Tuesday, December 13, 2011

His update

Alhamdulillah, pukul 9.13 malam tadi dia call, dah selamat melalui minor operation untuk membuang serpihan besi di dalam lengannya. Sakit sangat dia cakap. Walaupun dibius, tetap rasa doktor hiris-hiris isi dan jugak korek-korek cari serpihan besi tu. Dia kata besi tu kecil je, tapi masuk dalam. 

Sabar la yang, sikit je tu. Kifarah dosa. Wanita bersalin lagi sakit... Muehehe...  Betul la ada statistik mengatakan lelaki memang tak tahan menanggung sakit berbanding wanita. Jangan marah yang...

20 tulang dipatahkan serentak, tauuuu!

Mujur jugak handsetnya dah berjaya dicas. Takde la risau sangat tak dapat berkomunikasi dengan dia. 

InsyaALLAH kalau dia diberi MC beberapa hari, dia cakap nak balik kampung. Boleh keluar cari barang hantaran. Haila, sakit-sakit pun masih dok fikir tentang preparation tu. Lambat lagi la. Cuma nak kejar sale Krismas, CNY and Year End Sale. 

Tapi tadi my kupu-kupu ajak shopping di kedai ke mall apatah yang bebas cukai di JB. Kalau la dapat permission dari My Prince kan best. Tapi kalau shopping aku suka mintak pendapat dia, walaupun pastu aku ikut nafsu aku sendiri jugak Motip apakah mintak oponion dia, tapi tak nak ikut? Muehehe.. Motip nak sakitkan hati. Gurau-gurau kasar gitu. hehe. Tapi kupu-kupu ajak spend time dengan dia sebelum kami sama-sama menamatkan zaman bujang kami tahun depan nanti, insyaALLAH. 

Ok, back to My Prince, insyaALLAH esok dapat discharge kot. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH, yang... 

Nite~


No comments: