fruit coctail.
3,4 sudu tepung kastad sepekat yang anda suka. Aku buat pekat-pekat manja je.

Cara;

  1. Masukkan susu, air, gula dan sirap coctail dalam periuk, masak dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau. 
  2. Bancuh tepung kastad dengan air dan curahkan ke dalam periuk. 
  3. Kacau. 
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Bila dan hampir pekat, masukkan buah koktail, kacau rata. 
  6. Tutup api.
  7. Sejukkan kuah. 

Jeli lapis

  1. Bancuhkan sekotak jeli mengikut arahan pada kotak, tuangkan ke dalam bekas. Buat lapisan setebal 1 inci
  2. Tunggu sejuk. 
  3. Bancuhkan sekotak lagi jeli yang berbeza perisa, tuangkan perlahan-lahan di atas lapisan pertama setebal 1 inci dan sejukkan.
  4. Masukkan kuah ke dalam bekas berisi jeli tadi dan sejukkan. 
  5. Sedap wohhhhh! 
  6. Fave my family. And future hubby, insyaALLAH.

Gambar takde sebab aku sejukkan dalam freezer sebab nak cepat sejuk. Pastu dia jadi beku la pulak... Tunggu nanti aku buat cantik sikit ye. Baru aku up gambar.

Aqiqah Aqif

Baru balik dari kenduri aqiqah anak saudara baru My Prince di KT. First time kot menghadiri majlis keluarga belah My Prince bersama keluarganya. Pandai-pandai la bawak diri. Nasib baik ada sister dia yang umur 22 tu. Boleh jugak buat kawan. 

Kak Sara yang cumels. With baby Aqif yang encem.

With my future SIL. (Single lagi ni, kalau berkenan isi borang dengan aku. Hehehe)

Muhammad Syaafiy Aqif

Future SIL with Aisya

Us

Tuan tanah, Ida, Future MIL.

Masa mula-mula sampai umah my prince tu, terkejut tengok kami semua bertema hitam. Pastu konvoi 3 buah kereta ke rumah family Kak Sara. Pastu tengok baby Aqif. Dah lain dah muka baby. Dulu macam lain. Dah berubah sikit. Tapi tetap hensem. Hidung mancung giler. Harap-harap anak aku nanti semua hidung menurun hidung my prince. BIar cantik-cantik, hensem-hensem. Hehe.. Mesti la hensem kan. Keturunan sape. Muehehe..

Sampai-sampai je, terus makan. Sebab dah tengahari dah. Makanan sedap giler. Hehe..... Dasarrrr! Kan... Daging lembut giler, ikan masak merah pun sedap. Sambal pun sedap. Tapi sebab sedar diri, aku makan la seadanya.... Hehe....

Yes, semua future SILs, MIL, and BIL's wife cantik-cantik. Kulit semua jenis flawless uollsss.. Pori-pori pun tertutup rapat semua.  Terus rapat ke tanah aku punya hati. Rendah diri gilos. Hehe.. 

Apapun, everything went well, dan dah selamat pulang dah. Hmm, malam ni my prince dah nak balik Nilai dah. Ase takmo bagi dia balik. Walaupun dia dapat MC 13 hari, tapi ase sekejap je dia kat kampung. Tapi sebab dah settle kan beberapa perkara, rasa ok la sikit. 

Hmm, hari ni genap setahun kami ditunangkan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami. Amin.



Thursday, December 22, 2011

Kurang sebijik

Alhamdulillah, adik aku dapat 7A 1 B. Memang sejarah keluarga aku ni memang takde yang dapat A untuk Geografi. Cuma kira adik aku terer sikit  Sejarah dari aku. Aku dulu Geo and Sejarah yang terpesong sikit. Maklum la, kuat monteng dua subjek tu. Hehe.. 


Apapun, tahniah. Nampak gak la dia nangis-nangis dengan kawan-kawan dia. Ye la, dah sekolah SBP. Pelajar yang dapat 8A melaut. Hampir 80% kot dapat 8A tadi. 


Hmmm, sebelum balik singgah di makam bonda jap. Khabarkan berita gembira padanya. Juga sedekahkan bacaan al-Quran sikit. Tapi aku tak turun pun dari kereta. Cuti-cuti Mesia. 

Dah call abah, order sate. 

Dah call kak long, order KFC. 

Ehhh, ni aku yang dapat result PMR ke, sape ni? Lebih sudu dari kuah lak. Hehe..

Meroti canai!

Malam tadi bukak blog Kak Tijah, berkenan resipi kuah kacang dal dia. 

Pastu google resipi roti canai, berkenan resipi Mama Fami. 

Pastu sebelum tido, rendam kacang dal dulu. 

Bangun pagi, adun roti canai. 

Sambil tu tenggekkan periuk dan rebus kacang dal. 

Dah siap adun, kupas bawang, mayang bawang, lari-lari dalam hujan kutip daun kari, potong kentang dan terung. 

Tetiba baru perasan, aku mana reti canai roti. Ilmu menguli roti bentukkan bulat-bulat ada  la. Sempat ceduk masa kerja kat bakery sebelum masuk u. 

Pastu, belasah je la labuuuuu. Aku canai-canai guna gelas je. Heheh. Lipat-lipat, canai lagi. Pastu bakar.

Roti dah siap, tengok kacang dal tak jugak empuk-empuk. Apa cerita ni? Dah dua jam rebus ni. Katanya kacang dal ostolia cepat empuk. Dah la dah rendam lama malam tadi. *Kecewa*

Korek-korek peti sejuk jumpa kari udang. Panaskan. 


Boleh la.... Aku suka rasa lemak manis roti ni.

Served with prawn curry ~ Bukan aku masak kari!

Alhamdulillah, settle sarapan untuk adik-adik dan abah. 

Jap lagi nak ke Sek Men Sains Pasir Putih. Adik aku Nina bakal dapat keputusan PMR hari ni. Harap yang terbaik untuk dia. Tapi aku tak kisah sangat pun. Dia sit for exam pun lepas sebulan umi pergi kot. Namun tetap doakan yang terbaik. InsyaALLAH.

Wednesday, December 21, 2011

Al fatihah utnutk arwah

Salam takziah untuk keluarga sepupu umi. Arwah meninggal dunia di Hospital Kota Bharu pada pagi tadi akibat kegagalan fungsi buah pinggang yang dideritai oleh arwah sejak 12 tahun yang lepas. Arwah meninggalkan 5 orang anak. 

Pagi tadi abah tengah bersiap-siap ke sekolah. Dipesannya supaya aku melawat keluarga arwah. 

So, pagi tadi aku bersendirian melawat keluarga arwah. Mujur juga ada saudara mara yang aku kenali di sana. Dan mujur juga aku telah berpengalaman menghadapi situasi kematian. So, naik atas rumah, bersalam dengan tetamu dan sanak saudara, terus menuju ke tempat jenazah dan terus mula mengaji. Sebelum ni, kalau umi ajak menziarahi rumah yang ada berlaku kematian, mesti aku menolak dengan alasan tak reti nak bawa diri. Hmm, akhirnya i've learned a lesson. Walaupun berat.... 

Tanpa umi, kami semua terpaksa berdikari. Tak lama lagi, keputusan penempatan akan dikeluarkan. Entah ke mana hala tuju aku. Semoga ALLAH memberikan yang terbaik untuk aku dan keluargaku. Amin.

Tuesday, December 20, 2011

Pizza & Sate Lanang


Gambar rosak???
 
Budak buas

Drama queen

Budak encem. Eh????

Budak lapar

Budak gemok

Budak tadi?

Monday, December 19, 2011

Now i understood

Sebelum ni, aku selalu tanya kawan-kawan yang dah kawen, sempat tak buat preparation dalam masa sebulan?


Dan aku selalu tak faham bila mereka cakap, "Gila kauuu! Mana sempat. At least 3 bulan."


Dan tadi, aku faham jawapan mereka.


Sebabnya tadi, for the first time in our life phase, kami keluar for hunting the barang hantaran. Tapi dengan baik hatinya  aku telah membawa bersama adik bongsu yang berumur 7 tahun dan jugak anak saudara yang berumur 3 tahun. Mula-mula sampai my prince kata kita makan dulu. Semua dah kenyang baru tak buat perangai masa kita nak shopping nanti.

Lalu, mengadaplah kami 4 beranak pizza di Pizza Hut. Tapi, sekarang rasa menyesal sebab tak makak prosperity burger McD dan jugak Oreo Cheesecake Secret Recipe. Muehehe... Padahal my prince dah tegur semalam, dia kata aku nampak berisi sikit. Sikittttt? Macam la sikittttt sangat. Padahal dah banyak. 

Then, baru masuk cosmetic department. Tapi, punya la kecut perut aku dengan si anak sedara Darwisy tu. Pantang lepa mata, tengok-tengok elok je sebotol perfume dah ada kat tangan dia. Fuhhhhhh, kalau macam ni, bukan takat perut Cik Ngah kecut, nampak gayanya purse Cik Ngah pun kecut jugak. 

Pastu layankan kerenah adinda tersayang pulak. Aku tengah bincang-bincang dengan salesperson and my prince, dia sebok nak cium perfume tu la, perfume ni la. Fuhhh, hilang concentration. 

Pastu nak memilih perfume bukan senang. Ada tu yang mula-mula sembur bau dia tak best. Dah lama-lama baru best. Ada jugak yang mula-mula sembur best, tapi bila dah lama tak best. Tapi  sebab dah test banyak sangat, last-last ada gak la bau yang berkenan, tapi aku dah confuse jenis yang mana satu. Haha! Gelak padan muka untuk aku!

Pastu, mintak pendapat my prince pun cam takleh pakai. Asal aku sua je kat dia, mesti dia jawab, "Hmmm, yang ni best jugak." Dah kalau semua best, hantaran kita nanti perfume je la yang berdulang-dulang. Sanggup?? 

Pastu semalam jugak sepatutnya aku beli kasut n kain untuk baju nikah. Pastu my prince pulak suruh aku terus carikan handbag and kasut.

Dan dah niat dari rumah lagi nak beli baju untuk baby Aqif dan juga newborn cuzzy.

Tapi, nan ado.... We ended up with buy nothing. Macam nak pecah dada aku tahan rasa nak mengamuk. Boleeee? Huhu.. Sebab bila aku tak de mood, memang tak de nafsu nak shopping. Let alone la window shopping or survey2 je.


Itu baru nak beli hantaran. Lepas ni nak kena deal dengan bridal boutique lagi, kad jemputan lagi, door gift lagi, urusan dengan pejabat agama lagi. Patut  la... .

Sebulan memang tak cukup. 

Mengingatkan betapa susahnya bawa anak sedara dan adinda sebagai peneman kala keluar shopping and surveying for bridal boutique, rasa nak nikah dulu je. Pastu baru settlekan urusan kenduri bersama-sama. Baru senang nak keluar berdua. Hati orang tua pun senang tengok. Tapi, mesti tak dibenarkan punya la. Hmmm.... 

Takpe, dugaan bertunang.



* * * * *


Malam pulak, dapat berita gembira lagi. Alhamdulillah. Kawan aku copy paste satu twit dari Twitter Dato' Dr. Wee Ka Siong. 

Nahhh, sila la baca sendiri:

Finished chairing meeting on GSTT at MOE & PC done. Good news to announce : GSTTs need not pay back salary for Oct, Nov & Dec 2012. A total of 7,079 GSTTs will enter IPTA & IPGM for full-time teacher's training in Jan & Feb 2012. Another 2,788 GSTTs who did not submit original doc can appeal b4 26Dec to enter IPGM & IPTA as well. B.Ed Tesl graduates (both graduated in June & Nov 2012), DPLI & IPTA graduates who passed the SPP interview recently will get be posted in Jan 2012.

Posted by: weekasiongmp using Ubersocial



* * * * *

Pastu pagi tadi my dear Prince sms, "Abang dah call supervisor. Boleh extend cuti sampai krismas."

Fuhhhhh, terus mood baeeekkkk punya! Hehe..

Friday, December 16, 2011

2 happy news from ALLAH SWT

Malam tadi, pukul 3 pagi pun mata masih degil untuk lelap. Macam-macam yang aku fikirkan. Paling utama, terasa sangat rindukan umi. Rasa nak menangis je. Tapi memang menangis pun. Fikir juga tentang posting yang tak kunjung tiba. Dah hampir 8 bulan di rumah. Aku cuba yakinkan hati, ini yang terbaik untukku. Mungkin kerana aku belum bersedia untuk meninggalkan rumah ini. Meninggalkan tanggungjawab menjaga kebajikan abah dan adik-adik. 

Aturan ALLAH itu yang terindah. 

Buka player bacaan al-Quran dari Sheikh Saad Said Al-Ghamidi. Sedap bacaannya. Itu irama kegemaran aku saat dalam kekusutan. Jiwa jadi tenang. Tapi tetap tidak mengantuk. 

Bangun. Masuk dapur, Siapkan sarapan untuk pagi esok. Keluarkan sosej, rebus. Sejukkan, Belah dua. Sambil tu gelek roti gardinia hingga nipis. Gulungkan sosej, lekatkan dengan telur putih. Golek roti yang telah siap digulung dalam telur yang dicampur dengan lada sulah, garam dan blackpepper. Lepas tu humban dalam oatmeal. Simpan balik dalam freezer. 

Pastu baru dapat tido. 

Oooo, gitu ye kekdahnya kalau tak dapat tido. Menyiapkan hidangan such a best stress reliever. Ok, noted. Tapi aku takde la mengamuk style kak DLL. Kalau kak DLL mengamuk, habis dia baking cake, masak sedap-sedap. Hehe... Akak, next time datang la mengamuk di dapur saya. Hehe~


Hari ni, tergerak hati nak buka website PTPTN. Nak semak status pertukaran ujrah yang akuy hantar di hujung-hujung tarikh tutup akhr September lepas. Bersama permohonan My Prince. 

Alhamdulillah, aku berjaya. 

Nak semak permohonan My Prince pulak. Sebenarnya sangat cuak. Khuatir dia tak lulus. Sebab ada rahsianya. Hanya aku dan abah yang tahu. Hehehe. 

Masukkan no ic, alhamdullilah, pun lulus. 

Mujur permohonan kali pertama terus lulus. Sebelum ni aku pernah dikhabarkan oleh kawan-kawan aku, borang permohonan mereka banyak kali dipulangkan kembali oleh pihak PTPTN atas kesalahan-kesalahan teknikal dalam mengisi borang. Alhamdulillah perkara itu tidak berlaku kepada kami. 

Sebenarnya aku cuak nak semak permohonan My Prince sebab aku lupa nak suruh abah aku (Guru Besar) sahkan salinan IC dia. Yang lain semua tu dah siap disahkan. Hari terakhir sebelum menghantarkan borang berkenaan, puas aku mengheret abah ke pejabat tanah untuk matikan setem la, gi fotostatkan dokumen My Prince la, bawak semua dokumen ke rumah future PIL untuk ditandatangani la, dan last sekali poskan menggunakan pos ekspres. Terpaksa ajak abah sebab aku takut nak pergi sendiri ke Pejabat Tanah. Hehe, anak abah la katakan. Pastu dah ingatkan abah untuk bawa cop pengesahan sebab nanti nak sahkan salinan ic My Prince tu. Pastu, ralit sangat makan minum, berbual dengan future PIL, bila aku dah siap poskan segala surat tu, abah tanya, "Eh, tadi kata nak suruh abah sahkan apa?" 

Phewwww, luruh jantung aku. Alamak, mampus aku kena marah dnegan My prince. Dah diberi amanah untuk menyempurnakan borang dan dokumen permohonan dia pun tak boleh buat. Cuak.... 

Jenuhlah setiap minggu aku called future PIL. Tiap kali called mesti tanya soalan sama, "Ada tak surat PTPTN abang yang banyak-banyak helai sampai?" Hehe, kesian future PIL.

Ok, settle satu happy news. Alhamdulillah. Lulus at one go. 


Then tengah duduk rehat-rehat tengahari tadi (eleh, padahal dah 8 bulan duduk rehat-rehat je tiap masa, hehe), aku dapat satu call. 

"Hello, ni Cik Nur Izyan ke?"

"Ye, saya."

"Tahniah, cik menang cabutan bertuah GEMS Impact Study Questionnaire (GIS-Q). Cik dapat iPod Nano 8 GB. Sekarang saya nak alamat email cik untuk saya hantarkan details. Nanti cik semak ye. Lepas tu baru kami akan poskan ke alamat cik."

"Ye, terima kasih."

Tetap gembira dan bersyukur atas kurniaan ALLAH. Pengubat hati gundah aku kebelakangan ni. Walaupun aku sebenarnya tak tahu menatang apakah iPod Nano berkenaan. Hehehe. 

Dah letak phone, terus taip di Google engine, "Apakah iPOD Nano?"

Uhhh, sungguh sedih untuk mereveal betapa tak update nye aku dengan perkembangan gadget-gadjet semasa. Malu sungguh seorang bakal guru bertanya soalan sebegitu kepada En. Google. Lepas tu keluar lah beberapa jawapan. 

Ooooo, mp3 rupanya menatang iPod Nano nih. Hehehe.... 

Apapun, terima kasih PTPTN, terima kasih GIS-Q. Terima kasih ALLAH. Alhamdulillah. 

Aku rasa ini kali pertama dalam hidup, aku menang cabutan bertuah. Sebelum ni, kalau cabutan bertuah tu tak semua orang yang dapat, memang aku tak pernah berangan untuk menang. Melainkan cabutan bertuah tu memang semua orang dapat. 

Terima kasih ALLAH kerana mengubah persepsi aku terhadap diri sendiri. Alhamdulillah. Itulah sebenaranya hadiah termanis selain ipod dan ptptn tu. 


En. Google kata, inilah iPOD Nano. Tapi yang akan sampai nanti, tak tahu lagi cemara rupa kejadiannya~




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah you`ll find your way





Ye, berkat hari Jumaat dan berkat mendengar lagu ini sebelum tidur. 

Mood mengidam dah datang dah....

Hmm, tetiba rasa nak makan Oreo McFlurry. Sedappnya.. 

Beef Prosperity tak makan lagi tahun ni.... 

Nak makan mi goreng blackpepper, tapi asik tak jadi nak buat sebab makanan banyak sangat kat dapur. Tak berhabisan... 

Nak makan pizza jugak. Sebab hari tu mood terbantut. 

Gali blog Cik Yana pulak nampak aiskrim goreng. Hmmm, sedapnya aiskrim vanilla dengan roti. 

Spaghetti bolognese  pun sedap. Lagi-lagi ikut resipi kak PeejBurhan. Fuhhhh.
Tapi my dear Prince kata dia tak boleh drive sebab tangan kiri masih sakit. Kereta pulak manual. Fuuuuh again....  Kereta abah hantar cat baru. Tapi hujan-hujan ni, tak tau la boleh cat ke tak. Abah pulak hari-hari ke sekolah. Guna kancil. So, takde kereta nak keluar. Boringnya!!!!

Kena tarik nafas dalam-dalam. Sabar. Nafsu kena kawal. Ingat ALLAH. Ramai lagi yang lebih malang. Syukur dengan apa yang ada.


Thursday, December 15, 2011

Short and sexy

Dah dua minggu abah dalam mood membeli udang. Tiap kali beli lauk, mesti udang. Udang laut la, udang sungai la, udang kecik la, udang besar la. Jenuh la aku dan kak long bergilir-gilir masak. Kari udang la, goreng kunyit la. Tapi semua makan sikit sorang je. 

Pastu Jumaat lepas buat kenduri tahlil untuk umi. Banyak la lauk dalca daging, ayam masak merah yang berlebihan. Kak long paketkan dalam plastik untuk sekali masak. Simpan dalam peti. Pastu jenuh la pulak aku buatkan nasi biryani la, nasik biasa la untuk di makan dengan lauk berkenaan. Siap try buat umai udang lagi. Tapi geram tengok nasik dan lauk  yang macam tak luak.

Hari ni abah cuti, aku paksa abah gi beli ikan dan sayur. Dan hidangan lunch hari ni ialah sayur air sawi campur carrot, bawal goreng, sambal belacan, nasik panas. Fuhhh, bertambah sorang-sorang makan. Huhu! Muak rupanya dengan lauk mewah-mewah dengan lemak ni rupanya. Hehehe.. 

So, the simple menu is always win our hearts. Cehhhh.... 

Bak kata Dr. Norain, short and sexy. Simple dan sedap. 

Baru aku rasa puas walaupun makan sepiring je nasi.

Wednesday, December 14, 2011

Saat terakhir 1

Aku tak pernah bercerita secara detail tentang saat-saat terakhir ini. Niat untuk menukilkan di laman blog ini memang ada. Sejak lebih 100 hari yang lepas. Namun kadang-kadang, aku serasa ingin menyimpannya dalam mindaku sendiri. Seorang diri. Kerana akulah satu-satunya saksi yang berada di sisi umi sehingga nafasnya yang terakhir. 

Namun akhir-akhir ini aku rasa aku sudah makin pelupa. Aku takut akan tiba satu saat di mana aku hampir melupai semua saat-saat berharga itu. 

Umi mula mengesan ada ketulan di payudara sebelah kanannya sejak hampir setahun lebih. Namun bila umi membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta di bandar Jerteh, doktor itu mengatakan ketulan itu normal dan doktor sendiri ada ketulan di payudaranya. 

Beberapa bulan kemudian, umi merasakan ketulan itu semakin membesar. Lebih kurang bersaiz ibu jari tangan di tepi kanan bahagian payudara kanannya. Kemudian umi membuat pemeriksaan sekali lagi di klinik swasta lain yang mana doktornya juga perempuan. Doktor itu terkejut apabila mendengan doktor pertama yang memeriksa umi berkata sedemikian. Beliau terus membuat surat dan menelefon HUSM Kubang Kerian supaya umi dapat diperiksa dengan lebih lanjut. 

Mulanya umi tidak berminat untuk dirujuk ke HUSM. Sebab umi sangat takut payudaranya dibuang. Dan juga takut untuk melalui rawatan kemoterapi. Masa tu kes Azean Irdawati yang baru mula sembuh dari breast cancer tengah panas di media massa dan ada dimuatkan di majalah MIDI. Umi banyak membaca tentang maklumat-maklumat berkenaan.

Tapi aku yang selalu memaksa umi untuk membuat rawatan di hospital. Masa tu umi banyak berubat cara kampung. Dan juga turut mengamalkan meminum jus Monavie dan juga VCO. Namun tiada perubahan yang dapat dilihat. 

Semasa aku pulang bercuti di kampung, aku memaksa umi untuk menghadiri temujanji yang telah ditetapkan di HUSM. Mulanya umi menolak, tapi melalui pembacaan dan rujukan kepada ibu saudara dan sepupu yang bergelar jururawat, aku berjaya meyakinkan umi bahawa major operation dan juga kemoterapi hanya akan dilakukan atas persetujuan pesakit. Kalau kita tak nak pun tak. apa. Aku bagitau umi, 'Kita gi check untuk tahu tahap berapa je. Pastu kalau umi tak nak gi lagi pun takpe.'

So, umi bersetuju untuk melakukan ujian mamogram. Masa tu lebih kurang bulan Februari kalau tak salah aku. Selepas ujian mamogram, umi turut melalui satu proses untuk mengambil tisu dalam ketulan itu. Masa tu, doktor yang memeriksa umi mengatakan mungkin kanser umi berada di tahap 3. Mulanya aku terkejut kerana mengikut apa yang pernah pelajari, kanser cuma ada 4 tahap. Tapi setelah merujuk kepada yang lebih pakar, mereka kata bergantung kepada jenis kanser. Dan kanser payudara mempunyai 6 tahap. Aku rasa sikit lega.

Selepas proses mengambil tisu dari ketulan tu, umi perasan ketulan itu semakin membesar. Temujanji seterusnya tidak lagi umi hadiri. Kami mula berusaha dengan pelbagai cara. Mengamalkan perubatan al-Quran dan al-sunnah di Peringat, milik bekas pensyarah UMK, Ustaz Halim. Selain itu, umi masih mengamalkan jus monavie. 

Aku dan ibu saudaraku pula rajin melayari internet untuk mencari ubatan tradisional ataupun rawatan yang berkenaan. Ibu saudaraku membelikan set ubatan dari HPA manakala aku membelikan umi biji aprikot sebagai salah satu usaha. 

Bulan 4 aku memujuk umi untuk ke HUSM sekali lagi. Aku sangat ingin tahu tentang keputusan pemeriksaan yang terdahulu. Kebetulan semasa praktikal di Muar, aku ada berjumpa dengan ibu kepada pelajarku, bekas pesakit kanser payudara tahap dua yang kini telah sembuh  sepenuhnya. Dialah yang banyak meyakinkan aku tentang rawatan perubatan di hospital lebih berkesan. Aku sanggup menelefon HUSM untuk membuat temujanji baru. Malangnya semua doktor yang berkenaan sedang exam dan tarikh terdekat adalah dalam bulan 5. Akhirnya kami hanya membuat temujanji untuk mendapatkan keputusan pemeriksaan tanpa berjumpa doktor. 

Dan keputusan pemeriksaan mengatakan kanser umi pada tahap 5. Sepanjang bergelar pejuang kanser, umi snaagt kuat semangat. Sentiasa posotif. Tidak pernah menunjukkan perasaannya yang bersedih. Umi tetap ceria memenuhi tanggungjawab sebagai guru jahitan di Murni Tailoring Centre. Semua pelajar amat menyenanginya.

Sebelum bulan Julai, akhirnya umi berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang agak serasi dengan umi. Kata-katanya yang penuh berisi nasihat, hadis dan kata semangat sedikit sebanyak melegakan kami. Seminggu mengamalkan ubatannya, banyak perubahan positif yang berlaku. Setelah sebulan, saiz payudara umi yang bengkak semakin berkurang saiznya. Seakan kembali ke saiz asal. 

Minggu kedua dalam bulan ramadhan, umi mula rasa tidak sihat. Badannya lemah. Aku ingatkan umi kurang makan kerana terlalu banyak makanan yang perlu dipantangnya. Namun umi tetap gagah untuk ke kelas. Juga tetap kuat semangat untuk menyiapkan kertas kerjanya untuk kursus menjadi VTO (Vokasional Training Officer) di ibu pejabat MTC di Pengkalan Chepa. 

Selepas itu umi mula demam. Aku membawakan umi ke klinik swasta kerana perutnya mula membangkak dan mengeras. Doktor kata cuma demam biasa dan mungkin ada gangguan penghadaman, iaitu masalah biasa di bulan ramadhan. 

Umi cuma sempat makan ubat demam dan angin tu dua hari dan aku meminta umi berhenti makan setelah terperasan matanya yan menguning. Umi juga mengatakan kencingnya berubah menjadi warna kuning pekat. Aku sangkakan masalah kekurangan air dan meminta umi meminum air masak yang banyak sebaik sahaja berbuka puasa. Namun, semakin teruk. Aku akhirnya menyarankan umi untuk tidak berpuasa dan minum air yang banyak. Namun selepas itu, umi menjadi sangat penat, tidak larat unutk berjalan walau hanya dari bilik ke dapur. Umi kerap tidur. Dan gusi mula berdarah. 

Kebetulan kakak tunangku yang bertugas di Hospital Besar Jerteh mengSMS aku kerana katanya dia mimpikan aku. Terus aku menelefonnya untuk bertanyakan simptom yang umi hadapi ni. 

Dia terus menyuruh umi dirujuk ke hospital kerana katanya, demam lebih dari 3 hari itu bahaya. Sedangkan ketika itu umi sudah seminggu demam. Demam pun selalunya di malam hari. 

21 Ogos 2011 bersaman 21 Ramadhan 1432 H
Umi dimasukkan ke hospital Jerteh. Dari pemeriksaan darah menunjukkan umi berkemungkinan terkena penyakit kencing tikus. Semasa dirawat umi tidak mahu langsung memberitahu doktor yang merawatnya bahawa dia penghidap kanser payudara kerana terlalu takut akan dibedah. 

Mujurlah ketika itu aku telah habis praktikal dan tinggal di rumah. Jadi aku yang menjaga umi di hospital. Sangat suka aku mengenang saat-saat menghabiskan masa bersama umi. Aku memang suka berkongsi dengan umi. Kalau berjauhan dari umi, pasti setiap malam aku akan menelefon umi. Bergaduh dengan tunang ataupun ketika itu masih bergelar kekasih pun aku ceritakan pada umi. 

Cuma hari pertama di hospital umi boleh berjalan ke bilik air sendiri dan mandi sendiri. Hari kedua, doktor masih tidak dapat mengenalpasti penyakit umi. Namum simptom banyak menunjukkan ke arah penyakit kencing tikus. Penyakit yang amat merbahaya dan banyak meragut nyawa manusia dengan singkat. Aku kerap menangis di bilik solat. Tidak sekalipun aku benarkan air mata aku jatuh di hadapan umi. Kerana umi perlu lihat anaknya kuat supaya dia juga dapat menjadi kuat. 

Selera makan umi jatuh merudum. Malam pertama di hospital merupakan malam terakhir umi dapat makan dengan berseleranya. Kebetulan salah seorang muridnya datang membawakan nasi, tom yam dan kerabu mangga buatan suaminya.    
*Terima kasih Kak Tie dan suami*

22 Ogos 2011 bersamaan 22 Ramadhan 1432 H
Hari kedua, puas aku memujuk dan memaksa umi makan. Aku yang menyuapkannya. Umi hanya makan beberapa sudu. Namun aku tak pernah lupa membancuhkan B'Young produk makanan berfungsi dari Zhulian 3 kali sehari sebagai pengganti hidangan sarapan pagi, tengahari dan malamnya. 

Tengahari itu aku sempat balik ke rmah sekejap kerana masa tu Amani (sepupu yang aku jaga berusia 8 bulan meragam, nenek aku meminta aku pulang tengokkan Amani). Dan aku sempat memasakkan Chicken Olio Spaghetti mengenangkan umi yang tidak berselera makan dan kegemaran umi terhadap sebarang spageti yang dimasak olio.  Dan umi cuma berselara makan sesudu. Itulah air tangan terakhirku buat umi. 

Hari kedua juga umi terpaksa ditolak dengan menggunakan kerusi sorong untuk ke tandas. Masa tu umi boleh mandi sendiri lagi. Namun wayar di kiri dan kanannya membataskan pergerakannya. 


23 Ogos 2011 bersamaan 23 Ramadhan 1432 H
Hari ketiga umi semakin hilang selera. Pagi tu, aku yang mandikan umi. Menyampu dan menyabunkan badannya. Sungguh aku tak tahu, itulah kali terakhir aku akan memandikan umi dalam hayatnya. 


Tengahari itu, ramai sungguh yang datang melawat umi. Aik beradik umi, rakan-rakan guru dari sekolah abah, dan juga staff dan juga pelajar dari MTC tempat umi mengajar. Sesungguhnya itulah saat terakhir mereka dapat bertemu umi ketika umi masih hidup. 

Pukul 1.30 tengahari, doktor yang merawat umi meminta kami bersiap kerana umi akan dihantar ke HUSM. Mujurlah ketika itu abah ada bersama. Segala urusan pendaftaran dan surat menyurat diuruskan oleh abah. Aku cuma mengemaskan barang-barang kami. 

Pukul 3 petang kami bertolak ke HUSM dengan menaiki ambulan manakala abah pulang ke rumah untuk mengambil adik beradikku untuk dibawa ke HUSM. 

Dari pukul 4 petang hingga ke 11 malam, 4 orang doktor yang datang memeriksa umi tidak dapat mengesan penyakit umi. Umi pula berkeras tidak mahu memberitahu tentang kansernya. Aku tidak sedikit pun pergi dari sisi umi. Maghrib itu, aku mencuri sedikit peluang untuk bersolat maghrib walaupun aku tidak ingin berjauhan dari umi. Aku meminta abah menjaga umi. 

Di bilik solat, air mataku yang aku tahan sejak dari tengahari terhambus sepuas-puasnya. Usai solat dan berdoa, dadaku terasa lapang. Alhamdulillah, saat aku nanar mencari haluan, ALLAH sentiasa ada. Dalam susah dan senangku. Maaafkan aku ALLAH kiranya saat bahagiaku, aku terkadang melupakanMu. 

Setelah solat, aku kembali ke tempat umi. Masih di unit kecemasan. Masa tu, kak long di sisi umi. Semangatku muncul kembali saat memeluk kak long. 

Aku turut menelefon kawan baik umi di Pengkalan Chepa. Telah lama mereka bersahabat. Hampir 22 tahun kalau tak salah aku. Dan berkat tulus persahabatan mereka, dapat jua bertemu di saat umi masih bernafas.
*Terima kasih Cik Saba & Cik Din kerana menjadi sahabat keluarga kami yang terbaik*

Sekembalinya aku dari menunaikan solat Maghrib, doktor yang ketujuh sedang merawat umi. Dan alhamdulillah, akhirnya doktor itu menemui punca penyakit umi itu. Doktor yang terakhir itulah yang membuka baju umi dan melihat rupanya ada kanser dipayudara kanan umi. Terkejut besar doktor itu.Amazingly, aku juga terkejut melihat nipple umi yang mengering. Sedangkan malam sebelumnya bahagian nipple berdarah dengan banyaknya akibat tergesel.  Saiznya juga sudah sama dengan saiz payudara kiri yang sihat. *Sikit pun aku tak sedar bahawa saat itu, mungkin sistem dalam badan umi telah shut down*

Dia kesal kerana umi tidak memberitahunya awal-awal. Aku ada juga menyarankan kepada umi untuk memberitahu hal itu kepada doktor, namun umi menolak. Umi kata, kalau doktor jumpa, jumpalah. Tapi umi tak nak bagitau.

Namun, setelah doktor menemui kanser tu, aku rasa lega sangat. Rasa beban yang berkilo di bahu aku hilang begitu sahaja. 

Ketika itu, doktor mengatakan hati umi sudah terkena infeksi. Dan air sudah mula masuk ke paru-paru. Sabab itulah umi sudah mula rasa sukar untuk bernafas. Dan ketika berada di dalam unit kecemasan itu, umi diberikan bekalan oksigen. 

Pukul 11 malam, umi disorong ke wad setelah usai ujian x-ray. 

11.15 malam, abah dan adik beradikku mula beransur untuk pulang. Hatiku tersentak saat umi tiba-tiba menggenggam tangan abah. Hatiku rasa tak sedap. Namun abah kelihatan biasa sahaja. Abah menggengam tangan umi sambil membaca ayat-ayat al-Quran. 

11.40 malam, aku selesai membersihkan badan umi, membawanya ke tandas dan sebagainya. Umi meminta aku mengelap badan dan mukanya kerana tidak berkesampatan untuk mandi di tengahari dan malam. 

Aku bertanya samada umi lapar atau dahaga. Umi kata umi dahaga.Umi minum sedikit air 100 plus kerana rasa mulutnya pahit. Aku kemudiannya menyarankan umi untuk umi meminum air zam zam dan makan buah kurma. 

Dan makanan sunnah nabi itulah yang terakhir masuk ke mulut umi. 

Setelah siap memakaikan topeng oksigen ke muka umi, setelah selesai solat isyak aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap. 7 jam berdiri di unit kecemasan benar-benar mencabar kekuatan fizikalku. Kaki terasa kejang. Aku menyapu minyak mestika dan meminta izin umi untuk tidur sekejap. Umi kelihatan tersangat penat. Berkali-kali aku berpesan pada umi untuk mengejutkan aku sekiranya memerlukan. 

24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432
1.40 pagi, mak cik penjaga katil sebelah mengejutkan aku. Mak cik tu memang tidak tidur. Dia ralit mengaji al-Quran. Umi kata dia ingin ke tandas. Berada di hospital itu sangat menguji kekuatan mental aku. Tidak seselesa wad di Hopital Jerteh. Namun aku gagahkan juga demi umi tersayang. 

Umi kata perutnya terasa panas seperti lepas makan makanan pedas. Sebab tu rasa nak membuang je. Keluar dari tandas, aku menegur umi yang menongkatkan kepalanya dengan menggunakan tangan. Aku bimbang kalau-kalau jarum itu mencucuk isi di tangan umi kalau kedudukannya teralih. 

Lalu umi meminta aku mengampu kepalanya kerana dia terasa betul-betul tidak larat. 

Sampai di katil, aku mengumpul seluruh kekuatan untuk mengangkat umi ke katil kerana umi memang tidak bertenaga langsung untuk menggagahkan dirinya. Sebaik sahaja aku letakkan umi di katil, aku terperasan jarum di tangan umi terkelepet. Belum sempat aku memberi tumpuan kepada jarum itu, aku rebahkan badan umi ke tilam. Dan umi tiba-tiba tersentak-sentak. Tangan umi masih melingkari pinggangku yang duduk di sisi kirinya. 

Berulang kali umi berkata, "Umi dah tak larat ni, Jie." 

Aku mula panik. Mak cik penjaga katil sebelah meminta aku mengajarkan kalimah syahadat kepada umi. Serasa seakan bermimpi aku sedang melalui detik-detik yang aku hanya pernah lihat di kaca televisyen. 

Kuat semangat aku saat itu, walaupun seorang diri, jauh dari keluarga. Jauh dari My Prince, jauh dari sanak saudara. Hanya aku dan umi. Dikelilingi saudara sesama Islam yang sangat prihatin. 

Aku menjerit meminta pertolongan mak cik itu untuk memanggilakan doktor. Sekelip mata sahaja dua orang doktor mendatangi kami bersama dengan jururawat yang bertugas. Mereka mula memeriksa denyutan jantung dan nadi umi. 

Dan aku tak henti mengajarkan umi mengucap dua kalimah syahadah. Mujurlah umi tak terlalai dengan godaan syaitan. Saat sedang bertarung dengan maut umi tak henti beristighfar, menyebut nama ALLAH, dan juga mengikut alunan kalimah syahadahku. Saat aku bercakap dengannya pun umi masih menjawab dengan betul. 

Aku sempat bercakap dengan umi buat kali terakhir. 

Aku tanya, "Umi kuat semangatkan?"

Umi jawab, "Hmmm."

Aku kata lagi, "Lawan la umi, jangan buat kak eg macam ni. Lawan. Umi kan kuat semangat."

Berulang kali perbualan itu kami ucapkan. Berselang dengan istighfar, seruan nama ALLAH dan juga kalimah shahadah. Aku tak sempat memandang jam. Yang aku tahu, umi cuma nazak sekejap. Berkat bulan ramadhan, umi pergi dengan tenang. Bibirnya tersenyum. Wajahnya tenang. Rautnya seperti terlena sahaja.

Saat itu, doktor yang merawat umi di unit kecemasan mencuit bahu aku. 

Katanya, "Keadaan mak awak memang dah sangat teruk. Kalau kita beri rawatan pun, dia takkan dapat survive. Redhalah. Lepaskanlah dia pergi dengan aman."

"Umi dah tak ada ke?" Aku seakan masih tidak percaya, kerana umi seakan cuma terlena. Doktor wanita yang masih muda itu menggangguk. 

Aku sangat tenang ketika itu. Aku tidak menangis meratap-ratap. Cuma air mata yang mengalir. Bersendirian di tempat orang membuatkan semangat aku kental. Aku cium pipi mi yang masih panas, dan sempat aku bisikkan "Kak Eg sayang umi"

Aku menelefon my paternal auntie yang berdekatan dengan HUSM. Saat itu aku baru menangis memintanya datang menemani aku. Kukhabarkan juga umi telah tiada.
Dan kemudiannya aku menelefon bapa saudaraku, memintanya membawakan abah ke HUSM untuk menuntut jenazah umi untuk dibawa balik. Kerana aku tidak benarkan abah memandu sendiri. Takut hilang kawalan. 

Aku juga menelefon adik-adik lelakiku yang sedang berkerja di Kemaman dan seorang yang sedang belajar di Paka. 

Setelah itu aku ke bilik air mengambil wudhuk dan menghadiahkan bacaan Yaasin buat kali pertamanya kepada arwah umi. Saat itu jenazah telah dipersiapkan oleh jururawat yang bertugas.


Mak cik- mak cik yang menjaga pesakit di ruang aku, terdapat 4 katil, datang memelukku memberi semangat. Meminta aku mengingat ALLAH. Memelukku seeratnya. 
*Terima kasih mak cik - mak cik, jazakallah hukhairan*

3.30 pagi, aku menemani abah menaiki van jenazah mengiringi umi pulang ke rumah kami buat kali terakhir. Sempat aku menghabiskan bacaan surah yaasin di sepanjang perjalanan itu. 

4 pagi, mungkin lebih kami tiba di perkarangan rumah. Lampu di luar dan di dalam rumah terang benderang. Pintu rumah dan juga pintu sliding luas terbuka menyambut kepulangan umi. Adik-adik lelaki, Anas dan Iman lengkap berbaju melayu. Semuanya meluru memelukku dalam tangisan. Saat itulah baru aku rasakan kesedihan yang sebenar. 

Kak long, abang long dan beberapa jiran telah mengemas rumahku dengan melapangkan ruang keluarga dari sebarang perabot. Memudahkan urusan pengurusan jenazah nanti.

Dinihari itu kami sekeluarga bersahur dengan air mata. 



tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku bayangkan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
begitu sulit ku bayangkan
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri


BERSAMBUNG...