.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, December 12, 2011

Kuih belimbing

Hmm, pagi ni pertama kali cuba buat kuih belimbing ikut resipi Kak Hana Memories. Sedap. Lembut di dalam, rangup di luar. Lagi best dari yang kat kedai kot. Ye la, orang buat untuk berniaga ni, lain. Bahan kena catu kalau tak nak rugi. Kan... 

Resipi ni untuk keluarga yang kecik je kot. Sebab tadi aku buat, dapat 18 biji kuih belimbing bersaiz 3 inci. Versi kedekut gitu. Hehehe... Nasib baik jumpa acuan kuih/biskut yang dah berzaman tak guna. 

Adunan kuih belimbing ni sama je dengan adunan cream puff. Cuma bezanya cream puff dibakar dan kuih belimbing digoreng. 

Ok, jom tengok resipi. 

Kuih Belimbing
Sumber: Hana Memories

Bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan mentega
  • esen vanilla

Cara
  1. Masukkan air, gula, esen vanilla dan mentega ke dalam periuk. Didihkan sekejap.
  2. Tutup api dan masukkan tepung gandum, kacau cepat. 
  3. Masukkan telur dan kacau rata. 
  4. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan
  5. Hidang dengan berselimut nipis gula halus.

Gambo nanti aku upload... Kalau rajin. Hehe.. 

No comments: