Saturday, December 10, 2011

Resipi kek karamel derhaka

Kalau aku nak jimat telur and nak buat separuh adunan kek karamel k'ita, aku akan guna resipi derhaka aku ni. Muehehe.. 

Langkah 1
  1. Masukkan sedulang air panas dalam oven dan panaskan pada suhu 160 dc.
Langkah 2 (Karamel)
  1. Panaskan dua sudu besar gula dalam baking pan bersaiz 8/9 inci
  2. Tunggu sampai jadi gula hangus. Guna api sederhana ye. 
  3. Pastu ratakan gula hangus di dasar baking pan. Put aside. 
Langkah 3 (Puding)
Bahan
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu cair
  • 35gm gula kastor
  • esen vanilla
Cara
  1. Campur semua dan kacau rata. 
  2. Tapiskan ke dalam baking pan berisi gula hangus tadi. 
Langkah 4 (Kek)
Bahan
  • 70 gm tepung naik sendiri
  • 60 gm gula kastor (bahagi ke dalam dua bekas -30gm each)
  • 2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
  • 20ml minyak masak/jagung
  • 67ml air
  • esen vanilla
  • pewarna
Cara
  1. Pastikan mangkuk berisi telur putih tidak dicemari sebarang titisan air atau minyak. Begitu juga dengan alat pemukul.
  2. Campurkan telur kuning, minyak dan air dan pukul hingga putih (saya guna pemukul manual sebab malas nak basahkan mixer utk pukul telur putih nanti)
  3. Masukkan gula (30gm) dan esen vanilla, pukul hingga kembang.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata. 
Langkah 5 (Meringue)
Bahan
  • Telur putih
  • Gula (30gm)
  • 1/2 cream of tartar
Cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang. (Yang ni aku guna handmixer la. Giler nak buat meringue pakai tangan???? Hehehe)
  2. Pastu masukkan gula dan cream of tartar. 
  3. Pukul hingga jadi meringue (which is kau terbalikkan mangkuk dan the meringue tak jatuh) Amek masa lama gak. 
  4. Kaup separuh adunan meringue ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup balik guna spatula. 
  5. Masukkan baki meringue dan ratakan sekali lagi. 
  6. Bahagi adunan ke dalam mangkuk dan masukkan pewarna. 
  7. Masukkan ke dalam baking pan berisi adunan puding tadi. Jangan bimbang, adunan kek akan terapung di atas adunan puding. 
Langkah 6 (cara nak buat belang adunan)
  1. Letakkan dua sudu adunan pertama di tengah-tengah adunan puding. 
  2. Letakkan dua sudu adunan kedua di tengah-tengah adunan kedua.
  3. Lakukan hingga adunan tinggal 1/3.
  4. Lepas tu letakkan 1 sudu adunan pulak sampai habis. 
  5. Done.
Pastu bakar dalam dulang berisi air panas tadi dalam suhu 150 dc hingga masak.
Sejukkan dulu. 
Sisip bahagian tepi kek dan terbalikkan dalam pinggan. 
Sedap makan sejuk....

Kalau nak buat kek besar, boleh rujuk blog kak ita yang aku dah link kan kat atas nun. 

Kek karamel derhaka namanya... Hehe..

No comments: