Monday, December 5, 2011

Bersalin kulit

Ye, lepas balik dari Sutra Beach Resort hari tu, muka aku jadi kering menggelupas. Pastu ada bijik-bijik halus serata alam yang akan membawa kepada proses bersalin kulit secara besar-besaran. Tapi area muka je. Kawasan lain selamattttt... 

Maklom laaaaa... Puteri lilin yang dah 6 bulan berhibernasi dalam rumah tetiba kena jemur panas berteman angin pantai lagi. Pastu masuk bilik, on aircond. Mandi pulak guna heater. Fuhhh, full package untuk kejadian bertukar kulit. Padahal sebelum keluar bilik and sebelum tido, aku dah apply moisturizer banyak-banyak.

Apa nak buat ni ehhhhh... Rasa tak selesa bila apply toner and moisturizer. Rasa gatal-gatal miang je. Maybe terkena di kulit yang tengah menggelupas tu. Dulu aku penah gedik letak blended tomato yang disimpan dalam peti jap. Kengkonon nak sejukkan muka. Bila apply, fuhhh.... menjerit kau! Pedih!!! Ye la, tomato tu berasid cik kak oiiii.. Kau ni, xstudent Agrotek ke Akuakultur ni sampaikan benda basic camtu pun tak reti pikir? Heheh...

Takpe la, mungkin lepas ni kulit baru aku lagi cantik. Hehehe..
(Veranganssssss)

No comments: