Saturday, December 10, 2011

Sistem barter yang tak sama rata

Sepupu aku yang keje nurse di JB tu dah nak balik JB dah malam ni. Huhu.. Boring xde kawan lagi la aku lepas ni. Rasa sekejap je dia kat kampung. 

Sebelum dia balik kampung hari tu, dia ada request caramel cake dari aku. And aku pulak request kek keju persona dari dia. 

Dan alhamdulillah, dapat jugak merasa walaupun kejadian kek keju persona dia hari tu agak mengecewakan dia sikit sebab dia tersilap beli whipping cream instead of whipped cream. Dan dia pula ingatkan whipping and whipped cram tu takde beza. Patutnya, kalau guna whipping cream, kena la whip dulu that cream. So, cheese jadi cair, tak stiff macam dia pernah buat dulu. Apapun, tetap sedap. Tapi lemak berkilo-kilo. Lemak dari cream cheese lagi, lemak dari whipped cream lagi. Lemak dari cheddar cheese yang dia tabur atas kek tu lagi. Lemak grated chocolate lagi. Fuhhh, tak sanggup nak buat sendiri kat rumah. Tapi kalau orang bagi, aku telan je. Mwahaha!

Pastu dia belanja pulak aku Tutti Fruiti walaupun kecoh seMalaya nak mencarik outlet TF tu. Hehehe. 

Dan tadi, dia belanja lagi KFC. Siap datang hantar ke rumah aku and rumah granny lagi. 

Pastu tadi, aku seru-seru la semangat nak buat kek karamel tu. Nasib baik lepas dapat pengeras KFC tadi tu, terus cepat-cepat solat Zohor dan zasssss ke dapur. Siapkan ingredients semua, pastu mulakan operasi. Padahal kejap je. Tapi nak tunggu angin nak mem'baking tu yang lambat sikit tu. Hehehe.. 

Lagipun, macam tak adil sangat la kan kat sepupu aku tuh. Dia dah belanja macam-macam, aku lak bersultankan rasa malas aku tu. Dah la dah 7 bulan bermalasan kat rumah. Hehe... Walaupun tadi lepas sejukkan kek dalam peti sejuk, pukul 6.30 petang baru aku hantar ke rumah dia, aku tetap rasa sistem barter kami amat la tak adil. Hehe.. 

Ye, aku tahu dia ikhlas. Tapi takpe, aku keje nanti, baru aku boleh belanja dia pulak. Puas hati tau dapat belanja orang. Dapat buat orang happy. Satu kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. 

Alhamdulillah, KFC Hot n Spicy dah kembali...

Aku memang tak suka kalau KFC buat promotion ayam berperisa pelik-pelik macam Curry la, tom yam la.. Tak sedap la. Tapi kalau orang belanja, aku ambik je. Heheh.. Tapi aku akan alter jadi nasik goreng la,inti sandwich la.. 


Marble Cake
Ni aku buat untuk tea break untuk sedara mara yang datang membantu menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil untuk arwah umi semalam. Hmm, dah 109 hari tanpa umi...  Resepi aku guna resipi Carrot Pound Cake CMG. Pastu aku omit the carrot. 

Caramel cake

For granny n granpa. Dan jugak utk kupu-kupu aku

Resepi ikut resipi yang pernah aku derhaka kan dulu. Muehehe.. Tapi kejadian kek ni kali ni yang paling mencapai tahap puas hati aku kot. Close to perfection. Tapi aku rasa macam tak berapa moist kalau nak banding dengan yang dulu. Tapi rasa mentennnn! Hehe.. Million thanks to blogger masak-masak yang jadi rujukan aku iaitu Kak 3E's dan jugak Kak Ita.

Hmmm, cuzzy ajak aku berpoya-poya di JB sebelum aku start keje. Dan sebelum aku jadi bini orang. Muehehe.. Celebrate the single life katanya. Cehh.... Tapiiiii, sebelum aku start keje, kat mana aku nak cekau duitttt? Nak kikis My Prince pun tak sampai hati. Kawan tu tengah dok ikat perut saving giler2 nak kawen dengan Cik Tunang yang keras kepala tu. Huhu! Tapi mana tau kan... ada rezeki nanti, insyaALLAH, jejak jugak kaki aku di JB nanti. Sejak aku praktikal kat Muar lagi dia ajak, tapi mana la aku berani drive Muar-JB sorang-sorang. Tak tau jalan pulak tu. Maunya kenyang aku makan langsat. 

Takpe la kupu-kupu, nanti insyaALLAH, kita gi honeymoon sama-sama. Muehehe.. InsyaALLAH. Eisyyyh, jangan memain, kami dah pernah bincang tau. Hehe..

Ok kupu-kupu, selamat jalan Have a safe journey yaaaa! InsyaALLAH...

No comments: