Saturday, December 3, 2011

TF hunting!

Sepupu aku yang keje kat JB balik kampung. Sampai di kampung pagi tadi. Sebab dia baru dapat gaji, harus la amek berkat dengan membelanja sepupunya yang jobless ni. Hehehe...

Since aku dah lama mengidam nak merasa Tutti Frutti and outlet terdekat baru di buka di KB, lalu, we were hunting for TF petang tadi.Dah la Erah ngengada tag aku dalam FB gambar TF. Orang ada laki lain la.... Padahal aku yang bagitau dia outlet TF tu. Gedik nak jeles kan aku. Haha!

Tadi pun, kecoh tanya kawan-kawan kat mana lokasi TF ni. Tempat baru nak maju. Tak biasa dengar alamatnya. Padahal berhadapan dengan taman rekreasi paling famous. Abes orang tahu kami nak gi makan TF. Hehehe.... 

Kenduri TF

Mine

Cik Driver

Her cup

Tuan tanah bersama dengan tukang belanja

Burrrppp, alhamdulillah...

Her SIL and niece

Ehhh, sponsor bekalan untuk pelahap dalam keta lak. Hehehe...


Giler makan banyak. Tapi aku tak sempat lunch pun tadi. Tetiba petang makan TF sampai dua round, terus gastrik. Memula topup dengan kiwi and stoberry, pastu yang 2nd round tu topup dengan almond flakes, peanuts, choc syrup and laici.... Punnnnn, sedappppp.... Orang belanja la katakan. Harus la sedap. Tapi siyes sedap.

Nanti encik driver rasmi balik, kena ajak gi try nih. Untung-untung dia suka, aku jugak yang dapat benefit. Hehehe.. 

Semoga ALLAH murahkan rezeki sepupu aku. Amin... 

Nanti bila aku dah kerja, turn aku pulak belanja sepupu. InsyaALLAH.



* * * * *

Hmmm, ada orang dah mula komplen aku bertambah chubby. Uhukz. Padan la... Siang malam pagi petang melantak. Pastu kerja aku tido, bangun. Masak, iron baju. Lipat baju. Basuh baju mesin yang buat. Jogging? Dalam mimpi jer. Hahaha!

Sepupu aku yang komen pipi aku dah bertambah chubby masa dalam bilik kat Sutra hari tu... Memang  dah takleh la nak sarung tudung yang berawning keras tu. Bertambah talam muka aku. Sebab tu la gambar-gambar latest aku sume sarung tudung ala yuna tu. Nak cover pipi sebenarnya. Haha... 

Bila report kat My Prince yang aku dah gemuk, dia jawab;

"Takpe la, gemuk pun abang nak."

Aku balas; "Takpe, nanti sayang diet."

Turn dia pulak, "Dah 10x Jumaat dah yang abang dengar sayang nak diet. Hehehe."

Hamboihhhh, ni cabar dalam pedih nihhhh! Kena tunjuk bukti nih. Lagi sebulan dia nak balik. Terus aku gi borong green tea 2 kotak and susu nestle omega plus. Harap2 tak jadik bahan dah. Hehehe...

No comments: