Monday, December 12, 2011

Masak lemak pucuk ubi dengan udang

Hmm, hari kebetulan ada udang dan turn aku untuk masak, aku pun masak la gulai lemak pucuk ubi dengan udang. Ni favourite umi. Umi suka masak. Aku pun tak pasti betul ke tak ni favourite umi, sebab mungkin umi suka masak ni sebab masakan ni favourite aku. Satu lagi aku suka, pucuk ubi masak tempoyak. Fuhhh, nangissss! Sedappppp... 

Alhamdulillah, mujur pernah salin resipi dengan umi. Aku rasa tadi pun, rasa macam dah sama dengan air tangan umi kot. Tapi mesti la aku takleh lawan umi, kan... Mana boleh lawan tokey.

Pucuk ubi masak lemak dengan udang
Resipi

Pucuk ubi
Udang
Santan pekat 1 mug
Air 1 mug (ikut suka)
Bawang merah, bwg putih, bwg besar (blend)
Cili padi (blend)
Belacan sikit
Grm gula
Serbuk kunyit
Asam keping
Halia sehiris

Cara
  1. Pucuk ubi dicelur, diperah airnya dan dipotong kasar. (Umi buat cantik sikit kot sbb umi simpul satu2 pucuk ubi tu. Nampak kemas dan senang nak makan)
  2. Pastu masukkan santan dan air ke dalam periuk, masukkan bahan kisar dan tunggu hingga mendidih. 
  3. Masukkan asam keping, belacan dan serbuk kunyit. 
  4. Masukkan udang.
  5. Lepas tu masukkan pucuk ubi
  6. Bila mendidih masukkan garam dan gula to taste. 
  7. Hidang dengan ikan goreng fresh yang garing2 tu. Fuhhhh.. Sodapppp.

Umi, mesti umi happy kan kak eg boleh masak macam umi..... Berkat didikan umi. Teringat tiap petang bila umi balik dari kerja, aku, kak long dan adik beradik suka teman umi makan nasik. Pastu dok berbual di meja makan sampaikan azan maghrib pun tak sedar. Pastu bila bunyi motor abah balik dari surau, bertempiaran sorang-sorang lari masuk bilik air takut kena sound dengan abah. Pastu lepas solat maghrib, pakat berkumpul dalam bilik umi pulak sambung cerita dengan umi sambil tunggu isyak. Bestnya saat2 macam tu. Berkongsi segalanya dengan umi. Hmmm, rindu nak luah perasaan kat umi. Yes, umi was our bestfriend. The best.

Umi, tenanglah umi di sana ya... Al-fatihah...

No comments: